SELESAI solat Isyak Hanis duduk di penjuru katil mata kosong merenung dinding biliknya.Fikirannya masih terganggu kerana memikirkan tentang Qaisy dan Mika.Hembusan nafas kecil dilepaskan perlahan-lahan.
"Aku tak boleh fikirkan lagi pasal Qaisy dan mika" Ungkap Hanis.
Apa yang dia buat sudah benar lagipun dengan cara ini sahaja semua orang akan bahagia.Iya,walaupun dia tak mampu untuk berbahagia sekurang-kurangnya Nor,Qaisy dan Mika akan bersatu dan mendapat kebahagian mereka semula.
TRING! TRING!
Handphone neffos c5a nya berbunyi secara tiba-tiba membuatkan dia menghentikan lamunan nya dan mengambil handphone nya yang berada diatas meja.
Panggilan diangkat..
"Asalamualaikum.Hanis boleh saya jumpa awak malam ni saya tahu awak tak nak jumpa saya lagi tapi please sekali ni je" Rayuan Qaisy ingin Hanis berjumpa nya untuk malam ini.
Hanis terdiam beberapa saat.Sebenarnya dia tak mahu lagi untuk berjumpa dengan Qaisy apa lagi malam-malam seperti ini.
"aku tak boleh lah jumpa kau"
"tapi kenapa ? awak tinggalkan saya dengan Mika macam tu je? kenapa awak buat macam ni ?"
Hati Hanis tersentak Mendengarkan soalan itu dari bibir Qaisy sejujurnya dia pun tidak tahu apa yang dia cuba lakukan tapi dia hanya mahu semua orang bahagia itu sahaja yang dia mahu.
"Hanis...please sekali ni je lepas ni kalau awak nak pergi jauh-jauh dari hidup saya,saya rela" Kata Qaisy lagi membuatkan Hanis menghembuskan nafas perlahan menahan sebak di hatinya.
Rayuan Qaisy membuatkan hatinya turut merasa pedih kerana jujur dari lubuk hatinya dia tak mahu berpisah dengan Qaisy dan Mika sampai akhir hayat nya tapi dia tak mampu untuk berbuat sebegitu kerana dia hanyalah eksperimen atas rancangan Nor dan dirinya sendiri.
"Okay Kita jumpa"Ungkap Hanis.
"Nanti saya send alamat" kata Qaisy.
Hanis perlahan mematikan panggilan telefon.Hembusan nafas perlahan di lepaskan cuba untuk mengawal kesedihan di hatinya dia tidak mahu melepaskan air matanya.
***
9:30 PM
HANIS yang baru sahaja sampai terus sahaja melangkah mendekati qaisy.dia melihat Qaisy duduk di bangku sambil melihat pemandangan bandar pada waktu malam.Terlihat lampu-lampu yang menghiasi bandar itu.
Nafas dilepaskan perlahan oleh Hanis.Berdebar hatinya mahu berjumpa Qaisy kerana dia tak tahu apa tujuan Qaisy mahu berjumpa nya malam ini.
"Qaisy" Kata Hanis mengejutkan Qaisy.
Qaisy terus bangkit dari bangku nya dan terus menghadap Hanis.Wajah Hanis di tenung nya lama.Hanya senyuman nipis yang diberikan oleh Hanis pada saat itu.
"Kenapa nak jumpa aku?" Soal Hanis .
"Hanis..kenapa awak tiba-tiba tinggal kan saya dengan Mika, kenapa Hanis kenapa? saya ada buat salah apa-apa ke ?"
Hanis terdiam mendengarkan soalan itu.Tak! Qaisy dengan Mika tak pernah buat salah apa-apa dengan dia.langsung tak pernah!
Hanis mengelingkan kepala nya perlahan.
"Tak cuma aku tak nak jumpa kau dengan Mika lagi.lagipun.." Tutur kata Hanis terhenti membuatkan Qaisy mengerutkan keningnya ingin tahu apa yang Hanis ingin katakan tadi.
Dia yakin kalau tiada sebab takkan lah Hanis tak mahu berjumpa dengan dia dan Mika langsung.walaupun Hanis tak terima dia sebagai suami tapi sekurang-kurang nya untuk berjumpa dengan Mika tiada salahnya kan.
"Lagipun apa Hanis?" Soal Qaisy .
"Lagipun aku tak ada hati dengan kau"Jawab Hanis berdalih dengan apa yang dia ingin katakan tadi.
"Hanis..kalau awak tak cintakan saya saya redha saya terima tapi kenapa sampai nak buang Mika dalam hidup awak?Kenapa awak buat macam tu dekat dia ? awak tahu tak dia dah anggap awak macam mama dia sanggup awak buat macam ni dekat mika.."
"Iya saya tahu dia bukan anak awak.siapa dia dalam hidup awak tapi awak tak boleh buat macam ni? awak tak ada hati dan perasaan ke Hanis?" tutur Qaisy meluahkan segala nya di hatinya.Dia tidak tahu kenapa Hanis sanggup untuk tinggalkan Mika sedangkan dia tahu Hanis sayang dengan Mika.Dia yakin.
"Kenapa nak tanya semua ni? aku tak nak jumpa kau aku tak nak jumpa Mika lagi,kenapa susah sangat kau nak faham?" Balas Hanis bernada sedikit kasar cuba menyembunyikan segalanya.Dia tak mahu Qaisy tahu semua ini pasal Nor !
"Lagipun kau lamar aku sebab nak aku jaga anak kau kan? kau nak aku jadi pengasuh ? macam tu ?" Kata Hanis sengaja bernada sinis.Apa yang dia mahu sekarang hanya ingin melihat lelaki di hadapan nya itu bahagia biarlah Qaisy benci kan dia sekali pun asal Qaisy mula menjauh dari nya.
Qaisy mengelingkan kepala nya perlahan.Tak pernah dia terfikir sampai begitu sekali,tak pernah dia cuba untuk mempergunakan Hanis untuk menjaga anak nya itu..tak pernah sama sekali.
"Saya tak sangka apa yang saya dengar sekarang ni dari mulut awak,Hanis..saya tak pernah terfikir sampai macam tu..saya ikhlas cintakan awak.saya tahu awak bukan yang pertama dalam hidup saya tapi awak kena ingat sejak saya jumpa awak hati saya cinta saya tak pernah mencintai seorang perempuan sampai macam ni sekali" Luah Qaisy jujur cintanya kali ini tak sama seperti dia dengan Nor dulu.Dia betul-betul sayang kan hanis.
Anak mata perempuan itu sudah menahan air mata yang ingin jatuh di tubir mata nya.Sebak di dalam hatinya membuatkan bibirnya seakan terkunci dan seluruh badannya menjadi kaku saat itu.
Dia dapat rasakan keikhlasan di hati Qaisy tapi dia tak mampu untuk menerima cinta seorang duda kawannya sendiri.
Qaisy memejam kan mata nya ketat sebelum dia membuka kembali dia tak mahu terbawa emosi.Nafas panjang dilepaskannya perlahan.
"Tak pe..kalau awak anggap cinta saya tak ikhlas untuk awak okay..Tak pe kalau awak tak nak jumpa Mika lagi okay saya tak halang.takpelah saya pergi dulu" Ungkap Qaisy melangkah meninggalkan hanis sendiri di situ.
Hanis menghembuskan nafas perlahan.Air mata yang di tahan nya mengalir perlahan di pipinya.
TRING! TRING!
Deringan handphone nya membuatkan dia terus mengelap air mata dan melepaskan nafas perlahan.Terpapar nama Ikmal pada saat itu lama dia melihat skrin itu sebelum dia mengangkat panggilan daripada Ikmal.
"Hanis..aku minta maaf dengan kau ..aku tak berniat nak sakitkan hati kau.." Ungkap Ikmal merasa bersalah dengan perbuatan nya tadi petang.Dia tak sepatutnya menyakitkan hati perempuan itu.
Hanis mengatur nafas perlahan.
"tak pe aku dah maaf kan kau" Balas Hanis.
"Hanis aku buat macam tu dekat kau semua ada sebab.." tutur Ikmal.
Mendengarkan itu Hanis hanya terdiam dia tak tahu apa yang Ikmal cuba sampaikan lagipun Perasaannya masih belum stabil.
"Aku cemburu tengok kau dengan qaisy" Kata Ikmal lagi.
"Cemburu?" Soal Hanis .binggung.
"Aku cintakan kau.."Ungkap Ikmal meluahkan perasaan nya selama ini.Lama dia pendam perasaannya itu.
Hanis sudah memejam kan mata nya kasar lalu dibuka cepat, hembusan kasar dilepaskan.Apa lagi yang harus dia katakan pada saat ini.Dia masih memikirkan tentang Qaisy tapi Ikmal tiba-tiba meluahkan perasaan seperti itu ?
Entahlah!
"Ikmal..aku tak pernah anggap kau lebih dari kawan aku,aku tak pernah ada perasaan dengan kau" Jujur Hanis tak mahu memberikan harapan buat Ikmal.
"Tapi Hanis aku cintakan kau" Kata Ikmal lagi.
"Tapi aku tak!" Jawab Hanis dahi nya di raup nya kasar.
"Sebab kau dah jatuh hati dengan duda tu" Kata Ikmal.
"Kenapa kau cakap macam tu?"Soal hanis.tak faham kenapa Ikmal mahu babitkan Qaisy dalam hal ini.Dia memang tiada perasaan dengan Ikmal sama sekali bukan sebab Qaisy.kalau Qaisy tak pernah wujud dalam hidup nya pun dia takkan pernah cintakan Ikmal.
Dia hanya anggap Ikmal sebagai rakan kerja dan kawannya sahaja tak lebih daripada itu!
"Kau ingat aku tak tahu ke yang kau tu dah cintakan Qaisy kan? kau tak payahlah nak mimpi untuk hidup dengan duda tu sebab Qaisy tu dah ada Nor!"
Mendengarkan itu hati hanis seakan berada pada dua tahap antara sedih dan sakit hati.
"Iya! aku cintakan dia! aku tahu aku hanya mimpi untuk hidup dengan dia.aku tahu dia akan bahagia dengan Nor..Tapi kau tak boleh paksa aku untuk cintakan kau dan padam nama dia dalam hati aku!"
"aku akan tetap cintakan dia walaupun dia tak akan jadi milik aku sampai bila-bila!" Ungkap Hanis nada suara nya menguasai dirinya kini dan terus mematikan panggilan.
Kaki melangkah mengarahkan ke motorsikal Ducati Supersport 950 nya untuk balik kerumah dan menenangkan dirinya sendiri.
.
Share this novel
tq update