Chapter 16

Romance Completed 26341

Bab 16

“Aku pun tak jangka filem tu tamat macam tu. Ingatkan perempuan tu akan kena tangkap sebab bunuh kawan baik dia. Rupa-rupanya dia pula yang kahwin dengan kekasih kawan dia tu. Meriah pula tu majlis kahwin mereka.”

Aku tersenyum.

Ya. Bahagia. Bahagia kerana dapat bersatu dengan satu-satunya lelaki idaman dia.

“ Tapi kau rasa patut ke filem tu tamat macam tu? Kesian pula aku dengan kawan dia yang kena bunuh tu. Sampai sudah tiada siapa tahu perempuan tu yang bunuh dia.”

Patut. Apa salahnya, kan? Sekurang-kurangnya perempuan tu dapat juga bahagia dengan lelaki yang dia cinta, kan?

Tetapi aku diam sahaja. Aku biarkan sahaja Liv dengan komen-komennya.

Kereta Liv berhenti betul-betul di bawah flat sewaanku. Suasana sekeliling sudah sepi. Hanya bunyi kenderaan di jalan raya yang berhampiran sahaja yang memecah kesunyian kawasan itu.

“Terimakasih Liv, sebab ajak aku tengok filem tu tadi.”

Liv tersenyum. “ Tak ada hal. Lagipun dah lama tak keluar dengan kau.”

“ Selamat malam. Hati-hati pandu kereta. Dah awal pagi ni.”

“ Okey. Jumpa kau minggu depan.”

Aku terus menuju ke dapur sebaik sahaja aku masuk ke dalam kediamanku. Tekakku yang terasa dahaga meronta-ronta untuk diisi. Segelas air mineral sejuk kuminum sehingga tiada sisa di dalam gelas kaca itu.

Sewaktu aku mengeluarkan isi dalam tas tanganku, aku perasan ada lima panggilan yang tidak kujawab berserta dua mesej baharu. Siapa pula yang hubungi aku di awal pagi sebegini? Aku terfikirkan mungkin ada panggilan kecemasan daripada rumah ibu bapaku. Pantas aku membuka kekunci skrin telefonku. Nafasku terhenti buat seketika. Eddie!

Kenapa? Kenapa dia hubungi aku tiba-tiba ni?

Aku merasakan ianya ada kaitan dengan perkara yang ingin aku rahsiakan tempoh hari. Berulang kali aku mengurut dadaku yang masih sesak lantaran terkejut dengan kejutan yang aku terima pada awal pagi sebegini.

Bodoh! Bodoh! Bodoh!

Aku menghentakkan dahiku ke dinding dapur berkali-kali. Marah dengan diriku sendiri yang tidak perasan akan panggilan dan mesej daripada Eddie lantaran telefon pintarku berada dalam mod senyap di dalam panggung wayang tadi.

Kalaulah dari awal lagi aku perasan… kalaulah aku sempat menjawab panggilan Eddie tadi…

Bodoh! Bodoh! Bodoh!

Tanpa membuang masa lagi aku segera membuka mesej pertama daripada Eddie. Senyumanku lebar.

Hai Ju! Dah tidur ke?

Mesej kedua pula kubuka.

Aku telefon pasal perkara tempoh hari. Nak jumpa kau di Empire Mall.

Pagi esok pukul 11. Hubungi aku kalau kau tak dapat. Jumpa esok! 

“ Ahhh!”

Aku melompat-lompat kegembiraan di dapur flatku yang sempit itu.

…bersambung

Bab akan datang:

Mengapakah Eddie mahu berjumpa dengan Julie?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience