Chapter 41

Romance Completed 26341

Bab 41

Rapat dengan Eve pada luaran tapi hakikatnya, dia bencikan Eve sampai tahap sanggup membunuh.”

“ Maksud kau… suspek dekati Eve sebab nak bahayakan dia?” Eddie kelihatan semakin resah.

Perlahan-lahan aku mengangguk. Sedaya upaya aku cuba menyakinkan Eddie dengan teori yang sengaja direka olehku.

“ Tolong berhenti dulu, Ju. Aku fikir aku tak dapat… nak terima semua ni. Eve… baru pergi. Aku tak kuat… aku tak kuat, Ju.Tolong… berhenti.”

Aku mendiamkan diri. Sekiranya itu yang diminta oleh Eddie, aku akan menurut sahaja permintaan itu. Siapalah aku untuk menolak permintaan lelaki yang kucintai.

“ Kalau macam tu, aku pulang dulu Ed. Petang ni aku akan ke apartment kau. Ibu bapa kau dah sampai ke?”

Dalam hatiku aku berharap hanya akan tinggal aku dan Eddie sahaja. Aku berharap ibu bapanya tidak jadi datang melawat anak lelaki mereka.

Anggukan Eddie mengecewakan aku tetapi aku berjaya mengawal raut wajahku daripada mempamerkan sebarang kekecewaan.

“ Malam ni mereka akan jumpa dengan keluarga Eve... tanpa aku. Majlis tu terpaksa dibatalkan. Walaupun masa ni tak sesuai sebab…” Eddie termengkelan. Dia tidak dapat mengatakan apa yang ingin dikatakannya. Aku menyambung ayatnya di dalam fikiranku.

… sebab bakal pengantin baru mati.

“ … tapi urusan pasal majlis ni kena diselesaikan juga. Aku… aku mungkinakan pulang ke rumah keluarga aku nanti. Uruskan apa yang patut.”

“Kalau macam tu, aku datang malam nilah. Aku akan sediakan sesuatu untuk kau, ya? Sekurang-kurangnya bila keluarga kau tiada sebab pergi jumpa ibu bapa Eve, aku boleh temankan kau. Boleh, Ed?”

Eddie mengangguk. “Aku berterima kasih dengan kau, Ju. Eve baru pergi tapi kau… pandai kawal emosi kau. Terima kasih sebab banyak tolong aku.”

“ Tak ada apa-apalah. Aku kawan Eve, kau kekasih dia. Kita berdua rapat dengan Eve. Jangan jadikan…” aku diam sejenak. Sengaja mencari ruang agar kata-kataku berbunyi seperti aku tidak dapat menerima kematian Eve. Aku memperlahankan nada suaraku supaya berbunyi sayu.

“ … pemergian Eve sebagai alasan untuk kau turut sama hentikan perjalanan hidup kau. Kita yang masih hidup ni kena teruskan hidup kita. Ed, Eve takkan gembira kalau dia tahu kau jadi macam ni.”

“ Aku perlukan masa. Semua ni… terlalu mengejut. Bukan mudah untuk aku terima.”

Aku tersenyum. “ Aku yakin kau boleh.”

Aku meminta diri untuk pulang dengan janji aku akan membawa pai daging buatanku pada malam ini. Aku menghalang Eddie daripada menghantarku ke kereta walaupun hatiku terlalu ingin membawa dia pulang ke rumahku pada saat ini. Pada masa yang sama, Tuan Alain memanggil Eddie dari kejauhan.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Eddie tidak mengesyaki langsung mengenai tindak-tanduk Julie?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience