Chapter 3

Romance Completed 26341

Bab 3

Bagiku umur 27 tahun masih membolehkan aku untuk bergembira tanpa perlu memikirkan komitmen rumah tangga.

Tetapi kalau si idaman hatiku menghulurkan lamarannya, semestinya aku tidak akan menolak.

“ Tak payahlah. Aku malas nak fikir lagi pasal ni. Aku lagi suka hidup seorang macam ni. Nak pergi mana-mana atau nak buat apa, tak ada siapa nak kongkong,” bohongku.

Eve menunjukkan wajah tidak puas hatinya. Apa yang bakal keluar daripada mulutnya nanti sudah dapat kuagak.

“ Mana ada rasa terkongkong! Makin seronok adalah sebab kita ada teman untuk ajak pergi mana-mana atau buat apa aje! Tak adalah kau rasa sunyi kalau kau ada kekasih nanti. Ini tidak, pergi tengok wayang atau makan di restoran aje kau suka pergi seorang. Kau tak rasa pelik ke sebab orang lain berteman?”

Aku menggeleng. Pantas aku menukar tajuk untuk mengelak daripada hujah-hujah Eve yang dirasakan bernas oleh gadis itu. Eve sama sahaja dengan ibuku. Kedua-dua mereka kelihatan terdesak untuk mendapatkan seorang lelaki kepadaku.

Kalaulah aku mampu memberitahu mereka siapakah lelaki idaman hatiku itu…

“ Kita makan malam sama-sama? Dah lama aku tak masak makan malam untuk kau,” Eve mempelawa aku sewaktu aku meminta diri untuk pulang ke flat. Pelawaan itu kutolak dengan baik. Aku katakan kepada Eve bahawa aku ada temu janji dengan seseorang selepas ini. Reaksi daripada Eve amat kuduga.

“ Serius? Lelaki mana ni? Kau kena ceritakan kat aku nanti. Okey?”

Suara penuh kegembiraan yang membuatkan aku hampir tergelak. Kalaulah Eve tahu bentuk temu janji itu kelak.

“ Kalau aku rasa nak beritahu kau.”

Aku terus keluar apabila Eve mula mengomel. Daripada aku berlama-lama di situ, lebih baik aku segera pulang ke rumah. Temu janji itu hanya akan berjalan dalam flat sewaanku. Aku mahu bersiap-siap untuk memasak dan menghias diriku secantik mungkin. Temu janji ini amat bermakna buatku.

Sampai sahaja ke kediamanku, aku segera menuju ke dapur tanpa membuang walau satu saat pun masaku. Bahan-bahan masakan untuk makan malam istimewa pada malam ini sudah kusediakan terlebih dahulu. Aku akan sediakan makanan kegemaran si dia, khas daripada air tanganku sendiri.

Pada malam itu, aku mengenakan gaun berwarna hitam paras lutut. Rambut panjang milikku aku dandan secantik mungkin. Beberapa juraian rambut kubiarkan di bahagian kanan wajahku. Aku tersenyum malu apabila melihat wajah yang sedang tersenyum ceria di hadapanku.

“ Sayang…”

Aku melabuhkan duduk di meja makan yang sudah kuhias cantik. Mataku tidak lari langsung daripada wajah ceria itu. Aku tahu dia gembira kerana aku sudah berhias cantik hanya semata-matauntuknya.

…bersambung

Bab akan datang:

Siapakah sebenarnya yang bertahkta di dalam hati Julie?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience