Chapter 45

Romance Completed 26341

Bab 45

Mataku saling bertingkah di antara pisau di tanganku dan Eddie yang tidak kelihatan gentar menghampiriku.

“ Serahkan diri kau, Julie Collins! Tak ada gunanya kau nak ugut aku. Pihak polis dah tahu identiti sebenar kau!”

Suara kasar Eddie membuatkan aku sebak. Hina sangat ke aku sampai dia tergamak menggunakan nada sebegitu kepadaku? Dia sepatutnya berbangga kerana aku merupakan seorang wanita yang amat mencintainya. Demi dia aku sanggup berbuat apa sahaja untuk bersama-samanya.

“ Aku cintakan kau, Ed…”

Pandangan Eddie penuh dengan penghinaan. Air mataku kian galak mengalir.

“ Itu obsesi, Ju. Kau obses terhadap aku sampai kau sanggup bunuh sahabat baik kau. Sahabat yang dah lama kenal kau! Orang yang aku cinta!”

“ Cinta? Cinta?” aku berteriak garang. Kesedihanku berganti dengan wajah yang tersenyum lebar. Eddie kelihatan tersentak dengan perubahan diriku.

“ Kalau cinta kau takkan makan jantung kekasih kau, Ed! Takkan!”

“ Apa maksud kau?” Eddie kebingungan. Aku tersenyum sinis.

“ Untuk kau, aku sediakan pai istimewa daripada jantung kekasih kau! Supaya kau, hati kau, gembira sebab terima jantung tu! Akhirnya, jantung yang kononnya berdenyut kerana cintakan kau, jadi makanan kau sendiri! Ha!”

Eddie menekup mulut apabila menyedari apa yang sedang aku katakan kini. Aku yakin Eddie sedang menahan loya pada tekaknya. Aku ketawa ketika Eddie mendapatkan sinki dapurnya untuk memuntahkan kembali jantung kekasih hatinya yang sudah menjadi suapannya. Aku tahu dia tidak akan pernah menyangka ada bahan ‘istimewa’ bercampur dengan daging untuk pai itu.

“ Ju, kau…”

Aku tersenyum lagi tetapi senyumanku pudar apabila melihat bara kemarahan pada wajah Eddie. Lebih teruk daripada yang kulihat tadi. Kesedihan kembali mengawal emosiku. Kedua-dua tanganku kembali menggeletar pada pemegang pisau tajam di peganganku.

“ Serahkan diri kau segera atau aku heret kau ke balai!”

“ Tak… tak… aku tak salah… tak…”

“ Buat kali terakhir aku ulang, serahkan diri kau.”

“ Tidak! Arghhh!”

Bunyi derapan tapak kaki memasuki apartment Eddie membuatkan aku tergamam. Dalam beberapa saat sahaja ada lima orang anggota polis bersenjata di hadapanku bersama-sama Tuan Alain. Tuan Alain mendapatkan Eddie yang berada hampir dengan kedudukanku. Di tangannya turut tergenggam sepucuk pistol.

Aku sendu. Sampainya hati Eddie. Sampainya hati dia. Aku cintakan dia… aku cintakan dia…

“ Tolong berundur, Encik Smith. Keadaan agak bahaya. Penjenayah sedang bersenjata.”

Penjenayah? Berani dia memanggil aku penjenayah? Tidak! Aku tak akan sesekali terima penghinaan itu!

“ Serahkan diri anda, Cik Collins. Lemparkan pisau tu ke lantai.”

Dengan wajah tegas Tuan Alain memberi arahan kepadaku.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Eddie akan selamat? Dapatkah pihak polis menahan Julie daripada melarikan diri?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience