47

Romance Completed 136098

2 MINGGU KEMUDIAN

BAJU-BAJU di kemas rapi dan dimasukkan ke dalam beg galas berwarna hitam milik Hanis.Selesai sahaja mengemas semua baju-baju Hanis,Qaisy dengan perlahan mengambil beg itu dan menyandangnya kebahu nya yang bidang. 2 minggu telah berlalu keadaan Hanis semakin pulih dan semakin stabil.Hanya tinggal sedikit luka-luka kecil yang berada di tangannya.

Kaki Hanis dan Qaisy berjalan serentak mahu keluar dari hospital hari ini.

"Qaisy.." Tiba-tiba sahaja langkah terhenti akibat panggilan Hanis untuk Qaisy.Membuatkan langkahan kaki lelaki itu terhenti secara automatik.

"Hmm?" Balas Qaisy sambil kedua keningnya dinaikkan ke atas.

"kita pergi kubur Mika" Pinta Hanis menutup kesedihannya dengan senyuman nipis dibibirnya kini.Sejak dia tahu mika meninggal dunia dia hanya mampu menahan kesedihan bila di hadapan qaisy.Dia tidak mahu Qaisy semakin tertekan dengan semua keadaan yang berlaku.

Qaisy membalas senyuman Hanis dan mendekat ke arah perempuan itu.Tangan kanannya mendarat perlahan ke atas kepala Hanis kemudian di usap lembut.Kepala diangguk nya.

"Eh"

Tangan Hanis yang ingin menepis tangan Qaisy yang berada di kepala nya kini di berhentikan nya dan hanya membiarkan sahaja tangan Qaisy mengusap kepalanya.

Melihat Hanis hanya membiarkan tanganya saat ini. bibir lelaki itu automatik memberikan senyuman manis untuk Hanis.Dia tahu Hanis tidak suka dimanjakan seperti itu tapi dia tak boleh menahan dirinya untuk memperlakukan Hanis seperti orang yang dia sayang yang selalu mencintai dan menyayangi perempuan di hadapan nya kini.

"Jom" Ajak Qaisy kemudian tangannya memegang erat tangan Hanis.Hanis hanya membiarkan sahaja dan mengikuti langkah kaki Qaisy.

****

SAMPAI sahaja di perkuburan Islam Kuala Lumpur Hanis dan Qaisy terus melangkah ke arah tanah kubur Mika.Hanis dan Qaisy duduk perlahan di tepi kubur itu dan membaca kan surah Yaasin serta Al-Fatihah untuk arwah yang sudahpun tenang di alam sana.

Hanya keredhaan yang ada di hati perempuan itu apabila mengetahui Mika sudah tidak bersama mereka lagi.

"Mama sayangkan Mika" ungkap Hanis mengalirkan air mata nya yang sudah tidak bisa dia lepaskan.Namun,di usap cepat.Kemudian dia menuangkan sedikit air di atas permukaan tanah perkuburan anak kecil itu.

"Sebelum Mika pergi dia ada bagi saya satu buku ..."

Mendengarkan itu Hanis terus berpaling kearah Qaisy.Qaisy mengambil buku kecil berwarna biru dan diberikan pada Hanis.

"Nah"

Hanis mengambil buku biru itu dan dibuka perlahan.Terlihat hanya dipenuhi lukisan yang di buat sendiri oleh mika.Hanis mengalir kan air mata nya ke pipi apabila melihat setiap lukisan di dalam buku biru itu walaupun hanya lukisan namun,setiap dari lukisan itu mempunyai makna tersendiri.

"Mama tahu mika bijak...Mama sayang Mika ..." Ungkap Hanis lagi mengusap air matanya yang mengalir ke pipinya kini.

Qaisy mengusap bahu Hanis perlahan.Walaupun dia sendiri merasa kan kesedihan yang sama tapi dia tidak mahu terlihat lemah dihadapan Hanis.

Terlihat lukisan terakhir dari buku biru itu.Membuatkan Hanis melihat Qaisy.

Tangan Hanis di pegangnya dan perlahan mereka meninggalkan tanah perkuburan itu dan masuk ke dalam kereta Mazda milik Qaisy.Qaisy memandu ke suatu tempat yang Hanis pun belum tahu di mana dia akan dibawa kini.

Hati perempuan itu mula berdebar-debar seperti tahu di mana Qaisy akan pergi.Qaisy terus berhenti di tepi jalan raya dan perlahan keluar dari kereta dan berdiri tepat di hadapan kereta Mazda. Tanganya melambai Hanis berkali-kali apabila melihat Hanis kini hanya diam di dalam kereta.

"Apa dia nak buatni?" soal Hanis pada diri nya sendiri.Binggung dengan apa yang Qaisy akan lakukan padanya.

Dia terus sahaja menghembuskan nafas perlahan kemudian keluar dari kereta Mazda itu.Pasrah.Kini dia dihadapan lelaki itu tanpa tahu apa yang lelaki itu mahu lakukan di tengah-tengah jalan raya seperti ini.

"Ingat tak tempat ni?"

Hanis melihat sekeliling tempat itu dan hanya tersenyum dan mengangguk tanda dia ingat tempat itu.Tempat dimana dia dan Qaisy pertama kali bertemu walaupun pertama kali itu tidak semanis yang diinginkan.

"Duda" Sakat Hanis sudah ketawa kecil.

"Hanis Zalikha awak nak tak kahwin dengan duda yang di hadapan awak sekarang ni?"

"Hmmm..."

"Kalau awak tak terima...ni duda depan awak ni akan culik awak jadikan isteri...tak ada kata terpaksa tau" Kata Qaisy mencubit kecil pipi Hanis.

Hanis menyapu-nyapu pipinya membuatkan Qaisy semakin mencubit geram pipi perempuan itu.

"Awww sakit lah" kata Hanis .sampai merah pipi perempuan itu.qaisy terus mengusap lembut dan membulatkan matanya ke arah Hanis.

"okay...kahwin" Kata Hanis bersahaja menutup segala debaran dihatinya.

"AHH??!!!JADI SEKARANG BOLEH PANGGIL SAYANG?" Teriak Qaisy bahagia akhirnya Hanis akan menjadi miliknya.Dia sayangkan perempuan dihadapannya kini.Dia sendiri tidak dapat mengambarkan bagaimana gembira nya dia sekarang ini.

"Eeee" Bantah Hanis.Bukan itu yang dia maksudkan.Aduh!

"Eeeee?? sayang..." panggil Qaisy sengaja mahu menyakat Hanis yang terlihat belum selesa dengan panggilan 'sayang' .

"Eee tak nak lah ..apa ni sayang-sayang..."

"okay kalau tak nak sayang..baby?" Wajah nya di dekatkan pada Hanis .Hanis cepat menjarakkan wajahnya.

Mendengarkan itu Hanis sudah terbeliak.Eh! daripada 'baby' dia lagi rela di panggil 'sayang'! .Iyalah! baby? dia dah besar panjang pun nak kena panggil baby? Aihhh memang tak ah!

"Okay-okay sayang lah sayang bolehlah tak nak aku kau panggil baby" kata hanis.pasrah.

" okay sayang" Senyuman manis diberikan untuk Hanis.Hanis hanya membalas senyuman itu.

Tring...Tring...Tring..

Panggilan diangkat cepat oleh Hanis apabila terdengar bunyinya berdering.

"Assalammualaikum..."

"Waalaikumussalam..Hanis"

Terdengar sahaja suara Mak Salmah Qaisy terus sahaja mengambil handphone yang berada di tangan Hanis lalu di dekatkan ke telinganya.

"Mak..." kata Qaisy membuat kan Hanis merebut kembali handphone nya namun di jauh kan oleh Qaisy .

"Mak nanti adam dengan Hanis balik kampung ...nak kahwin mak"

Mendengar itu Hanis sudah menepuk dahi.

"Adam..ya Allah ingatkan siapa tadi...betul ke nak kahwin ni?"

"Ha'ah mak nanti adam dengan Hanis balik kampung ya mak"

"Alhamdulillah...baguslah kalau macam tu..Hah yelah mak,abah dengan abang Hanis tunggu kat kampung ya"

"Okay mak"

Panggilan dimatikan oleh Qaisy dan handphone diberikan semula pada Hanis.Hanis sudah melihat tajam kearah qaisy,Kaki Qaisy di pijak nya gerammm!!!

Kemudian terus sahaja dia kembali masuk kedalam kereta begitu juga dengan Qaisy.

Benar Apa yang dia pernah dengar sebelum ini setiap kesedihan pasti ada hikmahnya.Dan setiap kebahagian pasti akan datang pada tepat masanya.Seperti apa yang dia lalui kini.Allah SWT ambil Mika dari nya tapi dia tahu pasti Allah SWT punya alasan di sebalik semua itu.

Seperti sekarang mungkin dia kekurangan sosok Mika namun dengan Hanis yang sentiasa di sisinya dia yakin akan tetap kuat.Hanya perempuan itu yang menjadi kekuatan nya buat masa kini.Dia langsung tidak dapat bayangkan jika Hanis tidak ada di sisinya seperti sekarang.

"Saya sayangkan awak sangat-sangat ...saya takut kehilangan awak Hanis" luah Qaisy automatik sahaja air mata mengalir di pipinya.Membuatkan Hanis sedikit terkejut dan cepat sahaja mengelap air mata Qaisy.Dia takut penglihatan Qaisy jadi kabur dalam keadaan memandu seperti saat ini.

"Qaisy...aku tahu...aku pun sayangkan kau...ta..tapi tengok-tengok lah jalan raya tu ah ...nanti tak pasal-pasal ada berita kemalangan pula kat tv mahu tak popular kita" Omel Hanis memang kan duda seorang ini suka betul buat drama tv 3 .

Qaisy ketawa kecil dan kembali memerhatikan jalan raya.

'Aku akan selalu ada untuk kau..Sebab aku untuk kau dan kau untuk aku..' ungkap Hanis dari dalam hatinya.Merasa cinta yang hadir untuk Qaisy semakin mendalam.

Lelaki pertama yang mampu membuat kan hatinya berdebar dan lelaki terakhir yang akan ada di dalam hatinya.Berharap apa yang dia cintai saat ini akan kekal bersamanya hingga ke Jannah.

"Duda untuk aku"

Mendengarkan itu dari bibir Hanis .Qaisy tersenyum lebar.Merasakan cintanya pada Hanis Zalikha begitu dalam di hatinya kini.


+++Tamat+++

Terima kasih kepada semua readers yang setia membaca hasil dari penulisan saya yang tak seberapa ni kan.Kalau nak di bandingkan dengan penulis lain kat dalam novelplus ni memang jauh beza.Tulah saya ni pun kadang update kadang tak kan Huhu sorry tau T_T .Tapi korang tetap tunggu dan nak baca..Auch So sweet..Kepada yang baca& komen Love you kat korang sebab setiap komen memang bagi saya semangat sangat² semangat! dan pada yang baca tq juga sebab sudi singgah baca tq untuk yang follow Mysterius06! Hah tu jelah panjang pula aku membebel kan..(love you all)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience