Chapter 21

Romance Completed 26341

Bab 21

Bayangan diriku dan Eddie, kedua-dua kami di dalam busana putih yang cantik di dalam sebuah dewan yang cantik, menerpa mindaku.

Hari bahagiaku dan Eddi yang akan menyatukan kami berdua sebagai pasangan suami isteri. Bilakah hari itu akan menjadi kenyataan untukku?

“ Muat,” kata Eddie pendek. Tiada satu riak sedih pun pada wajahnya. Hanya kebahagiaan yang merajai wajah kacak itu.

Eddie melihat kembali kepada beberapa bentuk cincin yang dipilih olehnya tadi. Kali ini dia mengambil sebentuk cincin berbatu delima. Kilauan pada batu permata berwarna merah itu amat menarik perhatianku. Mataku tidak lepas-lepas daripada cincin delima itu.

“ Cantik,” ucapku tanpa sedar. Eddie menoleh ke arahku.

“ Kau fikir yang delima ni cantik? Safir biru ni?”

Eddie bertanyakan pendapatku. Nampaknya dalam kalangan cincin yang berada di atas kaunter itu, dia bingung sama ada untuk memilih cincin safir biru itu ataupun cincin delima merah itu.

“Aku suka delima. Warna merah delima cantik,” kataku.

Eddie menyarungkan cincin delima itu menggantikan cincin safir biru tadi. Dia sendiri kelihatan puas hati. Cincin delima ini agak longgar di jari manisku. Eddie harus meminta saiz yang sesuai denganku selepas ini. Maksudku, saiz jari manis Eve.

“Kau fikir Eve akan suka tak cincin delima ni? Atau nampak menyerlah sangat? Patut ke aku pilih safir biru ni?”

“Tak perlu. Aku yakin Eve akan suka. Warna merah tu sesuai dengan dia.”

Ya. Sangat sesuai dengan Eve. Warna merah delima dengan putih gaun pengantin.

“Betul? Kalau macam tu, aku pilih cincin batu delima ni.”

Eddie meminta jurujual wanita yang berada bersama-sama kami untuk mencari cincin yang sama tetapi saiz yang sesuai dengan jari manis Eve. Aku hanya memerhatikan sahaja apa yang sedang Eddie lakukan.

Selepas urusan membeli cincin lamaran itu selesai, kami berdua terus keluar dari Tiffany’s dan menuju ke tempat parkir kereta. Semestinya Eddie tidak mahu terus membuang masanya untuk bersama-sama denganku. Dia memerlukan masa untuk memastikan rancangannya untuk melamar Eve di Paris akan berjalan dengan lancar.

“Mana kereta kau?” tegur Eddie apabila melihat aku tidak beranjak daripada keretanya.

“Aku datang dengan teksi. Kereta aku rosak.”

Lancar sahaja perbohongan yang kurasakan kecil itu keluar daripada bibirku. Keretaku baik-baik sahaja di tempat parkir kediamanku. Sengaja aku datang ke sini dengan pengangkutan awam.

Kenapa aku bersusah payah membuang duitku untuk teksi sedangkan keretaku elok sahaja untuk digunakan? Niatku hanya satu sahaja.

“Kenapa kau tak beritahu yang kereta kau rosak. Boleh aku ambil kau tadi. Marilah, aku tolong hantarkan kau balik,” pelawa Eddie tanpa berfikir panjang.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah niat Julie sebenarnya terhadap Eddie? Adakah Julie akan cuba membuat Eddie jatuh cinta padanya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience