HANIS pantas memandu motosikal Yamaha nya untuk pergi ke lokasi yang abangnya sudahpun kirimkan kepadanya melalui handphone neffos c5a nya tadi.Nafas ditarik dalam.Rasa tak sabar mahu berjumpa dengan abangnya hari ini.
Setengah jam dia memandu motorsikal akhirnya sampai juga dia ke destinasi yang Iskandar katakan di dalam handphone tadi.Terlihat tempat itu seperti sebuah kedai makan yang agak lama namun masih ramai orang yang datang ke tempat itu.Baru kali ini dia tahu ada tempat seperti ini.
Tak kisahlah mahu dimana pun abang nya itu ingin berjumpa yang penting dia dan abangnya dapat bersua muka hari ini itupun sudah cukup membuatkan dia gembira.
Punggungnya di labuhkan di atas kerusi dengan perlahan.Matanya ke kiri dan ke kanan mencari kelibat abangnya.
"Mana abang is ni ?" kata hanis.kening dikerutkanya.Hembusan nafas dilepaskan perlahan.
"ARGH!" Jerit Iskandar sengaja mengejutkan adiknya itu daripada belakang membuatkan Hanis terus menutup matanya mencuba mengawal emosi nya pada saat ini.Mata di buka nya pantas wajah Iskandar dilihatnya tajam.Pukulan kasar dari Hanis serta merta hinggap ke arah lengan abangnya itu.
Kalau dia ada sesak nafas tadi mahu meninggal dunia terus !
"Ish! abang ni dah kenapa ?!" kesal Hanis sudahpun lambat! Ish!
"Ala adik ni semenjak lama tak jumpa dah tak boleh bergurau mesra dah ke ?" usik Iskandar perlahan dia duduk di kerusi bersebelahan dengan Hanis.
"Ni gurau mesra!" kata Hanis sambil melayangkan garfu yang berada di atas meja nya ke hadapan mata iskandar.eh geram betul dia!
Melihat Hanis seperti itu Iskandar perlahan mengukirkan senyuman dibibirnya.Lama dia tidak bergurau dengan adiknya seorang ini.Rasa rindu di hatinya semakin berkurang bila melihat adik yang dia sayang di hadapan matanya.
Hanis melihat wajah Iskandar.Pelik dia tiba-tiba sahaja abangnya itu diam seperti itu ?
"Abang is kenapa ni ?" tanya Hanis .pelik?
"hah? tak ada apa..abang cuma nak bagitau adik abang sayang dengan adik" kata Iskandar sambil tangan kanannya perlahan mengusap rambut Hanis.Hanis yang melihat sikap abangnya seperti itu tiba-tiba sahaja merasa sebak.Namun cuba untuk menyembunyikan perasaan itu dengan senyuman di bibirnya.
"Heh! tangan tu jauh sikit,ni rambut ni mahal tak boleh disentuh" kata Hanis menjauhkan tangan Iskandar dari kepala nya,terus sahaja dia mengemaskan rambutnya kembali.Dia tidak mahu pertemuan mereka ini menjadi pertemuan yang penuh dengan air mata nanti.
"abang nak Oder tak?" tanya Hanis bila melihat ada pelayan berjalan mendekati mereka.
Iskandar mengeling cepat,diapun sebenarnya tidak boleh lama-lama berada di sini kerana ada urusan dengan Azad dan Joe .kata mereka ada sesuatu yang mereka ingin sampaikan padanya.
Kening dikerut kan oleh Hanis bila melihat Iskandar sudah terburu-buru berdiri dari kerusi di sebelahnya itu.
"abang nak pergi mana baru je sampai kan.." Tanya Hanis sedikit nada kecewa terdengar di suaranya.
"Abang tak boleh lama lah..abang pergi dulu ya" Kata Iskandar meminta diri meninggalkan Hanis.Hanis hanya mampu mengangguk tanpa berkata apa-apa lagi.ingatkan dia boleh meluangkan masa lebih lama dengan abangnya itu hari ini tapi...
Hanis melihat pelayan yang sudah berada di sisi meja nya.Dia hanya mengelingkan kepalanya perlahan memberikan isyarat bahawa dia tidak ingin memesan apa-apa.Pelayan itu terus sahaja memahami maksud Hanis dan terus melangkah pergi meninggalkan perempuan itu sendiri.
Hanis tanpa berfikir lama terus sahaja melangkah perlahan meninggalkan meja nya dan terus pergi ke arah motosikal Yamaha nya .Helmet di atas motorsikal di ambil lalu dipakai kemas kemudian,menaiki motosikal dan pergi meninggal kan kedai makan itu.
***
.............
SEDANG dia memandu tiba-tiba sahaja dia melihat kereta Mazda Qaisy sudah berada di hadapannya.dia kenal kereta itu dan dia yakin itu kereta milik Qaisy.Mata nya tepat memandang ke arah kereta itu dan terus mengikuti kemana arah Qaisy.Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mengikuti Qaisy tanpa sebab seperti itu?dia sendiri tidak faham apa niatnya mengikuti lelaki itu.
'apa aku buat ni?' soal hati Hanis tak tahu apa yang dia lakukan dengan mengikuti jejak kereta Qaisy seperti itu.
Bila sahaja dia melihat kereta Qaisy berhenti di parking salah satu butik dia terus menghentikan motorsikal nya sedikit jauh dari kereta Qaisy.Cermin helmet nya di bukanya perlahan.Anak mata nya tepat melihat butik mewah dihadapan matanya kini.Entah kenapa hatinya tiba-tiba terasa sakit seperti ada sesuatu yang menusuk hati nya itu.
"Hanis..apa yang kau buat ni?" soal Hanis kepada dirinya sendiri.apa yang dia lakukan sampai mengikuti Qaisy seperti itu ? baru kali ini hatinya merasa kehilangan seperti ini dan itu sakit!
Sakit!
Anak mata Hanis secara tiba-tiba tertumpu ke arah seorang perempuan yang kini sudah bergandingan tangan bersama Qaisy.Ya,Nor...
Hanis cuba mengukir kan senyuman di bibirnya.
"Bukan ini ke yang kau nak Hanis? kau yang nak Nor dengan Qaisy bersama kan...ini yang kau nak...kau tak patut sedih.." kata Hanis sudah mengalirkan air mata perlahan.Dengan cepat dia terus berlalu dari tempat itu.dia tak mampu lama-lama lagi seperti ini.
Enjin motorsikal di panaskan nya pantas dia memecut laju dari tempat itu.
Share this novel