Chapter 36

Romance Completed 26341

Bab 36

Kulihat air sedang mencurah-curah daripada pili air sinki. Matanya tertumpu pada curahan air yang berterusan mengalir.

“ Ed?” lembut aku memanggilnya.

Perlahan Eddie menoleh ke arahku. Aku mendekati dirinya yang masih kelihatan tidak terurus. Pakaian kerjanya yang dipakai semalam masih tersarung pada tubuh gagah itu.

“ Maaf, Ju. Semalam… aku dah macam hilang akal. Aku tak sangka…”

“ Shuhhh.”

Aku menggeleng perlahan dan mencapai sebelah tangannya. Kuusap lembut tangan Eddie. Wajahnya kupandang dengan penuh rasa cinta di hatiku.

“ Sabar, Ed. Eve takkan tenang di sana kalau dia tahu kau jadi macam ni.”

Aku menggunakan nama Eve untuk memujuknya. Eddie terdiam buat seketika. Sepasang matanya yang bengkak kerana menangis semalaman kembali berair.

“ Kenapa Eve yang jadi mangsa, Ju? Kenapa? Kami bakal berkahwin… majlis tu…”

Aku rela menjadi pengganti Eve untuk majlis perkahwinan itu, Ed.

Mahu sahaja aku mengucapkan apa yang sedang difikirkan olehku tetapi aku tahu aku tidak boleh bertindak terburu-buru. Eddie perlukan waktu untuk membuang perasaannya terhadap Eve. Aku akan menolong Eddie untuk membuang jauh segala-galanya yang berkaitan dengan Eve. Pada masa yang sama, aku akan masukkan cintaku ke dalam hatinya.

Aku boleh.

“Keluarga kau dan Eve dah tahu, kan?”

Mustahil pihak polis masih belum menghubungi keluarga Eve. Sekiranya keluarga bakal pengantin perempuan sudah dihubungi, semestinya keluarga di pihak bakal pengantin lelaki turut mendengar khabar yang langsung tidak disangka oleh mereka.

Bakal pengantin yang akan bersatu dengan tunang tercinta mati dibunuh dengan kejam empat hari sebelum majlis berlangsung.

“ Aku akan ke balai lepas ni. Ibu bapa Eve akan jumpa aku di sana. Keluarga aku akan datang ke sini. Aku… aku buntu, Ju…” Eddie meramas rambutnya yang kusut masai. Kedua-dua matanya menzahirkan apa yang bermain dalam fikirannya kini.

“ Eve… aku dan dia sepatutnya sudah sedia… sedia untuk berkahwin tapi… kenapa ada orang tergamak musnahkan kebahagiaan kami… kenapa?”

“ Ed, relaks. Relaks, jangan macam ni. Kau kena tenang,” aku memujuknya lembut. Kedua-dua tangan Eddie yang masih berada di kepalanya kucapai dan kugenggam erat.

“ Kau boleh hadapinya. Aku yakin kau boleh. Jangan lemahkan diri kau sebab perkara ni, ya?”

Eddie tersenyum lemah. Matanya yang dahulu bercahaya dengan segala kebahagiaan di dunia ini sudah sirna cahayanya.

“ Kau sahabat baik Eve tapi aku tengok kau tenang aje hadapi semua ni. Aku patut contohi kau, Ju. Kau sangat kuat tapi aku tahu… kau juga menangis sebab Eve…” Eddie tidak mampu meneruskan ayatnya. Aku menggeleng bagi menghalang dia daripada meneruskan kata-katanya. Aku tahu apa yang ingin Eddie katakan.

…bersambung

Bab akan datang:

Bagaimanakah siasatan pihak polis untuk suspek pembunuhan dalam kes Eve ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience