"Mika...sini!" Panggil Hanis bila melihat mika yang masih menunggu Qaisy untuk menjemputnya.
Mika yang melihat kehadiran Hanis di situ .sudah tersenyum lebar,sejak mula dia berjumpa hanis hari itu dia boleh rasakan keselesaan bila berada dekat dengan perempuan itu.
Mika tanpa berlengah lagi berlari menuju ke arah Hanis.
Sampai sahaja di hadapan Hanis .Kedua tangan di depa kannya dan memeluk tubuh Hanis dengan erat.Tidak tahu mengapa bila memeluk Hanis dia teringat dengan sosok seorang ibu.
Hanis sedikit terkejut dengan tindakan Mika terus sahaja dia cepat - cepat melarikan tangan Mika.Badan di tundukannya.Kepala Anak kecil itu di elusnya perlahan.
Senyuman kecil terukir dibibir mika.
"Nak ikut akak tak?pergi taman" Ajak hanis.berharap Mika akan setuju dengan ajakan nya itu kalau tidak habis lah rancangan nya mahu terlihat akrab dengan Qaisy di hadapan Nor nanti.
Lama Mika terdiam sebelum mengangguk tanda setuju.
"Nak!" Kata mika penuh semangat.kepala mengangguk pantas.
"Okay jom ikut akak naik motor"
"Wahhhhh mika tak pernah naik motor..hehehe mesti seronok..yeay!" girang Mika tak terkata.Pipinya yang sedikit berisi di cubit oleh Hanis.
'Comel anak kau nor..untung kau ada anak yang bijak macam Mika..' Kata hati Hanis .Senyuman terukir di bibir.
Motorsikal Yamaha Y15ZR di tunggang oleh hanis.kemudian mengangkat mika di hadapan nya agar tidak terlalu berbahaya lagipun taman itu dekat sahaja dari sini.
***
TAMAN
Hanis : "aku ada kat taman.."
Mesej di kirimkan dengan pantas kepada Nor.
1 minit kemudian balasan daripada Nor menjelma.
Nor : okay..sekejap lagi aku pergi sampai .."
Handphone di tutup oleh Hanis semula dan diletakkan di dalam beg sandang adidas nya.
"Mika tak nak jumpa papa?" Soal Hanis mula merancangkan jalan rancangannya.
Mika melihat wajah Hanis.
"Tak nak.." Jawab Mika ringkas.Dia seronok bersama Hanis dan dia takkan mahu merosakkan keseronokkan nya itu untuk berjumpa papanya.Dia rindu sosok seorang ibu.
Hanis terus membulat kan bebola matanya.terkejut dengan jawapan Mika tadi.Kalau begini caranya memang rosaklah rancangannya.
"Mika...Mika betul tak nak jumpa papa.."
"Betul ..." ringkas sahaja jawapan anak kecil itu.
Hanis sudah terdiam kesal.
'Habislah aku...' bisik hati Hanis.
"kenapa mama tanya papa ?" Soal Mika.
Hanis sudah mengulum lidah nya ke tepi pipi.Kesal dengan panggilan 'mama' yang di berikan oleh mika.
'mama-mama,aku tebuk juga budak ni karang..' kesal Hanis.
"Jangan panggil mama boleh?" minta Hanis .tak suka dengan panggilan itu nanti kalau orang lain dengar mesti jadi masalah lagi seperti hari itu.
Mika memuncungkan bibirnya,pipi tembam nya mula memerah kerana kepanasan.
"Mika nak panggil mama boleh ?" Minta mika kembali.Senyuman manis dihiasi lesung pipit di berikan kepada Hanis.Comel sahaja anak kecil itu saat ini .
Hembusan nafas dilepaskan oleh Hanis.
"Pape jelah.." kata Hanis akhirnya mengalah dengan Mika.
Hampir setengah jam mereka di taman itu.Mika pun belum mahu balik lagi.
Hanis melihat jalan raya itu.kut - Kut Nor sudah datang .Tidak lama itu terlihat kereta Myvi memarkir di hujung jalan.Dia yakin Nor sudah datang dan hanya menunggu di situ.
keluhan kecil dilepaskan oleh Hanis.Lantaklah dia mahu malu macam manapun,semua rancangan nya sudah gagal.
"cik buat apa dengan anak saya!"
Tiba -tiba suara itu mengema di gegendang telinganya.Terus lamunan nya terhenti pandangannya beralih ke belakang melihat sosok dari suara tadi.
Mulut nya hampir ternganga namun sempat di kawal nya apabila melihat Qaisy sudah berada di belakang nya dengan mengendong Mika.Entah sejak bila pula duda sengal itu di situ,perasaan tadi tidak ada sesiapa pun.
"A--aku main dengan dia lah..apa masalahnya.." jawab Hanis tergagap-gagap .masih shock dengan kehadiran Qaisy di situ.
Qaisy sudah memandang Hanis tajam.
"Owhh saya tahu...cik sengaja gunakan anak saya untuk goda saya ...dasar murahan!" Ucap qaisy.tidak peduli dengan perasaan Hanis lagi.
Hanis sudah menghembuskan nafas kasar.dia paling pantang kalau ada orang cakap dia perempuan murahan.darah di badan nya sudah hampir naik.
"Eh! mulut longkang! aku just nak main dengan dia ..tu pun tak boleh ?! kalau kau nak sangat anak kau tak bergaul dengan orang lain ..kau kurung anak kau! kunci terus dalam bilik!" Balas Hanis penuh dengan kemarahan.Urat - urat di leher nya sudah kelihatan.
anak mata Qaisy sudah mula memerah memandang Hanis bila mendengar kata-kata Hanis itu.
"Sekali lagi saya tengok cik dekat dengan anak saya..saya takkan segan-segan lapor polis pasal hal ni!" Tegas qaisy.makin hari perempuan itu semakin melampaui batas kesabaran nya !
Mika tiba - tiba menangis melihat pertengkaran antara Hanis dan Qaisy tadi.
Tangan nya di depa nya mahu menuju ke arah Hanis.Namun,dihalang oleh Qaisy.
Qaisy terus membawa Mika yang masih menangis kencang ke dalam kereta Mazda nya .Lalu beredar dari tempat itu.
Pokok yang berada di tepi Hanis di tendang nya kuat .sakit hati dengan sikap Qaisy tadi.
"Sabar Hanis ..sabar...nama pun duda sengal so kau kena faham..please..." Kata Hanis mencari kesabaran di hati nya.
Kakinya mula melangkah pantas menuju ke arah motorsikal Yamaha Y15ZR untuk beredar dari situ.helmet dikenakan nya terlebih dahulu sebelum memecut laju.
Share this novel