Chapter 7

Romance Completed 26341

Bab 7

“Kenapa dengan pakaian tu?” Aku kehairanan. Eddie selalu membeli pakaian untukku tetapi ada kaitan dengan hari ini ke?

“Bukan ke lagi elok kalau kau pakai pakaian yang Ed hadiahkan? Boleh tunjuk yang konon-kononnya kau sangat rindukan dia dan nak Ed tengok kau pakai pakaian yang dia bagi. Macam mana dengan idea aku? Okey tak?”

“Mana ada konon-konon aku rindu dia! Aku betul-betul rindu Ed. Tapi, menarik juga idea kau tu. Kenapalah aku tak terfikir dari awal lagi?”

Kenapalah dengan aku ni? Cadangan Julie itu merupakan perkara yang kebanyakan gadis di luar sana akan lakukan setiap kali mereka ingin bertemu kembali dengan kekasih hati mereka. Disebabkan kekalutan aku, aku terlupa mengenai perkara itu. Bukankah itu antara perkara asas untuk kami?

Aku tersenyum meleret. Ingatan mengenai Eddie yang akan terharu apabila aku tampil di hadapannya dalam pakaian yang dihadiahkan oleh dia membuatkan aku tersenyum sendirian.

“ Kalau dari awal kau fikir pasal ni, tak perlulah aku korbankan masa aku dengan katil kat rumah,” Julie mengeluh. Dia duduk di atas kerusi di meja solekku. Aku ketawa. Kesemua pakaian yang dihadiahkan oleh Eddie aku tayang di hadapan Julie.

“ Macam mana? Yang mana sesuai?”

“ Kau pilih aje yang mana-mana. Asalkan kau pakai baju,” Julie berkata selamba. Aku tarik muka.

“ Kalau aku tersilap pilih?”

Julie bangun daripada kerusi itu lalu mengambil sehelai gaun putih berbunga merah jambu kecil yang melebihi paras lututku sebelum mengambil kesemua pakaian lain lalu diletak kembali di atas katil. Gaun putih itu disua kembali kepadaku.

“ Pakai yang ni. Nampak polos. Aku yakin Ed akan suka. Tapi jangan lupa pakai jaket tebal. Cuaca sejuk kat luar tu.”

Tanpa sebarang bantahan aku bersetuju. Aku tahu Julie tak akan tersilap pilih. Sebab itulah aku yakin tidak sia-sia aku memanggil dia datang untuk membantuku membuat pilihan.

“ Baiklah. Aku ikut cakap kau. Gaun ni Ed hadiahkan sempena ulang tahun kami tahun lepas.” Memori yang hadir bersama-sama gaun itu kuingat kembali. Betapa bahagiannya aku mendapat seorang lelaki yang benar-benar mencintaiku.

“ Kalau macam tu, aku balik dulu.”

Aku tersentak. Julie sudah keluar dari bilikku. Aku segera mengejarnya yang kini berjalan mendapatkan pintu rumahku.

“ Kau tak nak pergi jemput Ed? Maksud aku, teman aku jemput dia?”

Julie menoleh lantas mengukir senyum. “Aku tak mahu ganggu masa kau dan dia. Kau kan dah lama tak jumpa Ed? Kirim salam aje bagi pihak aku, okey?”

Aku tersenyum malu. Julie sememangnya seorang sahabat yang memahami.

“ Terima kasih, Ju. Maaf sebab ambil masa kau.”

…bersambung

Bab akan datang:

Kemanakah Julie akan pergi? Adakah balik ke rumahnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience