Chapter 4

Romance Completed 26341

Bab 4

Dialah yang sudah lama bertahkta di hatiku. Walaupun sudah ada beberapa lelaki datang kepadaku dengan niat untuk menjadikan aku kekasih, aku menolak huluran cinta mereka tanpa berfikir panjang. Kerana lelaki itu, aku sanggup mengorbankan hidupku untuknya. Kerana lelaki itu juga, aku sanggup lakukan apa sahaja untuk bersama-sama dengannya.

Kedua-dua tanganku dihala ke tengah meja. Bingkai gambar yang terletak di situ aku bawa ke pelukanku. Aku dapat merasakan wajahku sedang kemerah-merahan menahan malu. Bibirku melekap kepada pemilik wajah yang berada di dalam bingkai gambar itu.

“ Eddie sayang…”

EVE

Aku risau melihatkan Julie yang masih tidak mempunyai pasangan. Kami berdua saling mengenali satu sama lain sejak di sekolah menengah tinggi lagi. Aku masih ingat dengan jelas apa yang berlaku sehingga membawa kepada persahabatan antara kami berdua.

Pada awal zaman menengah tinggi dahulu, aku berkawan dengan golongan pelajar perempuan yang popular di sekolah. Motif utama aku? Aku berniat untuk mempopularkan diriku sebaik sahaja aku memasuki alam persekolahan menengah tinggi. Pelbagai tips dan cara untuk menjadi seorang gadis yang popular yang boleh kudapati daripada majalah-majalah untuk gadis remaja mahu pun internet aku guna pakai untuk melaksanakan impianku itu. Gaya pemakaian dan pergaulanku berubah hanya kerana aku ingin menjadi popular.

Aku sentiasa mengimpi-impikan untuk menjadi tumpuan pelajar-pelajar lelaki yang digilai ramai gadis di menengah tinggi.

Malangnya, awal-awal lagi aku sudah tersilap langkah.

Kumpulan pelajar perempuan popular itu sebenarnya langsung tiada niat untuk berkawan denganku. Aku diibaratkan sebagai hamba abdi mereka. Apa sahaja arahan mereka wajib aku laksanakan. Daripada membeli makanan sekiranya mereka lapar sehinggalah menyelesaikan tugasan yang diberi oleh guru-guru kami. Sekiranya aku menunjukkan protes walaupun sedikit, mereka akan mengugut untuk membuang aku daripada kumpulan mereka. Kerana ingin tergolong dalam kumpulan pelajar perempuan popular itu, aku menahan geram dan amarahku terhadap mereka.

Sehinggalah pada suatu hari. Hari yang membawa kepada persahabatan aku dengan Julie.

Pada petang hari di mana hujan turun dengan lebat serta diikuti dengan guruh, aku dan kumpulan pelajar popular itu terperangkap di dalam bangunan lama sekolah kami. Kami sengaja ke sana untuk menunjuk-nunjuk bahawa kami berani walaupun ada kisah seram menghantui bangunan lama itu. Malangnya, kami semua jatuh ke dalam sebuah lubang yang terhasil daripada lantai kayu yang reput.

Seperti biasa, aku cuba menolong mereka untuk menyelamatkan diri kami semua. Aku menemui sebuah tangga kayu yang masih boleh digunakan di dalam kawasan tempat kami terjatuh itu. Rupa-rupanya kami semua terjatuh ke dalam stor lama yang masih menempatkan beberapa barang di situ.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapakah Julie menyebut nama Eddie? Adakah Eddie yang dicintainya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience