Chapter 48

Romance Completed 26341

Bab 48

Mataku beralih daripada si cantik manis di hadapanku dengan si kacak bergaya yang duduk di sebelahnya. Kedua-dua mereka memakai pakaian serba putih yang ditenggelami dengan cahaya terang di belakang mereka. Aku tidak putus-putus daripada memberi senyuman kepada mereka.

“ Eve, Ed, aku lagi suka kalau aku boleh ikut ke mana aje kamu berdua pergi,” ucapku jujur.

Eddie dan Eve tersenyum kepadaku. Mereka berdua menghulurkan tangan kepadaku.

“ Mari, Ju,” ucap mereka serentak.

“ Kita akan bersama-sama untuk selama-lamanya?” aku bertanya.

“ Ya. Kita bertiga,” serentak mereka mengiyakan pertanyaanku.

Aku tidak dapat menahan rasa gembira yang kualami kini. Aku tidak akan berseorangan lagi. Aku tidak perlu menjadi pemerhati di sebalik tirai besibilikku buat selama-lamanya. Sudah lama aku bersendirian sejak mereka berdua meninggalkan aku. Hidupku sepi tanpa mereka berdua. Akhirnya, aku akan dapat bersama-sama dengan mereka berdua lagi.

Buat selama-lamanya.

“ Mari,” ucapku perlahan.

Tanpa berfikir panjang tanganku menyambut huluran tangan mereka. Cahaya terang yang menyelubungi mereka bertukar menjadi gelap sebaik sahaja tanganku bersatu dengan tangan mereka berdua.

ALAIN

Laporan yang berada di tangan aku baca berulang kali sehingga aku yakin aku sudah menghafal setiap isi kandungan di dalamnya. Sehelai keratan akhbar yang memaparkan berita yang berkait dengan laporan yang sedang kubaca terlipat kemas di atas meja kerjaku. Aku mengabaikan laporan itu lalu mencapai keratan akhbar tersebut. Wajah seorang gadis di akhir 20-an dipaparkan bersama-sama suatu artikel pendek.

MENEBUS RASA BERSALAH?

Penjenayah yang terlibat dalam kes pembunuhan satu pasangan kekasih empat bulan lepas telah mengambil nyawanya sendiri di Fiore Mental Hospital.

Julie Collins, 27 ditemui mati oleh jururawat bertugas pada sekitar jam 11 pagi. Collins mengalami pendarahan yang teruk pada arteri di lehernya. Suatu serpihan pasu ditemui di tangan si mati. Turut bersama-sama si mati adalah sekeping gambar pasangan Eddie Smith dan Eve Winterson, pasangan kekasih yang juga merupakan kenalan Collins yang dibunuh si mati empat bulan yang lalu.

Keratan akhbar itu kulempar kembali ke atas meja. Kepalaku yang berdenyut kupicit. Menguruskan kes ini sememangnya membuatkan aku tidak cukup tidur. Apatah lagi dengan kerenah pihak media massa yang berterusan cuba mengorek maklumat yang tidak didedahkan kepada umum.

Mungkin benar Julie Collins cuba menebus kesalahannya dengan membunuh dirinya sendiri. Tetapi bagiku, dia mungkin juga kesunyian berada di dalam hospital yang hanya menempatkan pesakit mental itu lalu mengakibatkan dirinya kemurungan.

Aku pernah berjumpa beberapa kali dengan doktor yang merawat Julie Collins. Apa yang kuingat, menurut laporan doktor, pada setiap malam Collins akan menjerit meminta tolong dan maaf daripada dua nama; Eddie Smith dan Eve Winterson.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah punca Julie membunuh dirinya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience