Chapter 34

Romance Completed 26341

Bab 34

Aku memaksa diriku untuk mengeluarkan air mata. Aku memeluk Eddie yang masih dengan posisi tadi. Tubuh Eddie yang menggigil kupeluk erat.

“ Kenapa Eve jadi mangsa…. Apa yang jadi?”

Aku memandang kepada wajah tenang Tuan Alain. Tuan Alain menghela nafas sebelum mendekati mayat Eve yang telah dimasukkan ke dalam beg hitam yang kulihat tadi.

“ Persoalan terbesar kami, kenapa Cik Winterson dalam gaun pengantin? Saya telah menelefon butik pengantin yang berkenaan dan mereka kata…” lelaki itu berhenti sejenak. Dia memandang ke arahku. “… Cik Collins menemani Cik Winterson ke butik tadi. Betul?”

Aku mengangguk perlahan. Tak apa. Aku tahu bagaimana untuk melindungi diriku.

“ Ya. Saya temankan Eve dalam pukul 8malam. Saya hantar dia ke rumah dengan gaun tu. Tapi lepas tu saya terus pulang ke rumah.”

“ Cik Collins ada alibi yang menunjukkan keberadaan cik?”

Mukaku berubah merah. Apa maksudnya? Dia mengesyaki aku?

“ Saya tinggal seorang diri. Kawasan flat saya tiada CCTV. Saya tiada alibi kukuh tapi tuan tak boleh mengesyaki saya. Saya sahabat Eve. Bukannya musuh dia!” kataku berang.

Tuan Alain mendiamkan diri. Lelaki itu berbincang sesuatu dengan pegawai polis yang lain sebelum kembali memandang ke arahku dan Eddie.

“ Pihak kami akan sedaya upaya menyiasat hal ini. Buat masa sekarang, kami akan membawa mayat mangsa untuk siasatan selanjutnya. Begitu juga dengan barangan yang berkaitan dengan pembunuhan ini termasuk di flat Cik Winterson. Saya akan hubungi pihak Encik Smith dalam masa yang singkat.”

Selepas kesemua pegawai polis itu meninggalkan kami, tumpuan aku sepenuhnya kembali kepada Eddie. Eddie masih belum mengucapkan sepatah kata kepadaku. Dia seperti mayat hidup. Matanya kosong merenung ke arah tempat mayat Eve dibaringkan tadi.

“ Ed…”

Aku ingin Eddie bercakap denganku, meluahkan segala perasaan yang dipendamnya kini. Aku tidak melepaskan pelukanku kepada Eddie. Bibir insan yang kucintai ini sedang menggeletar. Eddie seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi tiada perkataan yang keluar daripada mulutnya.

“ Ed… aku ada,” aku memujuk Eddie lagi. Eddie mengalihkan perhatiannya kepadaku. Dia kelihatan lemah.

“ Kenapa… Eve…? Siapa yang tergamak… aku… Eve… Eve…”

Eddie merintih. Matanya kembali melihat ke arah tempat yang menjadi pembaringan mayat Eve tadi. Perlahan dia merangkak mendekati tempat itu lantas dia berbaring sambil mengusap tompokan darah yang melekat pada lantai.

“ Apa yang jadi? Kenapa Eve yang jadi mangsa?” aku bertanya.

Walaupun hatiku sakit melihat keadaan Eddie yang tidak terurus seperti ini, tetapi aku tidak dapat menolak kenyataan bahawa hatiku sedang melaungkan kemenangan.Pada saat hati Eddie sedang rapuh kerana kehilangan Eve, aku akan gunakan sepenuh peluang yang ada untuk mengembalikan hati Eddie kepada hati yang penuh rasa cintanya untukku.

…bersambung

Bab akan datang:

Bagaimana Julie berperanan untuk menenangkan keadaan Eddie?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience