Chapter 22

Romance Completed 26341

Bab 22

Ya. Aku mahu berdua-duaan dengan Eddie lebih lama lagi. Aku boleh duduk di sisinya dan kami boleh berbual-bual walaupuan isinya kosong. Tidak akan sesekali aku melepaskan peluang untuk berdua-duaan bersama-sama lelaki yang kucintai itu.

“ Tak susahkan kau ke? Segan pula aku.” Sengaja aku bermain tarik tali dengannya. Eddie ketawa.

“ Nak susahkan apa. Jom.”

Eddie membuka pintu kereta untuk penumpang di sebelah pemandu untukku. Aku tersenyum kecil sebelum masuk ke dalam kereta mewah milik Eddie. Diriku terasa dilayan seperti puteri raja oleh Eddie. Eddie memang tahu cara untuk melayan gadis dan membuatkan mereka merasakan seperti seorang puteri raja yang disayangi.

Lagu-lagu romantik menemani perjalanan kami ke rumahku. Sesekali aku dan Eddie akan berbual kosong. Aku akan menghargai hari ini yang membawa bahagia kepadaku.

“ Terima kasih banyak-banyak, Ju. Kalau kau tak ada, boleh buntu juga aku dengan rancangan ni,” kata Eddie tiba-tiba. Sudah banyak kali dia berterima kasih kepadaku pada hari ini.

“ Tak ada masalah, Ed. Jadi, kau dah beli tiket untuk ke Paris?” Sengaja aku mengorek rahsia mengenai rancangan Eddie. Eddie menoleh sekilas ke arahku sebelum perhatiannya kembali kepada pemanduan di hadapan.

“ Jangan beritahu Eve tau pasal rancangan ni. Aku minta tolong sangat-sangat,” Eddie merayu bersungguh-sungguh. Aku tersenyum sinis.

“ Kalau aku beritahu?”

“ Julie!”

Aku ketawa. Sengaja aku ingin menyakat Eddie. Aku suka melihat wajah kacak itu tatkala cuba memperolok-olokkan amarahnya.

“ Aku gurau ajelah. Beritahulah. Mungkin aku boleh tolong kau.”

Sebenarnya, itu bukanlah niatku yang sebenar. Apa yang kuucapkan hanyalah dusta.

“ Okey, okey. Aku dah beli tiket. Aku dah minta cuti untuk hari tu dan aku dah periksa dengan pengurus di tempat kerja Eve. Katanya Eve memang akan bercuti juga pada hari tu.”

“ Kiranya kau dah tempah hotel untuk penginapan semua tu?”

Eddie mengangguk. “ Sekarang ni tinggal nak ajak Eve ke Paris aje.”

“ Kau ada rancang rancangan tambahan untuk lamaran tu?” aku cuba mengorek lagi.

“ Aku ada fikir nak lamar Eve atas kapal layar tapi yang tu masih dalam rancangan lagi. Aku takut aku tak sempat nak buat persiapan aje.”

“ Bila kau dan Eve akan pergi Paris?”

“ Minggu depan.”

Riak pada wajahku berubah. Cepatnya!

“ Cepatnya, Ed,” tuturku perlahan.

“ Kenapa?”

Aku diam, buntu mahu mengatakan apa kepada Eddie.

“ Aku cuma fikir… takut kalau kau memang tak sempat nak buat persiapan yang lain. Minggu depan pula tu.”

“Kan?” Eddie ketawa. “Tapi yang penting sekarang ni Eve akan terima lamaran aku,” sambungnya.
…bersambung

Bab akan datang:

Adakah perancangan Eddie akan berjalan dengan lancar?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience