Chapter 9

Romance Completed 26341

Bab 9

Kid sudah bersama-samaku sejak dia masih kecil lagi. Aku amat menyayangi Kid yang kutemui cedera di hadapan pagar rumahku.

Tanpa kusedari, Eddie muncul di sisiku dan menutup wajahku dengan jaket miliknya. Eddie tidak beranjak dari tempatku walaupun aku masih menjadi perhatian di kafe itu. Dengan lembut dia memujuk aku untuk menenangkan diriku. Kepada Eddie aku luahkan kesedihan aku. Betapa aku jatuh cinta akan kelembutannya melayan seorang perempuan sepertiku.

Pada ketika itu, Eddie masih belum bersama-sama Eve. Pada ketika itu, aku masih belum menemukan mereka berdua. Pada ketika itu, aku sudah mula jatuh cinta kepada Eddie.

Tetapi kini, aku terpaksa menahan sakit hatiku melihat Eve bahagia dengan cinta hatiku.

Eve sahabatku. Aku patut gembira melihat kebahagiaan Eve dan Eddie tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Hari demi hari, luka di hatiku semakin membesar. Aku gembira sekiranya Eddie meninggalkan Eve untuk berada di pangkuanku.

Hipokrit? Ya. Aku memang hipokrit.

Aku dahulu yang mengenali Eddie. Eve tiada hak untuk masuk campur di antara kami. Aku yakin sekiranya Eve tidak beria-ria untuk berkenalan dengan Eddie, Eddie akan jatuh cinta kepadaku. Eddie akan menjadikan aku ratu di hatinya. Eddie akan tunduk kepadaku. Eddie akan sanggup berbuat apa sahaja untukku.

Aku yakin itu.

Baru sahaja Kitty datang membawa pesananku, telefon pintarku berbunyi menandakan ada mesej baharu masuk. Aku hampir menjerit kegembiraan tatkala melihat nama yang tertera sebagai penghantar mesej itu. Pantas aku membuka mesej yang kuterima daripada Eddie.

Kenapa tak ikut Eve jemput aku tadi?

Aku tersenyum simpul. Eddie ingat juga kepadaku. Hatiku berbunga-bunga. Pantas aku menaip balasan untuk mesej itu.

Tak nak ganggu kamu berdua.

Tidak sampai seminit aku menghantar balasan mesej Eddie, panggilan telefon daripada Eddie masuk ke telefonku. Mulutku terlopong buat seketika. Tanpa berlengah lagi aku terus mengangkat panggilan itu. Aku ingin mendengar suara romantis Eddie.

“ Ju, kau kat mana? Kami pergi ambil kau ya?”

Suara Eve kedengaran di hujung talian. Aku terkaku.

Mana Eddie?

“ … Eve?”

“ Ya. Aku ni. Ed ada kat sebelah. Dia baru nak lena sekejap. Kami nak pergi makan ni. Kau kat mana? Nak pergi ambil kau.”

Aku mengetap bibir. Sebelah tanganku yang bebas mengenggam kuat cawan berisi kopi panas yang belum sempat diminum olehku. Aku tidak mempedulikan haba panas yang semakin memeritkan tanganku. Berulang kali Eve memanggil aku di hujung talian.

“ Ju?”

Aku diam.

“ Ju? Kau ada kat sana lagi ke tak?”

Aku masih lagi diam. Mataku terasa panas dengan air mata.

“ Julie?”

“ Aku tak sihat. Kau pergilah makan dengan Ed. Beritahu dia lain kali.”

“ Kau tak nak pergi…”

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Julie merasa dendam dengan Eve?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience