HANIS mengeluarkan beg bagasi nya dari dalam bilik dengan perlahan.Matanya kehulu ke hilir mencari kelibat mak dan abahnya.Bibirnya tersenyum nipis bila melihat mak Salmah dan pak Halim duduk berehat di ruang tamu sambil berbual kosong.
Beg bagasi di heret mengikuti dirinya.
"Mak,abah adik dah nak balik kuala lumpur Harini"
Mendengar itu Pak Halim dan mak Salmah serentak melihat tepat ke arah anaknya dan saling memandang antara satu sama lain.
"kenapa tiba-tiba ni adik?" Tanya mak Salmah sudah berdiri mendekati hanis.bahu Hanis di pegangnya lembut.Takut ada apa-apa masalah menyebabkan Hanis mahu balik ke Kuala Lumpur tiba-tiba seperti ini.
Hanis sempat terfikirkan niat awalnya balik ke kampung untuk menenangkan fikirannya tapi semua itu tak berhasil.tambah masalah lagi adalah dengan kehadiran Qaisy dan Mika disitu.
"adik?"
Hanis tersedar dengan panggilan dari mak Salmah.dia kembali melayangkan senyum nipis.
"adik banyak kerja lagi kat KL tu.lagipun takkan lah biarkan Ikmal sorang-sorang urus bengkel kan?" jelas Hanis melihat lembut ke arah mak Salmah dan pak halim.
Pak Halim mengukir senyum kepada anaknya itu dan mengangguk perlahan.
"sudahlah tu maknya..anak tu sibuk kerja tak pe nanti kalau ada masa adik balik kampung lagi ya..bawa Qaisy dengan Mika sekali" kata pak Halim.
Mendengarkan itu Hanis hanya mampu mengangguk ragu.
Mak Salmah juga turut mengukir kan senyuman sambil mengelus kepala anaknya itu dahi Hanis di kucup nya lembut.dia tahu mesti lama lagi menunggu anaknya itu untuk balik ke kampung.
Hanis mengambil tangan mak Salmah lalu dicium mesra lalu berjalan menghampiri pak Halim dan mengambil tangan pak Halim dengan senyuman.
"Adik pergi dulu ya abah,mak"
Mak Salmah tiba-tiba teringat akan Qaisy dan Mika yang dari tadi tidak kelihatan.
"eh adik kejap,Qaisy dengan Mika mana?"
Hanis melihat pintu bilik Qaisy dan Mika.Nampak seperti tiada orang.
"entah"
"entah? adik tak balik dengan Dorang sekali ke?" Tanya mak salmah.kebingungan.
Hanis melihat mak Salmah serba salah.
"Tak" jawab Hanis .jujur.
Mendengar itu mak Salmah dan pak Halim sudah melihat Hanis tepat.Terkejut dengan pernyataan Hanis tadi.Kenapa mereka tidak balik sama-sama kalau betul Hanis mahu balik ke Kuala Lumpur hari ini? pelik?
"Kenapa macam tu pula? adik ada masalah ke dengan Qaisy ?"
Hanis mengeling laju.
"Tak mak erm..adik--"
Belum sempat Hanis menghabiskan kata-katanya terdengar bunyi hon kereta di hadapan rumah.Hanis,mak Salmah dan pak Halim terus melihat keluar rumah mahu melihat siapa yang berada di kereta itu.
Terlihat sahaja kepala Qaisy keluar di tingkap kereta.Hanis sudah membesarkan anak matanya.Ya Allah apa lagi lah duda itu mahu buat?
Qaisy dan Mika terus turun dari kereta.tangan Pak Halim dan mak Salmah di salam mesra oleh mereka dia beranak.Hanis hanya mampu terdiam kaku di situ.
Qaisy melihat Hanis dengan senyuman manis,Tangan Hanis dipegang nya erat.Beg bagasi dari tangan Hanis di ambil pantas membuatkan Hanis hanya mampu melihat tanpa berkata-kata sedikit pun.
"Kami balik kuala lumpur dulu ya " kata Qaisy menarik lembut Hanis untuk masuk ke dalam kereta.Hanis hanya mampu terdiam kerana perlakuan qaisy begitu tiba-tiba membuatkan dia tak tahu mahu melakukan apa pun dan mengikuti Qaisy sahaja.
"Bye atuk!bye nenek!" ucap Mika penuh semangat sebelum masuk kedalam perut kereta.
Masuk sahaja dalam kereta Hanis melihat Qaisy dengan tetapan tajam lalu matanya beralih ke arah lain.Hembusan nafas kasar terdengar dari mulut Hanis saat ini.
Melihat Hanis seperti itu Qaisy hanya membiarkan sahaja pura-pura tidak menghiraukan Hanis saat ini.Dia cuma mahu bersama perempuan yang dia cinta.
Enjin kereta di panaskan lalu memicut sedikit laju namun tetap berhati-hati.
.......
SUASANA didalam kereta pada saat ini senyap sahaja tanpa seorang pun dari mereka berkata apa-apa.Mika pun tak berani untuk melihat wajah Hanis pada saat ini.
Hembusan nafas perlahan di lepaskan oleh Mika .Wajah papa nya dilihatnya sayu terlihat Qaisy saat ini hanya memandang di hadapan tanpa berbicara sedikit pun.sesekali Qaisy melihat sejenak ke arah Hanis.
Mika mengukir senyum nipis dibibirnya cuba mencari keberanian untuk bersuara pada saat ini.
"papa apa kata malam ni kita ajak auntie hanis dinner sama" kata mika mengukir senyum manis.
Qaisy melihat Mika dari arah cermin kereta.
"Bo--"
"Malas" belum sempat Qaisy menjawab Hanis sudah memotong perbualan Mika dan Qaisy.
Hanis melihat Qaisy sejenak sebelum memandang hadapan kembali.
"mana kau dapat kereta ni?" Tanya Hanis sedikit dingin.
"Saya sewa tadi" jawab Qaisy.
"Buat apa?"
"kan awak nak balik kuala lumpur hari ni so saya tanya lah orang kampung tadi kat mana tempat sewa kereta"
Hanis menghembuskan nafas sedikit kasar .
"Buat apa kau nak susah kan diri kau?"
mendengarkan itu Qaisy hanya mampu tersenyum.
"awak lebih tahu apa sebab nya" Jawab Qaisy.
Hanis menelan air liur perlahan.Wajah Qaisy dilihat nya beberapa saat.
"Lepas ni jangan ikut aku lagi" ucap Hanis jelas terdengar di telingga Qaisy.Qaisy sedikit tersentak dengan kata-kata Hanis namun dia hanya diam.
Beberapa jam kemudian,kereta sewa mereka sampai juga di bus station.Hanis pantas sahaja mengambil beg bagasi nya di belakang kereta tanpa menunggu Qaisy dan Mika dia terus berjalan menuju ke depan untuk membeli tiket bas.
Qaisy menghembuskan nafas perlahan.Entah sampai bila lagi Hanis mahu menipu dirinya sendiri? dia tahu Hanis juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.
Mika mengengam tangan papanya.
Qaisy mengambil telefon nya mahu menghubungi tuan punya kereta yang dia sewa tadi menyuruh pemilik kereta itu mengambil kereta nya di bus station dan meminta maaf kerana tidak menghantar kembali kereta itu ke tempat asal.
Selesai sahaja menyelesaikan masalah kereta itu Qaisy terus membeli tiket bas dan masuk ke dalam bas yang sama dengan Hanis.
Dilihatnya Hanis duduk jauh di belakang. Qaisy tidak berniat mahu duduk di samping Hanis pada saat itu.Dia hanya duduk di depan dan Mika di pangku di ribanya.
"Pa.." Panggil Mika lalu memeluk erat papanya saat ini seakan dia tahu keadaan Qaisy sekarang ini.Qaisy hanya memberikan senyuman kepada anaknya itu dan membalas pelukan erat Mika.
***
SAMPAI sahaja di bus station kuala lumpur Hanis,Qaisy dan Mika terus keluar dari bas itu.Hanis tanpa menunggu lama terus menghubungi teksi online pada saat itu.Qaisy dan Mika pula hanya melihat Hanis dari arah belakang.
Qaisy mengambil handphone nya untuk menghubungi Taufiq.
Panggilan di sambungkan....
"Fiq..tolong jemput aku dengan Mika dekat bus station"Pinta Qaisy ,matanya masih melekat ke arah kelibat Hanis yang sudah mendapatkan teksi online.
Cepat sahaja teksi online itu berlalu dari situ.
"O-okay" kata Taufiq tanpa banyak bicara.
Panggilan dimatikan oleh Qaisy.
Tidak lama setelah itu terlihat kereta Taufiq parking di hadapan mika dan Qaisy.Terus sahaja mereka berdua menaiki kereta itu.
"Jadi kau nak balik rumah?" Tanya Taufiq.
"Tak..aku nak pergi rumah Hanis" Kata Qaisy tanpa ragu.Ada sesuatu yang dia ingin sampaikan pada perempuan itu.
"Hah?O-okay" Taufiq terus sahaja menuju ke arah rumah Hanis.
'Aku tak sanggup lagi macam ni Hanis..aku tak sanggup biarkan kau tipu diri kau sendiri,sampai bila? sampai bila kau nak jadi macam ni?' bisik hati Qaisy.
***
KERETA diparking di hadapan pagar rumah Hanis.Terlihat Hanis baru sahaja mahu menutup pintu rumah nya itu.Hanis melihat tepat ke arah kereta milik Taufiq.Dilihatnya Qaisy dan Mika juga ada di dalam kereta itu.Entah apa lagi yang lelaki itu mahu?
Qaisy tanpa menunggu lama terus keluar dari kereta itu.Dia menyuruh Taufiq untuk membawa Mika pergi sebentar selagi dia masih berada di situ dia tidak mahu Mika melihat apa yang terjadi nanti.
"HANIS!" panggil qaisy.
Hanis melihat Qaisy yang berdiri di hadapan pagarnya.Hembusan nafas kasar dilepaskan nya.Malas dia mahu berjumpa dengan lelaki itu lagi tapi kalau dibiarkan dia tahu Qaisy tak akan pergi.
Hanis membuka pintu rumahnya lalu menuju ke hadapan pagar.Pagar rumah dibukanya.
"Apa kau nak?" tanya Hanis.
"apa yang awak buat sebenarnya ni?"
Hanis memandang kearah lain.
"Kau ni kenapa ?"
"Kenapa awak nak tipu diri sendiri?"
Hanis menatap wajah Qaisy.
"aku tak faham apa maksud kau?"
Qaisy menatap wajah Hanis.Bahu Hanis dipegangnya erat.Hanis yang melihat sikap Qaisy seperti itu terus mengalihkan tangan Qaisy dari bahunya.
"Awak cintakan saya kan?jujur dengan saya awak cintakan saya kan!"Tegas Qaisy menatap dalam anak mata Hanis saat ini.
Hanis sedikit terkejut dengan kata-kata Qaisy tadi.pandangan matanya di alihkan tubuh qaisy yang terlalu dekat dengannya di tolaknya kasar.
"Hah? Aku dah cakap kan dengan kau aku tak cintakan kau"
Mendengarkan kata-kata itu dari mulut Hanis Qaisy sudah tersenyum sinis melihat Hanis.
"Sampai bila ? sampai bila Hanis!"
"sampai bila apa?! dah lah aku nak rehatlah kau pergi lah!"Tengking Hanis sudah tak sanggup mahu berhadapan dengan Qaisy.Kepala nya mula pening pada saat itu.
"Sampai bila awak nak macam ni? lari dari saya dengan mika! awak tak penat ke! ah awak tak penat ke hanis!"
"Cukuplah ! sudah!"
"kalau awak tak cintakan saya kenapa dulu awak sanggup kejar saya! kalau awak tak cintakan saya kenapa awak sanggup rendahkan ego awak untuk dekat dengan saya! kenapa Hanis!"
Hanis melihat Qaisy tajam.
"Kau nak tahu sangat kan! aku dekat dengan kau sebab Nor ! dia kawan aku! aku nak tolong dia jumpa dengan Mika sebab sikap engkau tu! sanggup kau pisahkan Nor dengan Mika!mana hati kau!" Hanis sudah tidak mampu menahan emosi nya pada saat ini.Dia sudah tak peduli untuk menjaga hati Qaisy lagi atau hati sesiapa pun pada saat ini.Dia penat !
Qaisy seketika tersentak dengan kata-kata Hanis tadi.
"aku terpaksa dekat dengan kau! aku sengaja nak kau jatuh cinta dengan aku untuk Nor dekat dengan Mika bahkan kalau kita kahwin pun itu semua sebab Nor dengan Mika bukan sebab aku cintakan kau!"
"puas! puas kan! dahlah kau pergi lah!" Tengking Hanis merasakan pedih dihatinya kini.
Qaisy yang mendengar kan itu hanya terdiam lutut nya serasa lemah .hatinya hancur mendengarkan semua itu dari Hanis.Dia macam orang bodoh kerana percaya dengan Hanis! percaya dengan apa yang dia dengar ! Jadi selama ini dia hanya dijadikan permainan untuk Nor dan Hanis sahaja?
Qaisy melihat ke arah Hanis.Senyuman nipis dilemparkan untuk Hanis.
"Terima kasih..awak dah berjaya buat saya jatuh cinta dengan awak..terima kasih Hanis,kalau betul awak nak Mika dengan Nor bersatu saya akan tunaikan..saya akan rujuk dengan Nor semula" Kata qaisy.
"Tapi satu je saya minta saya nak awak tengok depan mata awak sendiri saya dengan Nor rujuk semula..saya nak puaskan hati awak..ini kan yang awak nak?" Qaisy perlahan meninggalkan hanis.melihat Qaisy keluar dari pagar rumah Hanis, Taufiq terus kembali ke arah Qaisy.
Qaisy masuk perlahan ke dalam kereta Taufiq.kereta itu berlalu pantas dari rumah Hanis.
Hanis yang berada disitu terdiam kaku tanpa dia sedar air mata mengalir keluar di pipinya perlahan.
Share this novel