Chapter 15

Romance Completed 26341

Bab 15

Aku langsung tidak menceritakan apa-apa kepada Eve. Aku berbuat demikian bukan kerana Eddie meminta aku merahsiakan mengenai pertolongan itu tetapi kerana aku ingin menghargai saat-saat indah kami berdua yang sukar untuk aku kecapi. Bagiku, sudah banyak kali aku memberi peluang kepada Eve untuk berdua-duaan dengan Eddie.

“ Julie Collins!”

Fikiranku terbang jauh. Suara yang kuat memanggil namaku itu membuatkan aku terkejut buat seketika. Aku melihat kepada Liv yang sedang berdiri di hadapan meja kerjaku kini.

“ Kau… panggil aku?”

“ Kau fikir apa sampai banyak kali aku panggil kau pun kau tak menyahut?” Liv mengomel.

Aku tersenyum malu. Takkanlah aku nak beritahu Liv, kan?

“ Kenapa?”

Liv tersenyum lebar.

“ Jom! Malam ni ikut aku pergi tengok wayang.”

“ Kenapa ajak aku?”

“ Jomlah. Dah lama kita tak pergi tengok wayang sama-sama. Ada filem baru keluar. Nak ajak kau tengok sama-sama.”

Liv merupakan rakan sekerja yang rapat denganku. Sering kali juga aku keluar bersama-sama dengan dia sekiranya Liv tiada rancangan untuk keluar bersama-sama tunangnya, Will.

“ Filem apa?”

“ Thriller. Aku ada baca sinopsis. Pasal seorang gadis yang dah lama sukakan seorang lelaki, tapi lelaki tu kekasih sahabat baik dia. Aku teringin nak tahu kesudahan filem ni. Ramai kata filem ni wajib tonton kalau kau minat filem-filem thriller. Dah lama filem ni keluar tapi aku tak sempat nak pergi tengok lagi. ”

“ Apa?”

Kenapa aku merasakan jalan cerita filem itu sama dengan jalan cerita hidupku? Kebetulan atau…

“ Nak pergi tak? Aku tak nak paksa kalau kau ada kerja.”

“ Pergi. Aku pergi.”

Tidak salahnya untuk aku ambil tahu kesudahan filem itu, kan?

Filem Sweet[Dark]Obsession yang ditonton aku dengan Liv tamat tayangannya pada pukul 2 pagi. Memandangkan esok adalah hari minggu, kami berdua bersepakat untuk menonton tayangan pada tengah malam. Liv keluar dari panggung wayang itu dengan wajah puas hati manakala aku lebih banyak diam.

“ Tak rugi, kan? Aku tak sangka filem ni tamat macam tu,” Liv bersuara teruja.

“ Ya. Aku pun tak sangka.” Aku bersetuju sahaja.

Liv menghantar aku ke flat sewaanku terlebih dahulu sebelum dia pulang ke rumah. Dia tidak habis-habis bertanya mengenai punca aku diam sepanjang perjalanan kami ke kediamanku. Liv risau sekiranya filem itu tidak seronok bagiku. Aku menggeleng dan tersenyum mendengarkan kerisauan Liv itu.

“ Tak ada apa-apalah. Aku gembira sebab kau ajak aku tengok filem tadi. Cuma, sampai sekarang aku macam tak sangka kesudahan filem tu macam tu.”

“ Kenapa? Kau tak suka ke kesudahan filem tu?”

Aku menggeleng lagi. “ Taklah. Aku suka.”

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah kesudahan filem itu sebenarnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience