Chapter 33

Romance Completed 26341

Bab 33

Eddie!

Sebaik sahaja aku sampai di kediaman Eddie, aku perasan ada dua buah kereta polis diparkir di kawasan lapang berhadapan dengan kawasan kediaman Eddie. Sebuah van hitam turut berada di situ. Hatiku tidak gentar saat melihat kereta-kereta polis tersebut kerana aku tahu aku langsung tidak berbuat salah.

Salahkah aku kerana menyingkirkan anasir yang mengangguku daripada kehidupanku?

Tidak salah. Kan? Tindakan aku betul. Aku tahu.

Jiran-jiran Eddie berkumpul di hadapan apartmentnya. Kekecohan yang dibuat mereka membuatkan aku naik marah. Kenapa mereka datang untuk menghuru-harakan keadaan? Eddie tidak layak dilayan seperti ini. Aku merempuh mereka untuk masuk ke dalam kediaman Eddie.

“ Eddie!”

Dua orang pegawai polis yang berada di muka pintu apartment Eddie hampir menahanku daripada masuk ke dalam. Selepas menerangkan kepada mereka bahawa aku merupakan kenalan Eddie, mereka berdua membenarkan aku masuk. Eddie sedang duduk mencangkung sambil memeluk kedua-dua lututnya di suatu sudut. Wajahnya disembam ke kepala lutut.

Mataku liar melihat keadaan sekeliling. Keadaan apartment Eddie seakan-akan puting beliung telah datang memporak-perandakan rumah ini. Ada serpihan kaca yang kupercayai pecah pada saat Eddie menelefonku tadi berhampiran dengan sofa tunggal di ruang tamu itu. Ada beg hitam panjang di atas lantai yang sedang dikerumuni beberapa orang pegawai forensik. Aku tahu mayat Eve ada di dalamnya. Mayat Eve yang telah kuhias cantik dengan darahnya sendiri.

“ Cik?”

Aku menoleh ke arah salah seorang pegawai polis di ruang tamu itu. Tanda nama Alain yang dipin pada dadanya kulihat. Dia kelihatan seperti ketua kepada kesemua pegawai polis yang berada di apartment Eddie. Dengan wajah tidak bersalah aku memberitahunya namaku. Salah seorang pegawai polis lain yang berada di ruang tamu mencatat sesuatu pada buku nota yang berada di tangannya.

“ Saya kawan Eddie. Dia telefon saya tadi. Kenapa tuan? Apa yang terjadi?” aku bertanyakan masalah yang menimpa Eddie walaupun aku merupakan punca semua ini terjadi. Pegawai polis yang bernama Alain itu merenungku lama.

“ Saya percaya Cik Collins kenal Cik Eve Winterson. Cik Winterson telah dibunuh dengan kejam dan mayatnya dihantar ke rumah tunangnya, Encik Eddie Smith.”

“ A… apa?” aku mempamerkan wajah terkejutku yang sebenar-benarnya. Tuan Alain kelihatan tenang.

“ Menurut laporan, sebuah kotak diletakkan di pos pengawal berdekatan pagar utama apartment ini. Ada nama dan nombor rumah Encik Smith ditampal pada kotak itu. Memandangkan Encik Smith masih dalam perjalanan dari pejabatnya, dua orang pengawal menolong membawa kotak tersebut naik ke rumah Encik Smith. Mayat Cik Winterson berada di dalamnya.”

Aku terus terduduk mendengarkan perjelasan daripada Tuan Alain.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah pihak polis akan menjumpai bukti untuk mendakwa Julie?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience