Chapter 11

Romance Completed 26341

Bab 11

*

Aku tersenyum lebar tatkala memerhati cinta hatiku sedang menikmati masakanku dengan kepuasan tergambar pada wajahnya. Aku menjemput Eddie ke rumahku untuk makan malam bersama-sama. Selepas kepulangannya semalam, aku merasakan aku masih belum puas berada di samping Eddie.

“Sedap?”

Senyuman Eddie menambah kegembiraan di hatiku.

“Boleh saya tambah?”

“ Makanlah. Saya masak banyak. Khas untuk awak aje.” Aku tersenyum manja.

Aku membantu Eddie dengan menambah makanan pada pinggannya. Eddie menuang wain merah kegemarannya ke dalam gelas kaca yang sudah kosong. Aku mencapai gelas kacaku dan melagakannya dengan gelas kaca Eddie.

“ Tak ajak Ju?” Eddie bertanya.

“ Dia kata dia ada hal.”

Eddie berhenti daripada meneruskan suapannya. Lama dia merenung kepadaku sebelum dia kembali membuka mulut.

“Kenapa sayang nampak muram? Ada apa-apa yang tak kena ke?”

Eddie bertanya prihatin kepadaku. Semestinya dia perasan aku tidak seceria seperti sebelum ini.

“Eve?”

Aku mengetap bibir. Bagaimana harus aku ceritakan kepada Eddie?

“Sayang?”

“Pasal Ju…”

Aku nampak Eddie mengerutkan dahinya. Dia meletakkan sudu dan garfu di pinggan lalu mencapai tangan kananku. Jari jemari Eddie ditautkan dengan jari jemariku.

“Sayang ada masalah dengan Ju ke? Gaduh dengan dia?”

Pantas aku menggeleng.

“Awak tahu ke kalau Ju ada jumpa sesiapa sekarang?”

“Maksudnya?”

“Kalau Ju dah ada teman lelaki sekarang?”

Eddie tergelak kecil. Aku menarik wajah. Boleh pula dia ketawakan aku?

“ Kalau betul Ju dah ada teman lelaki pun, apa masalahnya? Muka awak macam ada masalah besar aje. Kenapa? Tak gembira ke kalau Ju dah ada pasangan?”

“Bukan macam tu…”

Aku mula bercerita mengenai Julie yang mengatakan dia ada temu janji dengan seseorang beberapa hari yang lepas. Eddie tidak habis-habis menahan senyum lucu ketika aku bercerita mengenai Julie.

“Janganlah gelak!”

“Okey, okey. Saya tak gelak.”

Aku mengeluh.

“Jadi, awak sedih sebab Ju belum cerita apa-apa kat awak?” Eddie membuat kesimpulan.

Apa yang disimpulkan oleh Eddie tidak dapat aku sangkalkan. Entah kenapa aku tidak senang duduk sejak aku mengesyaki Julie ada hubungan istimewa dengan seorang lelaki. Aku gembira kerana akhirnya Julie sudah tidak berseorangan lagi tetapi aku agak sedih kerana sampai sekarang Julie langsung tidak menceritakan apa-apa mengenai lelaki itu kepadaku.

“Bukan macam tu. Cuma…”

“Cuma?”

Bukankah aku sahabat baiknya? Kenapa Julie seakan-akan tidak mahu aku tahu mengenai lelaki itu?

“Cuma saya risau. Sejak semalam dia langsung tak telefon saya balik. Dah banyak kali saya telefon Ju,” aku bercerita mengenai apa yang terjadi semalam. Senyuman Eddie hilang tiba-tiba.

“Maksud awak?”

“Awak ingat tak saya kata Ju tak sihat sebab tu dia tak dapat makan bersama-sama kita semalam? Saya ada telefon dia malam semalam tapi semuanya tak berjawab. Ju matikan telefon bimbit dia.”

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapa Julie matikan telefon bimbit dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience