Chapter 20

Romance Completed 26341

Bab 20

Wajahnya manis dengan senyuman kepada pelanggan yang akan melaburkan duit untuk sebentuk cincin.

Aku merenung Eddie dengan rasa tidak percaya.

Eddie mahu melamar aku?

Eddie mahu jadikan aku teman hidupnya?

Eddie mahu menjadi pelindung aku?

Kan?

“ Ed, aku…”

Senyuman Eddie membuatkan aku bisu. Aku tidak sangka tekaanku tadi tepat!

“ Saiz jari manis kiri kau sama dengan Eve, kan?”

Aku terdiam. Aku merasakan darah naik ke pipiku. Eddie ketawa kecil.

“ Sebenarnya aku rancang nak lamar Eve tak lama lagi. Aku nak bawa dia pergi bercuti dulu kat Paris. Okey tak rancangan aku?”

Eddie nak melamar Eve?

Bayangan Eddie melutut di hadapan Eve dengan kotak kecil Tiffany’s menerjah mindaku. Diikuti dengan riak wajah tidak percaya Eve yang akandisambung dengan senyuman lebar gadis itu. Perlahan-lahan Eddie akan menarik tangan kiri Eve seterusnya sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis Eve. Aku yakin Eve akan teramat mengalu-alukan lamaran daripada Eddie.

“ Ju? Kenapa diam?

Teguran daripada Eddie menarik aku kembali ke dunia nyata.

“ Kau tak sihat ke?”

Pantas aku menggeleng bagi menafikan pertanyaan Eddie. Sedaya upaya aku mengawal riak pada wajahku. Bibirku yang terasa berat kupaksa untuk tersenyum.

“ Tahniah! Aku gembira untuk kau dan Eve.”

Eddie ketawa lagi. “ Tapi aku takut Eve akan tolak lamaran aku.”

“ Tak adalah. Aku tak percaya Eve akan tolak lamaran kau,” aku cuba memberi semangat kepada Eddie walaupun hatiku sedang berdarah tika ini.

“ Aku fikir sepatutnya dah lama aku lamar Eve tapi banyak sangat kerja yang aku kena uruskan dulu. Akhirnya, aku fikir aku dah sedia nak melamar dia,” Eddie tersenyum bahagia.

Senyuman bahagia pada wajah Eddie meremukkan hatiku. Dia mengajak aku keluar pada hari ini semata-mata untuk menemani dia membeli cincin lamaran untuk Eve? Aku tidak tahu bagaimana ingin menggambarkan perasaan yang sedang aku rasakan kini.

Marah? Kecewa? Geram? Rasa dikhianati?

Entah.

Eddie meminta jurujual wanita di kaunter itu mengeluarkan beberapa bentuk cincin yang menarik perhatiannya. Semakin lama aku melihat senyuman pada wajah lelaki yang kucintai itu, aku merasakan diriku semakin jauh daripada Eddie.

“ Ju, boleh tolong cuba yang ni?”

Eddie memegang sebentuk cincin berbatu permata safir biru.Kedua-dua belah safir biru itu diapit dengan dua biji permata putih kecil. Kilauan pada cincin itu semakin membuatkan hatiku resah.

“ Ju?” Eddie menyeru namaku apabila aku tidak memberi sebarang respon. Aku merenung ke arahnya.

“ Kau okey, Ju?” tanya Eddie.

Pantas aku mengangguk. Aku mengangkat tangan kiriku dan membiarkan Eddie menyarungkan cincin safir biru itu ke jari manisku.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Eddie membeli cincin itu untuk Julie?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience