Chapter 25

Romance Completed 26341

Bab 25

“Kenapa? Pakaian kau ada koyak mana-mana ke?”

Aku bertanya sebaik sahaja Julie muncul di hadapanku. Julie menggeleng lalu mengambil tempat di sebelahku. Dia tersengih.

“Aku fikir zip jeans aku ada masalah tapi tak ada apa-apalah.”

“Macam-macamlah kau ni. Jemputlah. Kita makan sama-sama.”

“Okey. Kek epal kafe tu sedap tau. Aku dah pernah makan.”

Julie pulang selepas hampir dua jam berada di kediamanku. Pada masa yang sama aku menerima panggilan daripada kekasih hatiku. Mungkin panggilan yang sama dibuat olehnya setiap malam sebelum dia akan tidur. Menelefon aku hanya untuk mengucapkan selamat malam.

“ Helo, sayang. Dah nak tidur ya?” aku bersuara manja sebaik sahaja aku menyambut panggilannya.

Suara romantis Eddie mula menyapa telingaku. “ Ya. Sebenarnya saya ada sesuatu nak beritahu awak ni. Memandangkan tarikh dah makin hampir, saya beritahu awak sekaranglah. Tak sempat pula nak jumpa sayang esok.”

Dahiku berkerut. Kata-kata Eddie memeningkan aku.

“ Tarikh apa yang dah makin hampir? Penting sangat ke sayang?”

Aku cuba memikirkan tarikh-tarikh penting di antara kami berdua. Tiada yang hampir dengan hari ini. Hari lahirku dan Eddie sudah lama lepas. Tarikh ulang tahun hubungan kami juga lama lagi.

“ Sebenarnya, saya nak bawa awak pergi bercuti ke Paris.”

Kata-kata Eddie disambut dengan rasa tidak percayaku.

“ Serius? Awak jangan main-mainlah.”

Eddie ketawa. “ Betul. Takkan saya nak main-main pula.”

Eddie menerangkan serba sedikit mengenai percutian romantis kami di Paris nanti. Katanya dia mahu meluangkan masa bersama-samaku di kota yang terkenal dengan cinta itu. Tiket penerbangan pergi balik dan tempahan hotel sudah dibuat. Pandai juga Eddie merahsiakan hal percutian ini daripadaku dan bersekongkol dengan pengurus tempatku bekerja. Memang pada tarikh itu aku akan bercuti.

“ Jangan lupa benda-benda penting yang perlu dibawa. Bila saya jumpa awak saya akan cerita lagi, ya? Sekarang ni sediakan mana yang wajib aje.”

“ Baik! Terima kasih, sayang!”

Aku hampir menangis kegembiraan. Eddie memang seorang lelaki idaman yang terbaik. Aku tidak sangka dia akan membuat kejutan ini.

Selepas mengucapkan selamat malam dan cintaku buatnya, aku terus ke bilikku. Siulan kegembiraan bermain di bibirku. Meja solekku menjadi sasaranku sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik. Laci meja yang paling bawah kubuka. Ada sebuah kotak bercorak bunga tulip di dalam laci itu. Kotak itu kukeluarkan.

Kotak ini menyimpan barangan berharga aku. Kini aku sedang mencari pasport milikku. Jika ingin ke luar negara, pasport sememangnya perkara yang paling penting. Sejak kali terakhir aku ke luar negara dulu, pasport itu hanya berada di dalam kotak ini sahaja.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Eve menjumpai pasportnya di dalam kotak itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience