REMOTE televisyen di tekan - tekan oleh Hanis cuba mencari siaran yang tidak membosankan untuk di tonton.Hampir 10 kali dia ulang alik pada siaran yang sama namun tiada langsung yang dia tertarik.Bosan!
"Ish! bosan nya! erm...."
TRING! TRING!
Handphone nya tiba-tiba berbunyi menanda kan ada seseorang yang menghubungi nya terus sahaja dia melihat nama yang terpapar di skrin telefon nya kini.
Panggilan di jawab nya dengan pantas bila melihat nama mak nya yang ada di atas skrin telefon itu.
"Assalammualaikum Adik ..adik sihat tak tu ?" Tanya Mak salmah Mak kesayangan Hanis .
"Waalaikumussalam..Alhamdulilah...adik sihat je ni...mak macam mana ?" Soal Hanis .Risau dengan keadaan mak dan abahnya di kampung.
"Mak sihat alhamdulillah..abah pun sihat,Ni bengkel kamu kat KL tu macam mana ? okay?" Tanya mak salmah lagi.
Hanis mengambil remote di sebelahnya lalu di tekan tombol merah di atas remote itu mahu mematikan televisyen nya.Membazir pula kalau dia biarkan berpasang tapi tiada orang lihat begitu.
"Ermmm..semua Okay je..mak sorry tau kalau adik tak dapat nak balik sana tahun ni.."kata Hanis sedikit rasa bersalah kerana sudah 3 tahun dia tidak balik ke kampung nya itu.
"Ehh! tahun ni adik mesti balik juga ! tak kira ! sebab mak nak tengok bakal menantu mak"
Hanis sudah mengetuk dahi.Aduhai! baru dia mahu sedih-sedih tadi sudah mak nya itu bertanya pasal hal itu.Potong mood sedih terus ! Sebelah tangannya menahan dagunya.
"adik mesti balik tau..bukan apa adik.. mak cuma nak semua orang kampung tahu yang anak mak ni normal tak songsang,kamu tahu kan orang kampung ni anggap kamu tu macam mana" Jelas mak salmah.Selama bertahun dia hanya mampu menutup telingga setiap kali orang kampung mengata anak nya seorang itu.
Macam - macam orang kampung tabur cerita pasal Hanis.
Tipulah kalau mak salmah tak terasa hati dengan kata - kata mereka itu tapi dia hanya mampu bersabar sahaja.
Hanis terdiam seketika.Dia tahu semua orang kampung tak suka dengan dia sebab penampilannya seperti itu tapi apa salahnya dia berpakaian seperti itu.Daripada dia seperti perempuan lain yang mendedahkan aurat sana sini!
Dia tahu dia tak sempurna...
"Alah mak macam tak biasa pula dengan mulut - mulut orang kampung yang tak ada otak tu,Lagipun adik masih normal lagi"
"Kalau normal bawalah calon suami kamu..takkan tak ada langsung"
Hanis menghembuskan nafas perlahan.Macam manalah dia mahu bawa calon suami kalau seorang pun tak ada.Tapi takkan lah dia mahu bagitahu mak nya yang dia tak ada langsung calon nanti tak pasal-pasal mak nya itu jodohkan dia pula macam drama-drama di tv tu!
"Ada! Adik ada calon,dia hensem,tinggi,putih,kaya,baik"
"Kalau macam tu bawa balik kampung mak nak tengok bakal menantu mak.."
Hanis sudah mengetap giginya.Dahi tengah di ketuk nya beberapa kali.
"Siapa nama dia ?" Soal mak salmah.Ingin tahu.
Hanis sudah mengaru kepala nya yang tak gatal.rambut di raup ke belakang menggunakan jari-jarinya.
'Aduhh nama siapa aku nak rembat ni'
"Nama dia Adam"
'Siapa pula adam.aduh Hanis...!!' Kesal Hanis di dalam hati .entah nama siapa yang dia sebut pun dia tak tahu.
"Adam?" kata mak salmah sekali lagi menyebutkan nama itu meminta kepastian.
"Iya mak Adam..nanti Hanis bawa dia"Balas Hanis.
"Ah iyalah..dah baik-baik tau di sana"
"Okay mak.. asalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
Panggilan di tutup dengan serentak.Hanis sudah menutup mata dan mengelingkan kepalanya.Adam siapa?! Mana dia mahu cari calon suami sekarang ini?
"Aduh!!! Hanis! Adam siapa? mulut ni kan!" Geram Hanis .
TRING!TRING!
Handphone neffos c5a nya berbunyi lagi menanda kan ada seseorang yang menghubunginya lagi.Terus sahaja dia mengangkat telefon itu tanpa melihat pemilik nombor telefon itu.
panggilan disambungkan...
"Asalamualaikum Zalikha"
Hanis sudah membulatkan anak matanya.Zalikha? ermmm! dia tahu siapa itu! Time-time dia sibuk berfikir juga duda sengal itu menelefonnya.
"Ah apa kau nak?" Soal Hanis serta merta.
"Uishhh marah nampak?"
Hanis sudah memutarkan anak matanya 360 darjah.
"Apa hal kau call aku ni? pasal mika ke ?"
"iya..awak sibuk tak esok?"
"Sibuklah..aku nak repair motorsikal aku" Jawab Hanis.
"Tapi Mika nak jumpa awak..takkan lah awak sanggup tengok dia rindukan awak dalam keadaan sakit macam ni..sanggup ?" Ungkap Qaisy.
Hanis terdiam seketika.Betul juga apa yang lelaki itu katakan takkan lah dia sanggup membiarkan anak kecil itu dalam keadaan sakit seperti itu.
"Okay..Esok aku datang."
Qaisy automatik mengukir senyum.Tak tahu kenapa dia merasa kegembiraan di hatinya pada saat ini.Lama dia tidak merasakan seperti itu di hatinya.
"Okay..selamat malam Zalikha" Ucap Qaisy.
"Owh Btw awak dah lama tak offer saya lagi kan..Awak tak nak offer saya lagi ke?"
Hanis sudah mengerutkan dahi.
'Offer apa pula mamat duda ni' bisik hati hanis.tak faham dia dengan kata-kata Qaisy tadi.
"Offer apa pula ni?"Soal Hanis bernada agak malas.
Qaisy mengukir senyum dibibirnya.
"Offer kahwin? ke awak nak saya offer" Usik Qaisy.
Hanis sudah menjuih kan bibirnya.Anak mata menjeling ke sisi.Duda sengal itu sengaja sahaja nak mempermainkan dirinya kalau Qaisy depan matanya sekarang sudah lama lelaki itu makan penumbuk hikmat nya ini.Buat sakit hati sahaja malam-malam begini!
"Kau nak ejek aku ke apa ? tak jadi lah aku nak jumpa Mika esok! malas!" Kesal Hanis.
Qaisy sudah menelan air liur pahit.Tak tentu arah bila mendengar kata-kata Hanis tadi.Aduh takkan lah Hanis tak datang esok?
"Erm..saya minta maaf..iyalah..saya gurau je,datang tau esok" Pinta Qaisy.
'tahu takut' bisik hati Hanis di dalam hati.
"Erm!" Balas Hanis,malas.kemudian mematikan panggilan telefon.
Hanis kemudian bangkit dari sofa nya itu untuk masuk ke dalam biliknya.mahu berehat dan tidur.Nanti-nanti sahaja lah dia memikirkan pasal masalah calon suaminya itu.
****
"Tengku Adam Qaisy,You akan jadi milik i tak ada siapa yang boleh rampas milik aku!!" Ungkap Nor sambil melihat gambar perkahwinan nya bersama Qaisy dulu.Air matanya mengalir ke pipi.
Dia tak sanggup kehilangan orang yang dia sayang!
Mika dan Qaisy selama-lama nya miliknya!
"Aku tak boleh lepaskan orang yang aku sayang! aku tak boleh biarkan perempuan tak guna tu ambil suami dan anak aku! tak!"
"Aku akan pastikan aku akan dapatkan balik Hak aku! Hak aku!!!!" Teriak Nor menguasai rumahnya.Rambutnya di tarik-tarik nya.Dia takkan pernah izinkan sesiapa mengambil hak nya ! dia takkan biarkan!
Gambar Qaisy di usapnya perlahan lalu di dekatkan dibibirnya.Dia rindu mahu hidup bersama dengan lelaki itu.
Terlihat gambar nya dan Hanis diatas meja terus diambilnya dan dikoyakkannya kasar.Gambar Hanis di koyak-koyaknya kasar!
Seperti mana gambar Hanis hancur berkeping-keping begitu juga nasib perempuan itu nanti!
"Kau ingat Hanis..aku boleh bunuh kau tanpa aku sentuh kau! kau ingat!" Ungkap Nor dengan penuh perasaan sakit hatinya setiap kali mengenangkan wajah perempuan perampas itu! Dia benci dengan perempuan itu!
Matanya beralih semula ke arah gambar Qaisy.
"Tengku Adam Qaisy you akan jadi milik i untuk selamanya..." Ungkap Nor memeluk kuat gambar Qaisy seolah-olah dia memeluk lelaki itu.
Share this novel