8

Romance Completed 136098

2 HARI BERLALU

NOR melabuhkan punggung nya perlahan di atas sofa.hembusan nafas dilemparkan nya.Masih teringat dengan pertemuan Hanis dan Qaisy 2 hari lalu.terlihat sangat buruk.semenjak itu hatinya bertambah risau takut Hanis hanya makan hati sahaja nanti.Kalau begini cara nya tentu - tentu semuanya akan gagal.Dia juga mesti tidak akan jumpa anaknya itu lagi.

Namun,

Dia sedar,dia tidak boleh mementingkan dirinya sendiri.Biarlah dia tidak boleh berjumpa Mika lagi yang penting anaknya sudah bahagia bersama Qaisy.Dia takut Hanis akan menyeksa diri nya sendiri sahaja nanti.

Handphone Samsung S3 nya diambil lalu mengetik nombor hanis.mahu membatal kan rancangannya itu.

Panggilan di sambungkan....

"Is..aku nak batalkan rancangan kita..tak payahlah kau susahkan diri kau untuk dekat dengan Qaisy lagi..aku tahu dia macam mana.." Kata Nor .

Hanis yang berada di dalam talian sudah mengerut kan dahi.hairan. namun bibir nya kemudian tersenyum lebar.Akhirnya,dia lepas dengan duda sengal seorang itu.Syukurlah.tapi dia masih rasa tak sangka Nor sendiri yang membatalkan rancangan ini.

"Kau sure? Tak nak jumpa Mika?" Soal Hanis mahu memastikan kata - kata Nor tadi.

Nor mengukir senyum sengaris.tipulah kalau dia tak mahu berjumpa dengan anaknya itu tapi buat masa sekarang biarlah anaknya itu membesar dengan Qaisy.

"Aku tahu Qaisy akan jaga dia dengan betul.." Ungkap Nor .yakin dengan bekas suaminya itu.

Mendengarkan nada sayu itu dari nor.Hanis sudah memasang muka serba salah.dia tahu Nor sangat rindukan Mika tapi dia juga sudah tidak sanggup mahu berhadapan dengan Qaisy lagi,Perangai lelaki itu betul-betul menyakitkan hatinya.

Walau bagaimanapun dia sudah merasa bebas kerana sudah tidak terikat dengan rancangan memikat lelaki itu lagi.

"okay..."kata Hanis.ringkas.

Panggilan dimatikan dengan serentak.

***

PAGI itu Hanis sudah bersiap - siap untuk pergi ke bengkel nya .Senyuman dan wajah ceria menghiasi dirinya kini.Sudah tidak ada lagi beban seperti hari - hari yang lalu.bibirnya bersiul kegirangan.

"Let's go!" Kata semangat dari Hanis .kunci motor di masukkan lalu memecut laju.

______

SEDANG dia menunggang motosikal nya terlihat sebuah kereta terhenti di tepi simpang itu.Motorsikal Yamaha Y15ZR nya di berhentikan nya di tepi jalan raya.Cermin helmet nya di naikkan nya lalu di buka nya helmenya itu.Topi di pakainya cepat sebelum pergi melangkah menuju ke arah owner kereta itu.

'Wei! ini reziki pagi ni ..dapat Pelangan' Kata hati Hanis.Beruntung betul dia pagi - pagi begini.

"Kereta encik ada masalah ?" Soal Hanis sekaligus menyapa owner kereta itu.sambil melihat kereta mewah dihadapannya.kalau di lihat -lihat kereta itu seperti tak asing di matanya.tapi mungkin perasaan nya sahaja.

"entahlah tiba-tiba je mati" Jawab owner kereta itu .wajah nya dipaling kan ke arah Hanis.

Mata mereka bertentangan saat ini.Melihat wajah masing - masing Hanis sudah menjeling kan anak matanya.

Aduh! dia lagi! dia lagi! kenapa dalam banyak - banyak orang dalam muka bumi ini duda sengal itu juga dia jumpa.ya! qaisy,siapa lagi.spoil moodnya terus!

Tanpa berlengah dia terus meninggal kan Qaisy di situ.Tak mahu mempunyai apa - apa urusan lagi dengan qaisy.cukup lah dia sudah menahan hati selama ini.

"Tunggu !" Jerit Qaisy mahu memberhentikan langkahan Hanis.

Hanis melihat ke belakang kembali.

"jadi awak tak nak tolong saya?"

"Memang Tak ah!" bidas Hanis.ingat dia mahu sangat tolong manusia seperti itu.jangan harap!

Hanis terdiam seketika tiba - tiba teringat akan nor.kalau lah dia tolong Qaisy mungkin dia masih boleh teruskan rancangan mereka walaupun Nor sudah membatalkan rancangan itu.Mungkin dengan cara ini dia boleh memaksa lelaki itu untuk kawin dengannya.

"Okay aku akan tolong kau tapi ada satu syarat "

Qaisy melihat tepat ke arah wajah Hanis.

Sebenarnya dia malas mahu katakan hal ini kepada Qaisy lagi tapi kata orang belum cuba belum tahu.Manalah tahu dalam keadaan terdesak seperti ini Qaisy mahu menerima dia sebagai isteri.

“Aku nak kawin dengan kau"Minta Hanis selamba.kedua tangannya disilangkan nya.dia tahu Nor masih berharap untuk berjumpa dengan Mika .oleh sebab itu dia masih mahu mencuba sekali ini tapi kalau kali ini juga gagal jangan harap dia akan mengungkapkan kata itu lagi kepada Qaisy.

Dia pun tak ingin !

"ah? awak Ni siapa sebenarnya?terdesak sangat ke nak kawin? sampai promot diri dekat lelaki untuk kawin?tak de orang nak awak ke?"Qaisy sudah mengelingkan kepala perlahan.selama dia hidup baru kali ini dia berjumpa dengan seorang perempuan seperti Hanis.

iya.Seorang yang lurus .tanpa basa basi seperti perempuan lain.

"bla..bla..bla.."Hanis mengejek percakapan Qaisy tadi sudah dia agak memang itu jawapan dari mulut lelaki itu.gigi diketap nya .geram!

"ehehleh..banyak pulak cakap..orang suruh kawin tu kawin jelah apa susah sangat akad nikah jadi suami isteri..senang kan! tak susah mana pun! alah sombong pulak!!"

"kau ingat kau tu hensem sangat..ehh" Geram Hanis lalu melangkah meninggalkan Qaisy.

Qaisy sempat mengengam tangan Hanis .masih mahu bercakap dengan perempuan itu.

Melihat Hanis sudah terhenti .Qaisy melepaskan perlahan tangan Hanis .

"awak ni siapa sebenarnya? awak nak apa ? "soal Qaisy.Munsykil dengan kehadiran Hanis di dalam hidupnya.

glup!

Air liur ditelan kelat oleh Hanis.Mata Qaisy tidak dipandang nya sama sekali.

"Manusia...takkan tak tahu"selamba jawapan hanis saat ini.Namun,matanya masih di lari kannya ke arah lain.

"awak kenal Nor ke ?" Soal Qaisy melihat tepat ke arah Hanis.

Hanis sudah terdiam melihat wajah Qaisy.

"Nor? siapa? drama tv 3 Nur ?" kata Hanis.pura-pura tidak mengenali Nor.Matanya melihat kereta Mazda milik Qaisy.

"Macam ni lah ye aku tolong kau..kalau kau tak nak kawin dengan aku pun .. it's okay..aku tolong kau tapi sekali je..aku nak jumpa anak kau .Mika."Minta Hanis.Sekurang - kurangnya dia dapat temukan Mika dengan Nor walaupun sekali sahaja.

Qaisy masih memandang hanis.curiga dengan perempuan itu,Atau jangan - jangan Hanis bukan mahukan dia tapi hanya mahu menculik anaknya itu.

"awak nak buat apa dengan anak saya?"

"Tak sekarang ni..nak ke tak? kalau tak nak takpe aku boleh pergi..kau tunggu lah sini sampai malam.."

Mendengar kan itu Qaisy hanya terdiam.

"aku dengar kat sini tempat pondan - pondan cari Pelangan tau kalau malam..kau siap kan diri jelah..bye cau dulu!" kata Hanis lagi sengaja menakutkan Qaisy.

Mendengarkan kata - kata Hanis terus sahaja Qaisy geli sendiri.Kalau betul ada pondan - pondan lalu sini nanti habis lah dia kena bantai.

"Okay-okay-okay boleh" kata Qaisy .setuju dengan permintaan Hanis tadi.

Hanis tersenyum puas.

Handphone neffos c5a dikeluarkan oleh Hanis mahu menghubungi Ikmal untuk membawa kereta Qaisy ke bengkel.

Selesai menelefon ikmal,handphone neffos c5a nya di letak semula di dalam beg sandang adidas.lalu dia Kembali menghadap Qaisy sambil menunggu Ikmal sampai ke situ.

"aku dah call kawan aku nanti dia ambil kereta kau.." Beritahu Hanis.

Qaisy melihat Hanis sekilas sebelum mengangguk.

'eii mamat ni sombong gila..orang dah tolong' Kata hati hanis.kesal dengan sikap lelaki itu.tiada terima kasih langsung!

Hanis terus melangkah pergi.

"Thank you" Ucap Qaisy.

Mendengar itu Hanis sudah terhenti lalu mengukir senyum nipis.Akhirnya, ada juga ucapan terima kasih daripada lelaki itu.

"ah macam tu lah,sama-sama" Kata Hanis lalu melangkah pergi meninggalkan Qaisy.

Qaisy mengukir senyum datar.Matanya tidak lepas melihat Hanis yang sudah pergi meninggalkan dia.Tiba-tiba Senyuman itu terukir lebar dibibirnya sehingga menampakkan barisan gigi lurusnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience