Chapter 39

Romance Completed 26341

Bab 39

Objek merah itu kusimpan ke dalam satu plastik hitam kecil. Kedua-dua sarung tanganku yang sudah tercemar dengan darah kubuang ke dalam satu plastik kecil yang lain di dalam poket jaket hitamku. Sepasang sarung tangan baru menggantikan yang lama.

Aku keluar dari bilik Eve dan menuju ke pintu masuk. Suasana sepi di luar flat sewaan Eve mengundang senyumanku. Dengan pantas aku mencapai lipatan kotak besar yang kusandarkan pada dinding luar flat Eve.

Kotak itu kubawa masuk ke dalam bilik Eve. Sekeping kertas telah kutampal pada setiap permukaan kotak itu. Aku menarik tubuh Eve dan kumasukkan ke dalam kotak itu. Setiap langkahku berhati-hati kerana aku tidak mahu ada kesan darah kelihatan di luar kotak. Aku masukkan Eve dengan gaya duduk. Kedua-dua tangan Eve kulipat merentangi dadanya. Sekuntum ros putih kuselitkan pada tangan kanan Eve. Kedua-dua lututnya pula kurapatkan ke dadanya.

“ Aku akan hadiahkan kau untuk Ed. Jangan risau. Aku takkan tergamak nak biarkan kau pergi tanpa Ed tahu pasal kau. Kau nak Ed tengok kau dalam gaun pengantin, kan? Aku tak sekejam tu, Eve sayang.”

Aku terpaksa menolak kotak itu keluar dari bilik Eve memandangkan aku tidak larat untuk mengangkatnya. Sebelum aku keluar ke koridor, aku bergerak ke arah kotak suis utama yang berada di tingkat itu lalu kupadamkan lampu di koridor. Tanpa berlengah aku menolak kotak yang berisi mayat Eve ke arah tangga kecemasan. Lampu di sepanjang tangga kecemasan yang berhubung dengan ruang parkir bawah tanah telah kupadamkan juga tadi.

Perjalananku ke arah jip hitam yang disewaku lancar tanpa sebarang halangan. Tiada bayangan manusia di setiap tempat yang kulalui. Suasana malap di kawasan bawah tanah itu membantu melancarkan lagi pergerakanku. Aku menggunakan seluruh tenagaku untuk mengangkat kotak berat itu dan meletakkan di tempat meletak barang di belakang. Selepas kupastikan keadaan di sekelilingku masih lagi selamat, tanpa membuang masa lagi aku memandu jip itu keluar dari kawasan flat itu melalui jalan belakang.

Destinasiku yang seterusnya, kawasan apartment Eddie.

Dari jauh aku memerhati laluan keluar masuk ke dalam kawasan apartment yang disewa Eddie. Pos pengawal di laluan utama itu kosong tanpa pengawal. Aku memandu jip itu perlahan mendekati jalan utama itu. Jalan raya yang berhadapan dengan kawasan apartment itu lengang tanpa sebarang kenderaan lantaran kawasan apartment ini memang dibina khas di tempat yang tenang tanpa kesesakan lalu lintas.

Berhati-hati aku keluar daripada jip itu. Selepas memastikan tiada sesiapa mendekati kawasan itu, aku turunkan kotak itu berhampiran dengan pintu masuk.

…bersambung

Bab akan datang:

Mungkinkah ada sesiapa yang terlihat Julie di situ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience