Chapter 40

Romance Completed 26341

Bab 40

Aku meninggalkan kawasan apartment Eddie dengan harapan pengawal-pengawal keselamatan yang bertugas akan ‘menolongku’ menyampaikan hadiah istimewa itu kepada Eddie.

*

Rancanganku berjalan dengan lancar.

Aku yakin tiada siapa dapat menduga aku dalang di sebalik kes pembunuhan kejam ini. Lagipun, aku sahabat baik Eve. Bodoh benar pihak polis sekiranya mereka mengesyaki aku.

Walaupun ada banyak kes pembunuhan dilakukan oleh orang yang akrab dengan mangsa pernah terjadi.

“ Ju?”

Panggilan daripada Eddie mengejutkan aku. Aku langsung tidak sedar bila dia datang ke arahku. Pantas aku bangun daripada bangku itu tetapi Eddie menyuruh aku duduk kembali. Dia melabuhkan duduknya di sebelahku.

“ Apa yang Tuan Alain beritahu kau?”

“ Flat Eve tiada CCTV, susah pihak polis nak cam suspek. Tapi, pengawal kat flat tu beritahu semalam lampu koridor berdekatan unit flat Eve terpadam. Mungkin kerja suspek.”

“ Kawalan keselamatan di flat Eve memang lemah. Kalaulah ada sesiapa yang boleh jadi saksi…”

Eddie menggeleng.

“ Tiada saksi. Jiran sebelah pun kata mereka tak ada dengar bunyi pertengkaran atau jeritan dari flat Eve. Pihak polis kata tiada tanda pecah masuk, maksudnya Eve kenal suspek. Eve benarkan suspek masuk dan mungkin dia dibunuh serta merta sebab Eve tak ada menjerit minta tolong. Atau suspek pengsankan Eve terlebih dahulu.”

Walaupun Eddie masih belum kelihatan stabil, tetapi nada suaranya kedengaran tenang daripada sebelumnya. Aku bernasib baik kerana tiada saksi yang menyaksikan ketika aku membawa keluar kotak yang berisi mayat Eve daripada flat sewaannya. Tetapi sebenarnya aku agak risau sekiranya bunyi kotak yang ditarik jatuh di tangga kecemasan ada menarik perhatian sesiapa.

“ Kau syak siapa yang datang jumpa Eve?” aku cuba menduga Eddie.

Eddie diam. Jelas di mataku dia bingung untuk menyatakan siapa yang Eve jumpa pada waktu kejadian. Apatah lagi pihak polis mengatakan suspek mungkin kenalan Eve. Tentu Eddie tidak dapat memikirkan siapa yang sanggup membunuh Eve walhal suspek mengenali gadis yang dibunuhnya.

“ Aku tak tahu. Aku bingung. Eve dibunuh dalam biliknya. Aku yakin suspek seorang perempuan. Aku kenal Eve. Dia tak akan bawa lelaki lain masuk ke dalam flat dia kecuali aku dan ahli keluarganya yang lain. Tapi siapa… siapa kawan Eve yang tergamak buat semua ni? Kawan Eve…”

“ Bagaimana kalau suspek tu sebenarnya musuh Eve?”

“ Kenapa Eve benarkan musuh dia masuk ke dalam rumah? Dan… setahu aku Eve tak bermusuh dengan sesiapa.” Eddie semakin bingung. Kata-kataku semakin menyerabutkan fikirannya.

“ Aku pun fikir Eve tak ada musuh. Eve tak pernah beritahu aku yang dia ada masalah dengan sesiapa. Tapi tak tahulah kalau suspek tu musuh dalam selimut.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah lama-kelamaan bukti akan diketahui juga tentang kes pembunuhan Eve?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience