Chapter 13

Romance Completed 26341

Bab 13

Aku senyum lagi.

Seperti di awang-awangan, Eddie sedang menolongku membancuh jus oren segar. Daripada gaya dia berpakaian, gerak tangannya memotong buah-buah oren itu, lesung pipit yang akan timbul di kedua-dua belah pipinya sewaktu dia tersenyum atau bercakap denganku, semuanya membuatkan aku semakin jatuh cinta kepadanya. Wangian yang terdapat pada tubuh Eddie turut menarik aku kepadanya.

“ Wah! Ada kek vanila! Kau buat sendiri?”

Eddie sudah membawa keluar kek vanila buatanku itu daripada peti sejuk. Aku tersenyum malu apabila melihat dia terus menyuap satu cebisan kecil kek itu dan memujinya sedap.

“ Kek kegemaran aku. Pandai kau buat,” Eddie tersenyum.

“ Ya kot,” kataku malu.

Eddie menolong aku membawa dulang yang berisi jug jus oren dan kek vanila itu ke ruang tamu. Aku mengekorinya ke ruang tamu. Langsung tidak kuduga aku dapat berdua-duaan dengan Eddie di dapur rumahku walaupun untuk sekejap.

Aku memerhatikan sahaja tubuh Eddie daripada belakang. Kedua-dua tanganku ditaut rapat. Aku tidak mahu tersilap langkah dengan memeluknya. Keinginan yang sedang membuak-buak di hatiku kucuba pendam sebaik mungkin.

Sabar, Julie. Sabar! Akan tiba masanya Eddie sendiri yang akan membelai kau dahulu!

“ Tengok, sayang. Ju buat kek vanila kegemaran saya. Sedap!”

Senyumanku kendur. Eddie terus duduk di sebelah Eve lalu menyuap kek vanila itu ke mulut kekasih hatinya.

Kek vanila yang dipuji Eddie tadi…

“ Sedap. Pandai kau buat Ju,” Eve tersenyum.

“ Tak adalah. Tak sesedap kek vanila kau,” aku bersuara.

Tidak sesedap kek vanila kegemaran Eddie yang dibuat oleh Eve, kan Ed?

“ Kau dah betul-betul sihat, Ju? Risau betul aku sebab tak dapat telefon kau semalam.”

“ Kan aku dah kata, aku pening kepala sikit aje. Telefon aku mati sebab bateri tiada.”

“ Sudahlah sayang. Kan pening kepala Ju datang lagi sebab nak melayan awak ni,” Eddie mencelah. Dia mencubit pipi Eve. Eve tergelak.

“ Maaf, Ju.”

“ Tak apa.”

Hatiku luka lagi. Sepatutnya tangan Eddie mencubit pipiku dan aku yang akan ketawa bahagia itu. Aku. Aku. Bukannya Eve!

“ Ju, kau okey?” tanya Eve.

Aku tersentak. Adakah ekpresi wajahku telah bertukar di hadapan Eve?

“Aku okey. Kenapa?” Aku cuba untuk tersenyum.

Betapa plastiknya senyumanku kini.

“ Tak… aku rasa muka kau berubah murung sedikit tadi.” Eve kelihatan risau.

“Eve, jangan ganggu Ju…” Eddie memandang ke arahku. “ Maaf sebab ganggu kau hari ni. Patutnya kami beri masa untuk kau berehat.”

“Tak apalah. Lagipun aku dah lama tak jumpa kau, Ed. Macam mana seminar tempoh hari?” Aku cuba mengubah topik. Nada suaraku dineutralkan sebaik mungkin.

…bersambung

Bab akan datang:

Apakah perasaan yang mencengkam benak hati Julie melihat Eve bersama Eddie?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience