17

Romance Completed 136179

HANIS mengenakan kemeja kotak-kotak berwarna hijau seluar jeans hitam menjadi pedanan untuk kemeja nya itu.Beg sandang adidas di sandangnya di bahu,kemudian,kasut di pasangkan terlebih dahulu sebelum mengikat tali kasutnya dengan kemas dan siap!

Handphone neffos c5a nya yang berada di dalam beg sandang di seluknya mahu memesan kereta grab untuk pergi ke rumah Qaisy.Maklumlah motorsikal nya belum lagi siap dia perbaiki.

Namun,Tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta menuju ke arah rumahnya terus sahaja dia bergegas mahu melihat siapa yang datang di rumah nya pagi - pagi begitu.Terdetik didalam hatinya, mudah-mudahan Qaisy yang datang ke rumahnya itu.Iyalah,kalau Qaisy yang datang tak perlu lah lagi dia memesan grab untuk pergi ke rumah lelaki itu lagipun jimat sikit duitnya.Haha!

Senyuman lebar terlukis dibibir apabila dia melihat kereta Mazda milik Qaisy ada di perkarangan rumahnya saat ini terus sahaja dia pantas mengunci pintu dan pagar rumahnya.kaki melangkah untuk masuk ke dalam kereta.

'Fuh! selamat duit aku' Bisik hati Hanis.Senyuman kecil terukir dibibirnya.

Tali pinggang keledar di pakai dengan teliti oleh Hanis.

"Mama!"

Terdengar suara yang tak asing di telingga Hanis terus sahaja dia menoleh ke belakang.Mata nya melebar apabila melihat Mika yang berada di belakang kereta.

Aik? Mika dah sihat?

"Mika?Mika dah sihat ke ni ?" Soal Hanis risau dengan keadaan Mika.Belakang telapak tangan nya di tujukan ke arah dahi mika untuk merasa suhu badan anak kecil itu.

Mika memberikan senyuman lebar untuk Hanis.Tangan Hanis di alihkan nya dan di gengam dengan penuh kasih sayang.

"Mama..Mika okay Lah..Mika dah sihat..lepas jumpa mama terus Mika sihat"Jelas Mika tak mahu Hanis risau dengan keadaan nya.

Hanis membalas senyuman Mika mata nya sayup melihat wajah anak kecil itu.Rambut Mika di elusnya perlahan.Perasaan sayang nya terhadap Mika semakin menebal di dalam hatinya.

"Mika..mama sayang Mika" Luah Hanis.

Mika tersenyum lebar sehingga menampakkan lesung pipit dan sebaris giginya.

"Mika pun saaaaayangggg mama!" Balas Mika sambil memberikan pelukan untuk Hanis.

Qaisy yang melihat itu hanya tersenyum sendiri.Dia tak tahu kenapa hatinya selesa dan bahagia setiap kali dia dekat dengan Hanis di tambah lagi Mika juga sudah semakin dekat dengan perempuan itu.Mata nya melihat wajah Hanis dari tepi.

"Habis tu kita nak buat apa hari ni? kan Mika dah sihat" Soal Hanis.Tak tahu apa niat Qaisy menyuruh nya untuk keluar bersama hari ini padahal Mika pun sudah sihat.Jadi mereka mahu pergi mana?

Qaisy masih terdiam kaku sambil bibirnya masih mengukir senyum.

Melihat Qaisy tidak memberikan apa-apa respond Hanis terus melihat wajah qaisy.kening di kerutkannya sebelum dia melihat Mika.

"Mama ..papa kenapa ?" Bisik mika ketelingga Hanis.

"Entah..anggau Kut" bisik Hanis kepada Mika kembali.

Mika tergelak kecil begitu juga dengan hanis.

Hem!

Sengaja Hanis berpura-pura batuk agar lelaki itu tersedar dari lamunan.Qaisy yang mendengar kan daheman Hanis tadi terus tersentak,pantas sahaja dia memutar stereng kereta untuk menuju ke tempat yang mereka ingin tuju.

Hanis mengelingkan kepala melihat gelagat Qaisy sambil menyembunyikan senyuman nya.

________

......

DIDALAM kereta mereka hanya senyap.Anak mata Qaisy melihat wajah Hanis hanya dari tepi.Bibirnya automatik tersenyum.Hanis yang masih mendengar kan lagu menggunakan earphone nya hanya memandang ke hadapan sambil menikmati lagu yang di putarkannya saat ini.tidak sedar dengan pandangan Qaisy saat ini.

Mika mengeluarkan iPad nya mahu menjadi kan hari ini sebagai memori indah di dalam iPad nya itu.Rakaman video di start nya.iPad di tujukan kearah Hanis dan Qaisy.

"Mama ..papa Mika.." kata mika di dalam video nya itu.

Qaisy menatap wajah Hanis senyap-senyap.

"Hanis Zalikha saya dah jatuh cinta dengan awak" Luah Qaisy.Dia tahu Hanis tak akan dengar kata-kata nya itu.Tapi dia masih mahu mengatakan itu di hadapan Hanis meskipun hati dan telingga perempuan itu belum mendengarkannya.

Mungkin belum masa nya lagi dia mahu memberitahu perasaan nya ini.

"Saya cintakan awak...saya sayang dekat awak.." Luah Qaisy lagi.

****

TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK.

QAISY duduk di atas bangku yang di sediakan di taman permainan itu.Mata nya tak lari dari melihat Hanis dan Mika bermain bersama-sama.Senyuman terukir di bibirnya.Melihat Mika tertawa lepas bersama Hanis hatinya sedikit tersentuh.Dia tak pernah melihat Mika tersenyum seperti itu.Bahkan,sebelum dia pisah dengan Nor pun dia tak pernah melihat mika sebahagia itu.

'kau tak sama macam perempuan lain kan Hanis...kau lain dari yang lain' Ungkap hati Qaisy.Dia dapat merasakan ada sesuatu yang membuat kan Hanis berbeza dari perempuan yang pernah dia kenal termasuk Nor.Bukan kerana penampilan perempuan itu tapi dia tahu perempuan itu tak sama dengan perempuan lain.

Terlihat kasar tapi di dalam hati perempuan itu tak siapa yang tahu melainkan dia dan Allah SWT sahaja yang tahu.

Senyuman di bibir tak pernah lari dari bibirnya.

"Qaisy..." Tiba-tiba suara itu menjelma di telinganya terus sahaja Qaisy menghadap pemilik suara itu.Anak mata menjeling tajam apabila wajah Nor yang berada di hadapannya kini.

"Awak buat apa dekat sini? awak ikut saya ke tadi ?" Soal Qaisy sedikit kurang selesa dengan kedatangan Nor di situ.

Nor melihat wajah Qaisy sayu.

"Qaisy...I nak bincang dengan you..please.." Rayu nor menyusun sepuluh jari nya di hadapan Qaisy berharap kali ini Qaisy akan mendengarkan apa yang dia mahu jelaskan selama ini.Dia tak mahu kehilangan Qaisy.

Qaisy bangkit dari bangku nya lalu menghadap wajah Nor.Hembusan nafas dilepaskan perlahan.

"Apa?" Kata Qaisy.

Hanis dari jauh melihat Qaisy dan Nor.Namun,dia tidak mahu melibatkan diri dalam masalah mereka berdua.Tanpa memperdulikan Qaisy dan Nor dia terus sahaja bermain bersama Mika.

Nor menatap wajah Qaisy.Lengan Qaisy ditariknya agar sedikit jauh dari pandangan Hanis dan Mika.Qaisy hanya mengikuti arah Nor membawa dirinya.

"I nak kita rujuk semula..I tahu i salah I menyesal dengan apa yang i buat dulu..I sayang kan you ..I Sayang kan Mika.." ungkap Nor bernada sedikit sayu.Anak mata nya mula berkaca-kaca menahan sebak di dadanya.

Qaisy yang mendengarkan semua perkataan itu menatap tajam wajah Nor.

"Saya dah maafkan awak..tapi saya tak nak hidup dengan awak lagi.."

"Qaisy please bagi I peluang..please.."Rayu Nor .air mata sudah mengalir ke pipinya.

Qaisy mengukir senyum sinis.Peluang?

"peluang? awak nak berapa kali lagi peluang tak cukup ke saya bagi awak peluang untuk berubah dulu ? ah! Tak cukup! nak berapa kali lagi! 10 kali? 100 kali? berapa!"kata Qaisy suara nya sudah naik seoktaf .Mata nya mula memerah menahan perasaan marah nya kini.

"Kalau you Tak fikir kan pasal I ,I faham Tapi fikirkan pasal Mika..dia perlukan mama dia dan I ni mama dia..Mika perlukan i.."

Mendengar kan kata-kata Nor tadi Qaisy sudah semakin terbawa emosi di dadanya kini.Dia tahu itu hanya alasan perempuan itu.mahu melibatkan Anak mereka dalam hal ini! alasan itu sudah basi baginya!

"TAK!!! mika dah tak perlukan kau! mika dah Hanis,kau tak payahlah nak bawa-bawa nama Mika dalam hal ni..dulu kau tak pernah pun nak kisah tentang dia! kau sibuk keluar dengan jantan lain..tidur dengan jantan lain belakang aku!! Macam mana aku nak bagi kau peluang lagi!!"

"Kau fikirlah!!!Macam mana sakit hati aku bila aku tengok kau tidur dengan jantan lain depan mata aku sendiri!!!"Qaisy sudah merasakan sakit hatinya yang dulu kini kembali terusik bila mengenangkan hal itu.Sakit hatinya bila melihat isteri sendiri sanggup melakukan hal terkutuk seperti itu!

Air mata Nor kini sudah semakin deras mendengarkan itu.Dia tahu dia salah..Tapi dia juga tahu kalau bukan di sebab kan Hanis. Qaisy tak akan menolak dirinya.Dia tahu Qaisy sangat mencintainya.Dia tahu itu!

"No..Ni bukan sebab I je kan..i tahu you tak nak rujuk dengan i sebab pempuan rempit murahan tu kan!Kan!" Teriak Nor menguasai dirinya kini.

Pandangan Qaisy sudah tajam melihat anak mata Nor.

"Perempuan rempit murahan ? jadi kau apa? pelacur ?" Balas Qaisy membuatkan Nor tersentak mendengar kata-kata itu dari mulut Qaisy.

Matanya melihat tajam ke arah hanis.kaki melangkah menuju ke arah hanis dan Mika yang sudah duduk di atas bangku.

"eh pempuan murahan !" Tengking nor menolak belakang kepala Hanis.

Qaisy yang melihat Hanis diperlakukan seperti itu oleh Nor sudah bergegas mengarah ke arah mereka.risau jika ada apa-apa yang di lakukan oleh Nor pada Hanis.

Hanis yang tersedar dengan kehadiran Nor di situ sudah bangkit dari bangku nya begitu juga dengan Mika.Mika hanya terdiam melihat Nor iaitu mama kandungnya itu berada di hadapannya kini.Dia melihat wajah Nor dengan matanya membulat sebelum bersembunyi dibelakang Hanis.

Hanis melihat Mika.

"Mika pergi dekat kereta dulu ya.tutup telinga tau" kata Hanis perlahan tak mahu Mika melihat hal ini.tak baik untuk mental Mika nanti.Mika mengangguk dan berlari menuju ke arah kereta.

Kemudian mata nya tajam melihat Nor.

"Apa kau panggil aku? pempuan rempit murahan ? ehh! janda! kau apa hal nak kata aku macam tu?! kau jangan ingat aku tak berani nak tampar muka kau.." kata Hanis mengawal perasaan marah nya kini.Dia paling pantang bila orang panggil dia 'perempuan murahan' dia tak suka!

Qaisy menarik lengan Hanis kebelakangnya dengan pantas.

"Pergi" kata Qaisy menatap tajam mata Nor.

"Pempuan murahan!" Ungkap Nor lagi.Hanis sudah mahu maju kehadapan namun,dihalang oleh Qaisy.

"Pergi!!!" teriak Qaisy membuatkan Nor terdiam sejenak dan menatap wajah Hanis tepat sebelum beredar pantas meninggalkan Qaisy dan Hanis.

Hanis melepaskan pegangan Qaisy dari lengannya.Kemudian melangkah pantas menuju ke arah Mika.risau dengan keadaan Mika saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience