1

Romance Completed 136098

Hanis Zalikha melihat tajam ke arah Nor yang masih terdiam kelu sejak dia datang di cafe itu.Hembusan nafas kecil dilepas kan oleh Hanis.Mula bosan dengan keadaan itu.

"Woi! kau cakap tadi ada benda nak bagitau aku ? apa hal? diam je dari tadi" Kata Hanis bengang dengan sikap kawan baik nya seorang itu.Ialah dia yang ajak dia juga yang diam siapa tak bengang kan?

Nor sudah mengaru kepala nya yang tak gatal.Kemudian,kedua telapak tangan nya di gengam kuat.Terasa takut bila mahu mengatakan hal ini kepada Hanis.

"Is..ermmm kau tau kan aku dah 3 bulan lebih cerai dengan qaisy.." ungkap Nor yang akhirnya membuka mulut untuk memberi tahu apa yang terbuku di hatinya.

Hanis hanya mengangguk sambil mengambil coffee latte yang berada di depannya kini.

"Habis tu? kau nak rujuk balik" Teka Hanis bersahaja.

"Bukan"Kepala digeling perlahan oleh Nor menidakkan tekaan Hanis tadi.

"Aku..nak minta tolong kau..boleh?"

Dahi dikerut seribu oleh Hanis.

"Tolong apa? apasal muka kau serius tahap babun macam tu? lek ah.. Apa yang tegang sangat?" Balas Hanis.sedikit hairan dengan riak wajah Nor pada saat ini.mengelabah semacam.

"kau tahu kan ..sepanjang 3 bulan tu aku langsung tak pernah tengok anak aku lagi..Mika.."Mata Nor sudah membulat jernih melihat wajah Hanis.Berharap Hanis akan berlembut hati untuk membantu nya kalau perempuan itu tahu apa rancangan nya ini.

"tahu,kau selalu cer kat aku kan pasal hal ni..habis tu kau nak tuntut kat mahkamah?kau tahu kan kau takkan menang sebab kau yang salah.." Beritahu Hanis.Takut Nor akan bersedih lagi seperti 1 bulan yang lalu, bila kawan baik nya itu kalah dalam kes menuntut hak penjagaan anak.dia bukan apa dia cuma takut Nor akan bersedih lagi seperti dulu.

"Tak..aku takkan tuntut lagi kat mahkamah sebab aku tahu..aku takkan pernah menang kes tu.."sayu sahaja nada Nor pada saat ini.Teringat dengan kes tuntutan yang dia pernah lakukan dulu.

Hanis menghembus nafas perlahan.kesian dengan nasib Nor yang dipisahkan dengan anaknya sendiri.terselit dihatinya sedikit apabila dia kawin suatu hari nanti dia takkan pernah mahu bercerai takut hal seperti ini akan terjadi kepada dirinya dan anaknya,Takut-takut hal penceraian akan memberi kesan kepada anaknya pula.

Biarlah kawin itu hanya sekali seumur hidup.

Nor yang melihat Hanis melamun ke arah lain.cuba menyedarkan Hanis dengan menepuk meja di hadapan Hanis,Agar kawan baik nya itu sedar.

Pak!

Anak mata Hanis terus tergesa-gesa melihat tepat ke wajah Nor.

"sorry aku leka sekejap.." Kata Hanis sambil menggosok-gosok kelopak matanya dan kembali fokus ke arah perbualan mereka tadi.

"Is.."

Telapak tangan Nor sudah menggengam erat kedua telapak tangan Hanis.

"Tolong kawin dengan duda aku.." Ungkap Nor .berharap permintaan nya ini akan diterima oleh Hanis.

"AHHH! KAU GILA KE APA?!" Jerit hanis.terkejut dengan apa yang dia dengar dari mulut Nor.

Tak mungkin dia akan berkawin dengan duda!

Ditambah lagi duda kawan sendiri. Tidak sama sekali!

"No!aku Tak nak ..kau agak-agak lah sikit..duda ! duda kau pulak tu..eh tak nak aku!" Tolak Hanis tanpa berfikir panjang lagi.apa yang dia fikir sekarang setomboy-tomboy dia pun dia takkan mahu Kawin dengan duda.Bekas orang Kut ! memang tak lah!

Hanis sudah berdiri dari kerusi cafe itu.Entah apa yang Nor katakan tadi..semua nya mengarut ! dan tak masuk akal langsung!

Nor yang melihat Hanis sudah berdiri dari kerusi cafe itu terus menahan tangan perempuan itu .Masih mahu memujuk Hanis.

"Is! please lah..dengar aku dulu.."

"Ah? dengar kau? eh nor aku tak nak kawin dengan duda kau!, tolong lah ..aku tak nak...faham kan AKU TAK NAK! dah lah aku rasa kau ni stress tahap dewa Kut sebab tu kau mengarut semacam ni kan..dah-dah-dah aku nak cau dulu..bye!"

"Mengarut!"

Hanis tanpa berfikir panjang lagi terus mengeluarkan kunci motorsikal nya dari beg sandang berjenama adidas dan terus menaiki motorsikal nya untuk pergi dari cafe itu.Malas mahu layan orang stress!

"Is! is!" Hembusan nafas hampa dihembuskan oleh Nor .Walau apa cara sekalipun dia mesti juga buat kan Hanis bersetuju dengan apa yang dia cadangkan.Dia betul-betul mahu berjumpa dengan Mika.Dia rindu untuk memeluk anak nya itu.Rindu...

sorry untuk semuanya...harap injoy baca.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience