Chapter 24

Romance Completed 26341

Bab 24

“Macam manalah boleh luka sampai macam ni. Cuai betul kau ni,” Eddie menyambung lagi. Hampir sahaja aku tergelak mendengarkan omelannya yang tidak berhenti.

“Boleh tahan juga balutan kau. Macam doktor,” aku memuji Eddie. Eddie tersenyum.

“Jangan lupa untuk tukar balutan nanti. Guna kain yang bersih.”

“Baiklah, Doktor Eddie.”

Eddie ketawa.

Akhirnya Eddie yang membuat minuman untuk dirinya dan diriku. Eddie membawa dua cawan berisi jus laici dan sepinggan puding ke ruang tamu.

“ Maaflah. Kau pula yang kena hidang makanan.”

“ Janganlah risau. Hal kecil aje ni. Minumlah. Lepas ni kau rehat, jangan buat kerja berat. Bagi luka kau tu masa untuk sembuh dengan elok.”

“ Yalah, yalah.”

Aku menghirup jus buatan Eddie itu. Sedap. Tersangat sedap.

Eddie sedang menikmati puding buatanku dengan wajah yang membuatkan aku yakin dia menyukai puding itu. Semuanya kelihatan remeh temeh sahaja tetapi apa sahaja yang Eddie lakukan aku akan pastikan ianya akan terpahat pada hatiku.

Tetapi, bagaimana bila dia dan Eve sudah berkahwin nanti? Semestinya masa untukku luangkan bersama-sama Eddie akan semakin singkat. Barangkali aku tidak akan dapat berdua-duaan dengan dia lagi seperti ini. Hanya akan ada Eve di samping Eddie pada setiap masa kami bertemu.

Jadi, apa yang harus aku lakukan demi menghalang rancangan Eddie?

******

EVE

Selepas beberapa hari tidak berhubung dengan sahabat baikku, Julie datang ke rumahku pada malam ini. Katanya dia rindukan aku. Aku hanya mampu tergelak mendengar kata-kata naif Julie. Macam mana ya kalau suatu hari nanti aku dan Eddie akan berkahwin dan Julie masih akan keseorangan tanpa sesiapa? Persoalan itu amat merisaukan aku.

“Kau bawa apa untuk aku?” aku teruja apabila melihat ada kotak putih di tangan Julie. Julie melihat kepada kotak putih di tangannya itu.

“Aku bawa kek epal. Kebetulan tadi aku makan tengah hari kat kafe.”

“ Terima kasih, Ju. Duduklah dulu. Aku buatkan kau minuman.”

Kotak putih itu beralih tangan. Julie memandang ke kiri dan ke kanan. Dia kelihatan tidak selesa.

“ Kenapa Ju?”

“ Nak tumpang guna bilik tidur kau kejap, boleh? Nak betulkan pakaian aku.”

“ Macamlah kau tak biasa. Pergilah. Oh ya, nak minuman apa? Kopi? Teh? Jus?”

“ Kopi.”

Aku berlalu ke dapur manakala Julie menuju ke bilik tidurku. Kedengaran pintu bilikku ditutup.

Kek epal yang dibawa oleh Julie itu aku letakkan di atas dua biji pinggan kecil. Mesin pembuat kopi milikku sudah sedia dengan kopi panas yang semestinya sedap. Eddie selalu memuji kopi buatanku. Katanya aku mahir membuat minuman kegemarannya itu. Aku tersenyum mendengarkan kata-kata Eddie yang selalu mengambil hatiku.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapakah tiba-tiba Julie merindui Eve? Ada apa-apakah yang tidak kena?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience