Chapter 6

Romance Completed 26341

Bab 6

Aku tidak mahu tersilap pilih pakaian yang akanaku gayakan demi Eddie selepas ini. Semestinya aku mahu tampil anggun dan menawan di hadapan cinta hatiku selepas lama kami tidak bersua.

“ Tolonglah Ju! Aku terdesak sangat ni! Tiga jam lagi Ed sampai tapi aku tak tahu nak pilih pakaian yang mana satu ni!”

Bersungguh-sungguh aku merayu apabila mendengar Julie melepaskan keluhannya selepas mendengar permintaanku. Tentunya berat bagi Julie kerana hari ini adalah hari cutinya selepas menyiapkan suatu projek besar. Semestinya sahabat baikku itu ingin berehat sebelum kembali bekerja tetapi aku sudah tidak tahu pada siapa lagi aku harus meminta tolong.

“Ini masanya nak manfaatkan semua majalah fesyen yang kau ada.” Julie masih keberatan untuk memenuhi permintaanku.

Aku menolak tepi mengenai majalah-majalah fesyen yang memenuhi suatu bahagian rak buku di ruang tamuku. Ini bukan masanya untuk semua itu! Mana sempat aku nak membelek dan menyuaipadan pakaianku mengikut tips di dalam majalah-majalah itu.

“ Ju… tolong aku?” Aku hampir menangis. Kelemahan aku adalah aku mudah tewas kepada tekanan. Tidak kira tekanan daripada diriku sendiri atau suasana di sekelilingku. Disebabkan kelemahanku yang ini, aku sering kali stres walaupun hanya melibatkan perkara yang remeh sahaja.

Rengusan Julie menyapa telingaku. Akhirnya dia bersetuju untuk membantu aku memilih pakaian yang mampu menawan hati Eddie. Aku menjerit kegembiraan sehingga aku pasti Julie terpaksa menjauhkan telefon daripada telinganya.

“ Terima kasih, Ju! Aku sayang kau sangat-sangat! Aku tunggu kat rumah ni. Cepat sikit tau?”

“ Yalah. Yalah. Kejap lagi aku sampai.”

Hampir 20 minit berlalu akhirnya Julie sampai juga di kediamanku. Tanpa berlengah lagi aku menarik dia masuk ke dalam bilikku. Katilku sudah berselerakan dengan pelbagai jenis pakaian milikku yang kubawa keluar daripada almari.

“ Macam mana? Aku betul-betul tak tahu baju mana yang patut aku pakai. Aku nak Ed makin terpikat dengan aku. Ah, rindunya aku kat dia.”

Aku mula angau dengan bayangan Eddie yang sedang tersenyum manis di hadapanku. Pantas aku menggelengkan kepala apabila dapat merasakan Julie sudah mengeluarkan aura yang menunjukkan dia sedang meluat denganku.

Aku tahu Julie amat menyokong hubungan aku dengan Eddie walaupun dia terpaksa menadah telinga mendengar segala cerita dan angauku mengenai Eddie. Apa sahaja yang ada pada Eddie – daripada wajahnya yang kian kacak setiap kali dia mengukir senyum sehinggalah kepada stoking berbelang hitam dan merah yang gemar dipakai Eddie ketika dia keluar berjoging – semuanya membuatkan aku makin cintakan dia.

“ Mana pakaian yang pernah Ed hadiahkan pada kau?” Julie bertanya. Matanya meliar kepada setiap pakaian yang berselerakan di atas katil.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Eve akan memakai pakaian yang diberi oleh Eddie?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience