Chapter 14

Romance Completed 26341

Bab 14

“Bosan. Hari-hari aku fikir nak balik aje. Tapi nak buat macam mana, dah kerja kan?”

Aku mengangguk sahaja.

Tatkala jam hampir mencecah tengah malam, Eddie dan Eve mula meminta diri untuk pulang. Aku membekalkan baki kek vanilaku kepada mereka berdua. Eddie menyambutnya dengan gembira dan wajah gembira Eddie membuatkan aku makin senang hati.

“ Terima kasih datang jenguk aku.”

“ Jumpa kau nanti. Selamat malam Ju!”

“ Terima kasih untuk kek ni. Selamat malam.”

Aku menutup pintu dan berlalu ke tingkap yang membolehkan aku melihat tempat Eddie memarkir kereta di bawah. Aku tersenyum-senyum sendirian. Semestinya malam ini akan membawa mimpi yang indah kepadaku.

Dengan bantuan lampu jalan aku dapat melihat Eddie berjalan beriringan dengan Eve. Sebelah tangan lelaki pujaan hatiku melingkar pada bahu Eve. Bibirku digigit perlahan.

Sampai bila harus aku sakit hati melihat kebahagiaan Eve di samping lelaki yang amat kucinta itu?

Aku menutup langsir sewaktu Eddie sedang membuka pintu keretanya untuk Eve. Daripada aku membiarkan hatiku sakit melihat senyuman manis pada wajah Eve, lebih baik aku terus menghalang adegan itu daripada hadir pada ruang mataku.

Aku membawa dulang ke dapur. Pili air kubuka. Kubiarkan sahaja air keluar mencurah-curah daripada kepala paip. Mataku kosong merenung curahan air tersebut.

Bunyi mesej masuk di telefon mengejutkan aku. Dengan malas aku mencapai telefonku yang berada di atas meja dapur. Aku menjerit kegembiraan. Nama yang tertera di skrin telefonku membuatkan senyuman aku tercetus lagi. Mesej daripada Eddie.

Ada sesuatu yang aku nak minta tolong dengan kau.

Pantas aku membalas mesej Eddie. Mindaku penuh dengan segala pertanyaan. Minta tolong? Pasal apalah agaknya?

Nanti aku beritahu. Rahsia antara kita berdua aje ya?

Rahsia? Antara aku dengan Eddie?

Betul?

Senyumanku tidak putus-putus terukir daripada wajahku.

Okey.

Aku keluar dari dapur lalu menari di sekeliling ruang tamuku. Telefon bimbitku dibawa rapat ke dada. Apakah yang ingin Eddie kongsikan dengan aku itu? Rahsia kami berdua?

Aku ketawa bahagia.

JULIE

Sejak daripada malam Eddie menghantar mesej yang membuatkan aku tidur ditemani mimpi-mimpi indah, aku dengan tidak sabar menanti apakah yang ingin Eddie minta tolong daripadaku. Walaupun keinginan untuk menghubungi Eddie semakin membuak-buak dari masa ke semasa, tetapi aku harus berlagak seperti perkara itu biasa-biasa sahaja denganku.

Kadang kala, aku mahu Eddie yang datang mencariku. Bukan hanya aku sahaja yang akan pergi kepadanya. Bagiku, ini adalah saat di mana aku akan berasa bahagia kerana Eddie yang akan pertama kali mencariku. Merasa bahagia kerana insan yang kucintai yang terlebih dahulu mengambil langkah untuk mendapatkanku.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Eddie tahu bahawa Julie menyukainya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience