Chapter 46

Romance Completed 26341

Bab 46

Dia fikir dia siapa? Bapaku sendiri tidak pernah memberi arahan dengan wajah tegas seperti itu. Dia fikir dia lebih hebat daripada bapaku? Dia hanyalah penyangak yang cuba merampas kebahagiaan yang aku baru peroleh dengan susah payahku.

“ Saya beri peluang selama lima saat sahaja. Serahkan diri atau pihak kami akan bertindak dengan lebih tegas.”

Tidak! Aku bukan penjenayah! Aku tidak bersalah!

“ Ju, serahkan diri kau. Jangan buat keadaan makin buruk,” Eddie yang masih tidak berganjak daripada kedudukannya mencelah kata-kata Tuan Alain.

“ Sampai hati kau, Ed…”

Dengan lemah aku menjatuhkan pisau itu ke atas lantai. Eddie kelihatan lega melihatkan pilihan tindakanku. Tuan Alain mengarahkan tiga anak buahnya untuk mengawal di luar apartment Eddie manakala dua anggota polis yang selebihnya tinggal di dapur.

“ Jangan lari daripada hukuman kau, Ju.”

Eddie masih lagi dingin denganku. Aku merenung sayu ke arahnya dengan harapan diaakan memahami setiap tindakan yang aku lakukan sehingga kini. Aku cuma inginkan dia. Salah ke? Eddie masih dengan pandangan dinginnya. Tiada lagi renungan lembut daripada wajah kesayanganku itu.

“ Gari dia,” arah Tuan Alain kepada anak buahnya. Kedua-dua mereka mendapatkan aku. Kedua-dua tanganku dipegang kemas sehingga terasa menyakitkan. Aku mengetap bibir.

Klik!

Kedua-dua anggota polis itu berdiri di setiap sisiku. Eddie hanya berada tiga langkah sahaja dari tempatku. Tuan Alain pula sudah berjalan ke muka pintu dapur dengan telefon pintarnya ditekapkan pada telinga kiri. Kelihatannya dia sedang bercakap dengan pegawai atasannya. Mungkin mengenai berita penangkapan aku. Mungkin dia sedang bermegah kerana aku berjaya ditangkap dengan jayanya.

Aku merenung kepada tanganku yang bergari. Mataku beralih pula kepada pisau yang kujatuhkan ke atas lantai tadi. Inikah kesudahan untukku? Beginikah aku menamatkan segala-galanya?

Tidak.

Tidak!

“ Arghhh!”

Dengan sepenuh tenaga aku menolak kedua-dua anggota polis yang berada bersama-samaku. Kedua-duanya jatuh terhantuk pada sinki dapur dan meja di dapur Eddie. Tanpa berfikir panjang aku mencapai pisau yang kujatuhkan tadi dan meluru ke arah Eddie. Aku melihat sekilas ke arah wajah terkejutnya apabila melihat aku bertindak kasar dengan kedua-dua anggota polis itu tadi. Tuan Alain juga kelihatan terkejut dengan tindakanku yang tidak dapat diduga olehnya.

“ Ju?”

“ Maaf, Ed.”

Darah merah memancut kepada wajahku selepas mata pisau itu menemui bahagian perut Eddie. Mataku tidak lepas daripada melihat wajah itu. Wajah lelaki yang kucintai. Aku menangis lagi. Pisau itu kutusuk semakin jauh ke dalam perut Eddie. Darah Eddie bercampur dengan air mata pada wajahku.

“ Ju…”

Tangan kanan Eddie yang ingin mencapaiku terkulai layu pada saat dia terbaring di lantai.

…Bersambung

Bab akan datang:

Adakah Eddie mati? Apakah perasaan Julie apabila dapat menikam Eddie?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience