Chapter 28

Romance Completed 26341

Bab 28

“ Kami akan cuba yang terbaik.”

Eve tersenyum puas hati. Persiapan untuk perkahwinan antara dia dan Eddie berjalan dengan lancar. Ibu bapa Eddie dan Eve telah bersetuju untuk mengadakan perkahwinan mereka di sebuah gereja yang berdekatan dengan apartment Eddie. Selepas itu, majlis akan mengambil tempat di sebuah vila yang berada di kaki bukit yang berdekatan dengan rumah ibu bapa Eddie.

Eve memilih aku untuk menjadi pengapit utamanya di samping beberapa orang lagi kawan perempuan kami. Pengapit utama Eddie pula adalah adik lelakinya yang masih belum berkahwin. Sempat lagi Eve ingin memperkenalkan aku dengan adik lelaki Eddie yang hanya berbeza setahun denganku.

“ Tolong bawakan gaun ni ke kereta, boleh? Aku nak telefon Ed kejap.”

Aku menurut sahaja permintaan Eve. Tiada salahnya aku tunaikan permintaan seorang sahabat, kan? Apatah lagi ia mungkin menjadi permintaan terakhir daripadanya.

Aku menggantung gaun pengantin itu di tempat duduk penumpang belakang. Eve masih belum keluar dari butik pengantin itu tetapi aku dapat melihat dia dengan jelas melalui dinding kaca butik tersebut. Kelihatannya dia sedang bergurau senda dengan tunang tersayang. Semestinya Eve sedang bercerita mengenai kecantikan gaun pengantin yang dipilih khas olehnya. Dan semestinya Eddie sedang menenangkan Eve dengan kata-kata manis yang menyatakan hanya Eve wanita yang paling sesuai untuk berganding dengannya di pentas perkahwinan.

“ Dah puas bercakap dengan encik tunang tersayang?”

Sengaja aku menyindirnya sebaik sahaja Eve tiba di hadapanku sambil bersiul riang.

“ Mestilah. Bakal suami tercinta, kan?” Eve ketawa.

“ Jom makan kat kafe kegemaran kau tu. Aku nak belanja sebab kau temankan aku hari ni,” kata Eve sewaktu sedang memasang tali pinggang di tempat duduknya.

“ Dah malam ni, Eve. Esok aku kena keluar kerja awal.”

Aku sengaja memberi alasan memandangkan aku perlu melaksanakan apa yang telah dirancang olehku hampir dua minggu yang lalu pada malam ini juga. Aku tidak boleh menangguhkan lagi rancangan khasku ini.

“ Alah…” Eve merungut.

Aku memandu Eve pulang ke kediamannya tanpa berkata apa-apa lagi. Sampai sahaja di flat sewaannya, Eve memujuk aku untuk menemaninya pada malam ini. Dia beria-ria untuk aku melihat penampilannya selepas dia memakai gaun pengantin itu. Sekali lagi aku terpaksa menolak permintaan Eve dengan alasan yang sama.

“ Tempat kerja kau dekat aje dengan rumah aku. Tak boleh tidur kat sini ke?” Eve membuat muka memohon simpati. Aku ketawa lalu menggelengkan kepalaku.

“ Kau mintalah Ed datang tengok kau pakai gaun tu,” aku memberi cadangan yang sudah kutahu jawapannya.

“ Mana boleh! Ed cuma boleh tengok aku pada hari majlis kami. Nanti hilang pula seri pengantin aku.”

…bersambung

Bab akan datang:

Sempatkah majlis itu diadakan atau akanada sesuatu yang berlaku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience