Chapter 42

Romance Completed 26341

Bab 42

Sekali lagi, aku tidak dapat mentafsir maksud di sebalik pandangan misteri Tuan Alain kepadaku.

******

“ Ju, masuklah.”

Aku melemparkan senyuman kepada Eddie yang berdiri di muka pintu unit apartmentnya. Bekas plastik yang berada di tangan aku tunjukkan kepada Eddie. Eddie menarik senyum pada wajahnya yang masih jelas berada dalam keletihan.

“ Ibu bapa kau dah keluar?”

“ Baru aje. Mereka ke rumah abang Eve.”

Aku melihat ke ruang tamu yang sudah kembali kemas daripada kekecohan semalam. Eddie mempelawa aku duduk di sofa sementara dia berlalu ke dapur. Tas tangan aku sandarkan pada sofa sebelum aku mengikut Eddie ke dapur. Bekas plastik yang berisi pai daging istimewa buatanku dibawa bersama-sama.

“ Pai daging?” Eddie bertanya apabila dia melihat aku membuka penutup bekas plastik itu. Aku mengangguk gembira.

“ Aku dah janji nak buatkan pai daging untuk kau, kan? Kau dah makan belum?”

Gelengan Eddie semakin menggembirakan aku.

“ Sayangnya aku dah makan. Aku temankan kau makan ajelah ya? Lagipun pai ni memang khas untuk kau seorang aje.”

Pai daging ini kubuat khas dengan bahan ‘istimewa’ yang tidak dapat dijumpai di tempat lain. Hanya aku sahaja yang ada bahan ‘istimewa’ itu dan aku hanya mahu Eddie sahaja yang merasainya. Hanya dia.

“ Kalau macam tu aku buatkan kopi untuk kau?”

Dengan senang hatinya aku menerima tawaran Eddie.

Kami kembali ke ruang tamu dengan pai daging itu dan dua cawan kopi. Melihatkan Eddie yang mengambil tempat di sebelahku membuatkan aku berasa gembira yang tidak sudah. Menyingkirkan Eve daripada hidup Eddie semestinya satu keputusan yang akan membawa aku kepada kebahagiaan. Eve baru sahaja pergi tetapi aku dapat merasakan Eddie sudah semakin rapat denganku.

“Makanlah,” kataku apabila melihat Eddie masih belum menjamah pai daging di pinggannya.

“Betul kau tak nak makan?”

“Aku kenyang sangat. Bila aku rasa perut aku dah ada ruang, aku makan. Okey?”

Eddie mengangguk sahaja. Tangannya mencapai pinggan di atas meja. Aku memerhatikan setiap gerak geri Eddie. Aku menggigit bibir daripada membuat sebarang bunyi apabila aku melihat Eddie sudah menyuap pai itu ke dalam mulutnya.

“Sedap. Terima kasih, Ju,” Eddie berkata seraya menyambung suapannya.

“Biasa ajelah. Makanlah lagi.”

Kami berdua duduk dalam kesepian. Sesekali kami akan berbual kosong. Kadang kala Eddie akan hilang dalam dunianya sendiri. Wajahnya akan berkerut seribu seakan-akan ada sesuatu sedang menjadi beban buatnya.

Aku yakin Eddie masih memikirkan pasal Eve. Apatah lagi kejadian itu baru sahaja terjadi semalam. Walau bagaimanapun aku berasa lega kerana sekurang-kurangnya Eddie tidak lagi kelihatan seperti orang hilang akal seperti mana sewaktu aku datang ke apartmentnya semalam.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Julie akan berjaya memujuk hati Eddie untuk melupakan Eve dalam hidupnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience