Chapter 19

Romance Completed 26341

Bab 19

“Oh, yang tu,” aku berpura-pura terkejut sedikit sebelum ketawa kecil. “ … aku pergi jumpa kawan-kawan lama aku. Tapi Eve salah anggap sebab aku tak cerita lanjut.”

“ Kiranya kami salah fahamlah ni?”

“ Kami?” Dahiku berkerut.

Eddie ketawa. “ Sebab Eve nampak bersungguh-sungguh sangat cerita, aku percaya yang kau dah ada teman lelaki. Maaf ya Ju.”

“ Tak adalah.”

“ Tapi kan Ju, bila kau nak cari kekasih? Aku sebenarnya kasihan sebab tengok kau sendirian macam ni. Kau tak sunyi ke?”

Aku memaksa diriku untuk mengukir senyum. Aku tidak menyangka Eddie akan bertanya soalan yang sedemikian.

“ Kau fikir aku sunyi ke?” Aku bermain tarik tali dengan Eddie. Eddie ketawa lagi. Tawa lelaki di hadapanku ini merupakan halwa telinga yang terbaik untuk diriku.

“ Aku tahu kau suka berdikari. Tapi pernah tak kau terfikir nak ada seorang lelaki yang istimewa hanya untuk kau? Seorang lelaki yang boleh jadi pelindung kau?”

Aku diam. Aku biarkan sahaja kata-kata Eddie itu disambut dengan senyumanku.

Ada. Lelaki itu kau, Ed. Aku mahukan kau jadi pelindung aku. Boleh?

“ Siapalah yang nak perempuan macam aku ni,” kataku dengan suara yang sengaja diperlahankan. Eddie menggeleng perlahan.

“ Kau perempuan yang baik, Ju. Mustahil tak ada lelaki yang berkenan pada kau.”

Aku diam lagi. Kalaulah boleh aku mengutarakan soalan yang sedang bermain di fikiranku ini alangah baiknya? Aku inginkan jawapan ikhlas daripada Eddie.

Kalau aku perempuan yang baik, kenapa kau tak pilih aku tetapi Eve? Kau jumpa aku dahulu sebelum Eve, Ed.

Aku tidak dapat mengagak apakah jawapan daripada Eddie sekiranya aku benar-benar bertanyakan soalan itu. Adakah dia akan menjawab dengan jujur? Atau dia akan mengelak daripada menjawabnya?

“ Lupakanlah pasal tu. Aku gembira dengan hidupku sekarang.”

Eddie seakan-akan faham dengan apa yang aku katakan dengan tidak bertanya lebih lanjut mengenai isu ini. Kami berdua kembali menikmati hidangan di hadapan kami tanpa berkata apa-apa lagi.

Selepas makan, Eddie membawa aku keTiffany’s. Warna hijau yang menjadi simbol Tiffany’s dan pelbagai kilauan permata membuatkan aku teruja. Tempat yang menyediakan pelbagai jenis aksesori mewah seperti ini adalah idaman ramai gadis di luar sana. Malah dengan hanya melihat kepada warna hijau itu sahaja membuatkan ramai gadis tewas dengan godaan harganya.

Eddie menarik aku ke arah kaunter yang menempatkan pelbagai bentuk cincin yang sesuai untuk majlis pertunangan dan perkahwinan. Seorang jurujual wanita menyambut kami dengan senyuman.

“ Encik nak cari cincin untuk teman wanita cik? Bertunang atau berkahwin?” jurujual itu bertanya sambil melihat kepadaku.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Julie mempunyai rancangan untuk menggoda Eddie?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience