Chapter 47

Romance Completed 26341

Bab 47

Sama seperti sewaktu aku membunuh Eve, kedua-dua mata Eddie terbeliak ke arahku. Aku menangis teresak-esak. Pisau yang berlumuran dengan darah Eddie kujatuhkan kembali ke lantai. Alat yang kugunakan untuk mencabut nyawa lelaki pujaanku itu jatuh tepat di sebelah Eddie. Aku terduduk di hadapan Eddie yang sudah tercungap-cungap.

“ Maaf, Ed. Maaf… aku tak sanggup…”

Aku ditarik kasar daripada berada dekat dengan Eddie. Kedua-dua anggota polis tadi memegang kemas tubuhku yang sudah lemah. Kakiku sudah tidak kuat untuk menahan beratku. Hatiku luka apabila melihat wajah insan tersayangku berada dalam kesakitan akibat perbuatanku.

“ … biarkan kau jadi milik perempuan lain… hanya aku… kau milik aku…”

“ Bawa dia keluar segera! Cepat! Ambulans dalam perjalanan!”

Tuan Alain kelihatan benar-benar berang denganku. Aku meronta-ronta agar dilepaskan tetapi kali ini aku sudah tidak kuat untuk meloloskan diri daripada kedua-dua anggota polis yang mengiringiku ke luar. Aku menjerit-jerit memanggil nama Eddie. Nafasku terhenti seketika apabila aku menyedari Eddie sudah tidak bergerak lagi.

“ Eddie… Eddie…”

Tuan Alain menutup mata Eddie yang masih terbeliak selepas memeriksa denyutan nadi dan nafas Eddie. Wajahnya terbaur kekesalan.

“ Eddie!”

Tidak…

Tidak…

Tidak!

Aku meraung sekuat-kuat hatiku. Wajahku ditutup kasar dengan kain hitam. Aku terdiam buat seketika apabila menyedari akan raungan kesedihanku.

Kenapa aku perlu bersedih? Kenapa? Sepatutnya aku gembira. Gembira kerana pada akhirnya, Eddie tidak menjadi milik mana-mana gadis. Aku perempuan terakhir yang bersama-sama Eddie pada akhir hayatnya. Aku perempuan terakhir yang dilihat oleh Eddie.

Aku!

Akhirnya, Eddie berjaya menjadi milikku pada nafas terakhirnya.

Tangisanku berganti dengan hilaian tawa yang kuat. Tawa yang menandakan aku puas dengan ‘kemenangan’ yang kucapai. Aku menang!

JULIE

Aku merenung kepada pemandangan di hadapaku. Hijau. Hatiku terasa tenang melihatnya. Padang hijau yang terbentang luas di hadapanku membuatkan aku berkeinginan untuk berlari-lari di atasnya dengan dua orang insan kesayanganku. Aku menoleh ke belakang. Kedua-dua mereka sedang tersenyum kepadaku.

“ Cuaca yang cerah. Nak keluar?” salah seorang daripada mereka bertanya dengan suara yang maniskepadaku. Aku mengangguk dengan senyuman tersimpul pada wajahku.

“ Nak buat apa? Berkelah? Rekreasi?” seorang lagi bertanya. Aku tersenyum lagi.

“ Sambil berkelah sambil berekreasi. Ke taman? Pantai pun menarik juga,” si manis memberi cadangan.

“ Musim bunga macam ni sepatutnya kita ke taman. Tunggu musim panas baru seronok ke pantai.”

“ Tak salah kita ke pantai pada musim bunga.”

“ Tapi lagi sesuai kalau kita ke taman. Bunga-bunga pun tengah mekar cantik masa ni.”

“ Aku tak kisah. Asalkan kamu berdua ada dengan aku,” aku mencelah perbualan mereka.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah yang berlaku dengan Julie? Adakah dia dihukum gantung atas tuduhan membunuh?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience