Chapter 31

Romance Completed 26341

Bab 31

Aku berpusing di hadapan Julie sambil mengembangkan gaun pengantin yang masih tersarung pada tubuhku. Julie mengangguk dan datang menghampiriku. Dia membetulkan juraian rambutku pada bahagian sisi kepalaku.

“Kalau kau pakai cekak mutiara pun mesti bertambah cantik. Nampak suci sangat dengan warna putih macam ni,” Julie memberi cadangan. Aku tersenyum.

“Nanti aku cari. Cekak mutiara atau tiara ya? Kalau aku pakai tiara tentu lagi nampak macam puteri kan?”

“Mana-mana pun boleh. Kau dah cantik di mata Ed. Aku yakin Ed akan terpegun dengan kecantikan kau.”

Pujian yang tidak putus-putus daripada Julie membuatkan hatiku kembang. Julie memang tahu bagaimana untuk membuatkan aku bertambah gembira. Dia memang satu-satunya sahabat baikku di dunia ini.

“ Oh ya. Aku ada sesuatu untuk kau. Aku nak kau pakai hadiah aku ni masa kau jadi pengapit aku. Aku nak kau jadi pengapit yang tercantik, kau tahu? Kejap ya aku ambil.”

Aku berjalan membelakangi Julie untuk mengambil hadiah yang kusimpan di dalam laci meja solekku. Sepasang anting-anting mutiara dan rantai mutiara kubeli khas untuk Julie. Set perhiasan itu akan menyerlah dengan gaun pengapit Julie yang telah kutempah. Aku membelinya sewaktu aku keluar bersama-sama Eddie untuk menguruskan persiapan perkahwinan kami dua hari yang lalu.

“ Jumpa pun! Ju…”

Aku mengerang kesakitan. Cecair merah keluar daripada bibirku. Kesakitan yang tidak dapat aku gambarkan terasa pada bahagian kiri belakangku. Suatu objek yang tajam tertusuk ke dalam tubuhku dan ditarik kasar. Aku memuntahkan darah yang banyak apabila objek tajam itu keluar daripada tubuhku. Warna merah mengotori warna putih gaun pengantinku.

“ Ju…”

Aku yakin pandanganku sedang menipuku saat aku berpusing dan melihat Julie sedang tersenyum lebar di belakangku dengan sebilah pisau besar yang menitiskan cecair merah. Mataku terbeliak dengan apa yang sedang disaksikan olehku.

Apa… apa… apa yang terjadi?

“ Ju… kenapa?”

Itu soalan pertamaku untuknya. Aku tidak berniat untuk menjerit meminta tolong. Aku tidak berniat untuk menolak Julie dan lari daripadanya. Aku tidak berniat untuk mencapai telefonku dan menelefon 911. Niatku hanya ingin bertanya mengenai tindakan Julie yang amat memeranjatkan aku.

“ Kenapa…?” aku merintih dalam kesakitan.

Julie menghampiriku dengan senyuman yang kian lebar. Pisau yang mempunyai kesan darah merahku itu masih kemas dalam genggaman tangannya. Baru aku sedar kedua-dua tangannya memakai sarung tangan lutsinar. Aku terduduk sebaik sahaja Julie berdiri betul-betul di hadapanku.

“ Apa… kenapa…?” aku bertanya lagi.

“ Ed…” wajah Julie berubah seperti seorang yang hilang akal. Nama Eddie menimbulkan kebingunganku sebelum aku mula sedar.

Eddie!

“ Kau takkan dapat Ed, Eve. Ed. Aku. Ed dan aku.” Julie ketawa mengilai. Tawa yang tidak pernah kudengar keluar daripada mulutnya.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Eve akan mati atau ada orang yang akan menyelamatkan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience