Chapter 5

Romance Completed 26341

Bab 5

Aku membenarkan mereka semua keluar dahulu daripada lubang itu tetapi sebaik sahaja tiba giliranku untuk keluar dari lubang itu, kesemua gadis itu lari meninggalkan aku di belakang. Pada waktu itu, akhirnya aku benar-benar sedar akan suatu perkara.

Selama-lamanya mereka tidak akan menerima aku sebagai kawan mereka.

Dalam keadaan diriku yang kotor dengan habuk dan lumpur akibat hujan lebat, aku meredah hujan untuk masuk ke dalam blok yang baharu. Aku bernasib baik kerana tiada sesiapa pun berada di situ. Kebanyakan pelajar sudah lama pulang ke rumah masing-masing. Masuk sahaja ke dalam bilik untuk menukar pakaian, aku melepaskan tangisan yang sudah lama kutahan. Segala rasa marah, sedih dan kecewa kulepaskan sepuas-puas hatiku. Pada ketika itulah, ada tangan menghulurkan sehelai tuala kecil kepadaku.

“ Awak satu geng dengan Cilie, kan? Kenapa menangis?”

Itu kata-kata pertama Julie terhadapku. Rupa-rupanya dia turut berada di dalam bilik itu sejak aku mula-mula masuk ke dalam lagi.

Sejak hari itu, aku tidak mempedulikan Cilie dan kawan-kawannya yang lain. Masaku banyak dihabiskan bersama-sama Julie. Julie salah seorang ahli kelab memanah di sekolah kami. Walaupun kami masih berada di tahun satu menengah tinggi, nama Julie sentiasa tersenarai dengan nama-nama pemanah tetap sekolah kami sekiranya ada pertandingan.

Beberapa tahun selepas itu, aku berkenalan dengan Eddie si jantung hatiku. Eddie merupakan rakan sekerja Julie sewaktu Julie masih bekerja di syarikat yang sama dengan Eddie. Pertama kali melihat Eddie, aku sudah jatuh hati terhadapnya. Aku bersungguh-sungguh mendapatkan apa sahaja maklumat mengenai Eddie daripada Julie. Walaupun kadang kala Julie kelihatan meluat kerana terpaksa melayan setiap permintaanku, tetapi sahabat baikku itu langsung tidak pernah menghampakan aku.

Tiada cara lain lagi. Aku harus mencari mana-mana lelaki yang baik yang boleh aku gandingkan dengan sahabatku itu. Aku tidak mahu hanya aku seorang sahaja yang mempunyai pasangan. Bagiku ianya tidak adil untuk Julie.

Tetapi, siapa pula lelaki yang bertemujanji dengan Julie pada malam ini? Tidak pernah pula dia menceritakan apa-apa mengenai mana-mana lelaki. Nampaknya aku harus mengorek rahsia Julie. Mana tahu aku dapat menolong Julie bertambah rapat dengan lelaki itu.

Kan?

******

EVE

Eddie balik pada hari ini!

Memandangkan sudah lama kami tidak berjumpa, aku mengajak Eddie untuk makan malam bersama-samaku pada malam ini. Eddie dijangka akan tiba di lapangan terbang pada tengah hari nanti. Dari awal pagi lagi aku bersiap-siap untuk pergi menyambut ketibaan kekasih hatiku itu.

Tetapi, ada masalah pula yang melanda.

Aku tidak tahu pakaian yang mana harus aku pakai!

Tanpa berlengah lagi aku segera menelefon Julie. Aku yakin Julie dapat membantu aku membuat pilihan.

…bersambung

Bab akan datang:

Adakah Julie membantu Eve untuk memilih pakaiannya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience