Chapter 29

Romance Completed 26341

Bab 29

Sebelum ini lagi Eve sudah berkeras untuk tidak membenarkan Eddie melihat dirinya dalam gaun pengantin itu sebelum hari perkahwinan mereka. Dia mahu membuat kejutan kepada Eddie.

“ Aku datang lain kali ya? Janganlah buat muka macam tu. Boleh hilang seri pengantin kau kalau kau terus buat muka masam macam tu,” sengaja aku mengusiknya.

Eve terus mengukir senyum. Dengan tidak rela dia melambai tatkala aku memandu keluar dari kawasan flat itu.

“ Datang esok, tahu? Kalau tak aku merajuk dengan kau.”

“ Berani kau nak merajuk dengan bakal pengapit perempuan kau ni?”

Eve hanya tersenyum.

Dari cermin sisi kereta aku memerhatikan Eve naik ke tingkat yang menempatkan unit flatnya. Aku tersenyum sinis. Keretaku kupandu jauh tiga blok daripada tempat tinggal Eve. Untuk mengelak daripada dikesan oleh sesiapa aku harusteliti dengan setiap pergerakanku.

Aku bertuah kerana Eve memilih waktu malam untuknya pergi mengambil gaun pengantin itu. Semuanya kerana aku dan dia hanya mempunyai masa lapang pada malam ini. Pada waktu siang aku sibuk dengan kerjaku. Eve pula sibuk dengan baki persiapan perkahwinannya.

Aku memarkir keretaku berhampiran dengan sebuah jip hitam yang kusewa khas untuk rancangan hari ini. Tergesa-gesa aku masuk ke dalam jip hitam itu dan menukar pakaianku kepada kemeja T hitam dan kasut sukan. Aku memakai jaket labuh berhud yang turut berwarna hitam selepas memakai kaca mata hitam dan bertopi. Kawasan ini agak terlindung daripada laluan orang awam lalu memudahkan pergerakan aku.

Selesai sahaja dengan penyamaranku, aku memandu jip hitam itu ke arah flat kediaman Eve. Jip hitam itu kuparkir di tempat parkir kenderaan bawah tanah. Sebuah kotak besar yang sudah kulipat terlebih dahulu kubawa bersama-samaku ke arah tangga yang menghubungkan setiap tingkat flat itu dengan ruangan bawah tanah ini.

Langkahku tekad menuju ke flat Eve. Sebelah tanganku dimasukkan ke dalam poket jaketku. Poket yang menempatkan hadiah terakhirku kepada sahabat karibku. Tidak lupa juga aku akan sarung tangan plastik yang turut berada di dalam poketku. Sarung tangan itu kupakai dalam perjalananku melalui tangga kecemasan flat itu.

EVE

Gaun pengantin yang direka khas ini memang sesuai untukku. Aku dapat membayangkan rupa Eddie pada hari perkahwinan kami yang akan mengambil tempat empat hari dari sekarang. Wajah kacak itu akan terkejut melihatku tetapi rasa terkejut itu akan digantikan dengan pandangan penuh cintanya hanya untukku. Di hadapan tetamu jemputan kami, kami berdua akan melafazkan ikrar kami untuk saling mencintai sepanjang hayat kami dikandung badan. Kami berdua akan bersama-sama dalam susah senang hidup kami selepas ini.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah impian Eve dan Eddie melangsungkan perkahwinan akan tercapai?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience