38

Romance Completed 136098

9:30 PM

MOTORSIKAL Yamaha nya terus diberhentikan ketepi jalan.Seharian dia tidak balik kerumah hari ini.Dia tidak tahu apa yang dia lakukan saat ini dia langsung tidak faham kenapa hatinya terasa sakit bila melihat Qaisy dan Nor bergandingan mesra seperti itu.Dia bukan siapa-siapa dalam hidup Qaisy tapi kenapa? kenapa perasaan sakit itu muncul bila melihat Qaisy bersama dengan perempuan lain seperti itu!

Rambut nya di genggam nya kuat.fikirannya benar-benar kusut.

"kenapa aku!?" jerit Hanis meluahkan segala rasa sakit nya.dia tidak mampu lagi menahan rasa sakit nya ini.

Dia tiba-tiba terdiam beberapa saat kemudian terus memanaskan enjin nya untuk pergi ke arah sesuatu tempat.Mungkin dengan ini dia mampu menghilang kan semua rasa sakit nya ini.

________

SETENGAH jam berlalu dia terus memarkir kan motorsikal nya tepat di tempat parking di hadapannya.Pandangan nya kosong dengan perlahan dia turun dari motorsikal nya kemudian melangkah masuk ke dalam kelab malam itu,Pertama kali dia melangkah ke tempat syaitan itu dia tidak tahu kenapa dia boleh sampai ke tempat ini.Dia benar-benar hancur!

Kaki melangkah masuk ke dalam kelab malam itu.

"hai" sapa beberapa lelaki yang berada di dalam kelab malam itu.hanis hanya terdiam terlihat saat ini matanya berkaca-kaca menahan kesakitan di dalam hati nya.Dengan pantas dia duduk diatas meja.

Terlihat seorang pelayan lelaki di kelab malam itu mendekati nya.

" 2 beer" pesan Hanis tanpa berfikir panjang.Saat ini dia langsung tak mampu untuk berfikir lagi.dia hanya mahu menghilangkan rasa sakit didalam hatinya dan dia tidak mahu perasaan sakit itu terus menghancurkan dirinya sendiri.

Pelayan itu terus mengangguk kan kepala dan melangkah untuk mengambil kan 2 beer untuk Hanis.

"ini jalan yang betul?" persoalan itu bermain di dalam kepala nya sejak dia menjejakkan kaki didalam kelab malam ini.Jujur seumur hidup nya baru kali ini dia menjejakkan kaki di tempat seperti ini.dia tidak tahu apa yang dia fikirkan?

semuanya di bawah sedar nya.

Beberapa minit kemudian terlihat pelayan itu membawa kan 2 beer dan satu gelas untuk Hanis dan diletakkan diatas meja.2 botol beer di lihat nya lama,Air mata mengalir ke pipi.Tangannya gementar mengambil gelas yang benar-benar berada di hadapan nya.

Satu botol beer yang sudah siap sedia dibuka oleh pelayan tadi di tuang nya perlahan ke dalam gelas kaca nya.Kemudian di teguk dengan serta merta.Tegukan demi tegukkan sehinggalah satu botol beer itu habis dia minum.Kepala yang terasa berat di paksa nya untuk bangun,matanya semakin tertutup namun dia memaksa matanya untuk tetap terbuka.

"Aku tak cintakan kau...tak!" Ungkap Hanis setengah sedar,air yang masih berada di dalam gelasnya itu di teguknya lagi.Kepala benar-benar terasa berat membuatkan kepalanya terbaring di atas meja itu.

Joe dan Azad yang sejak tadi memerhatikan Hanis di situ sudah tersenyum lebar.Apa yang mereka lihat sekarang ini adalah salah satu bukti untuk meyakinkan puan Sri Zalia tentang Hanis yang memang bukan perempuan yang baik.

"jadi sekarang ni apa yang patut kita buat?" soal Joe.

Azad tersenyum sinis.Sengaja mereka menyuruh Iskandar untuk menjaga rumah untuk mengikuti perempuan itu,dia juga tahu hari ini Iskandar dan Hanis berjumpa sebab itu dia mengambil kesempatan ini untuk mengikuti Hanis tapi tak sangka sikap Hanis lebih teruk dari yang dia bayangkan.

"Kau call Qaisy" kata Azad.

Joe mengerutkan keningnya.Tak faham apa yang di fikirkan kawannya itu.

Azad melihat Joe dengan pandangan yang penuh makna.

"Dengan cara ni kita boleh dapatkan duit dua kali ganda bro...kita ambik gambar Dorang berdua nanti mesti puan Sri Zalia tambah marah sebab pempuan ni anak dia masuk tempat syaitan macam ni..orang kaya bro mana boleh cemarkan muka sendiri kan?" Jelas Azad membuatkan Joe tersenyum lebar.Memang bijak sahabatnya itu tak sia-sia dia bekerja sama dengan Azad selama ini.Bijak!

Joe terus sahaja cuba menghubungi Qaisy.

Panggilan di sambungkan....

"Siapa ni?" soal Qaisy kerana baru kali ini dia melihat nombor itu.

"kau tak perlu tahu siapa aku...tapi yang kau perlu tahu pempuan yang kau cinta ada dekat club"

Mendengar kan itu Qaisy terus terfikir tentang Hanis.Tapi tak mungkin hanis seperti itu.Tak mungkin! dia tahu Hanis seorang perempuan yang baik dan tidak pernah sekalipun meninggalkan perintah Allah SWT.Tak mungkin hanis seperti itu.

"Sorry encik..mungkin salah nombor" kata Qaisy berharap apa yang dia fikir kan ini benar.

"depan mata aku...datang sekarang aku send location" kata Joe kemudian mematikan panggilan telefon itu.Terlihat mesej yang baharu sahaja sampai dari Joe tentang tempat di mana Hanis berada.

Tanpa berfikir panjang Qaisy terus bergegas mengambil kunci kereta Mazda nya dan dengan serta merta masuk ke dalam kereta.kemudian,memecut laju meninggalkan rumah nya itu.YaAllah kenapa boleh jadi sampai begini sekali? apa yang perempuan itu fikirkan?

"apa yang kau buat ni Hanis?"Ungkap Qaisy terus sahaja memecut laju.

_______

SAMPAI sahaja di hadapan kelab malam itu Qaisy terus bergegas masuk ke dalam tempat itu.Matanya kehulu kehilir mencari kelibat Hanis namun langsung tidak terlihat kerana terlalu banyak orang di situ.Keadaan kelab malam yang begitu bising membuat kan dia rimas namun dia masih terus mencari sosok Hanis.

Mata nya tepat melihat seorang perempuan sudah tertidur di atas meja dan dia yakin itu Hanis.Terus sahaja dia melangkah pantas ke arah Hanis.Terlihat satu botol beer sudah habis diminum namun satu botol lagi masih berisi penuh.Kepala digelingnya dan memejam kan matanya sesaat dia masih tak percaya perempuan yang berada di hadapan nya ini Hanis.

Tapi semua ini nyata!

Kepala Hanis di angkat nya membuatkan Hanis sedikit tersedar dan perempuan itu cuba membuka matanya.

"Qa-isy" kata Hanis sambil menyentuh-nyentuh wajah Qaisy.Tangan Hanis di larikannya dan di alihkan ke bahu nya,pinggang Hanis di peluk nya erat agar perempuan itu tidak jatuh dari pelukannya.Duit pembayaran untuk beer yang diminum oleh Hanis diberikannya ke dalam poket pelayan yang dekat dengan mereka.

Qaisy terus membawa tubuh Hanis untuk keluar dari kelab itu.

Keluar sahaja dari kelab itu Hanis tiba-tiba sahaja memeluk tubuh Qaisy dengan erat.Qaisy terus membesarkan kedua anak matanya,terkejut dengan perlakuan hanis terus sahaja dia cuba melepaskan pelukan itu.Namun Hanis semakin memeluk nya kuat.

"Aku tak nak hilang kau..." Bisik Hanis ke arah telinga qaisy kemudian melepaskan pelukan nya lalu tubuh nya serta merta lemah diperlukan Qaisy.Qaisy dengan serta merta mengangkat tubuh Hanis untuk masuk kedalam kereta.

Hanis terlelap di belakang kerusi.Qaisy melihat kembali wajah Hanis.Secara tiba-tiba dia dapat rasakan kesedihan yang ada di dalam hati perempuan itu dia fikir apa yang cuba dia lakukan akan lebih memulihkan semua keadaan kerana ini yang Hanis mahu...Tapi dia salah...dia belum cukup mengenal Hanis..Dia tahu Hanis hanya berpura-pura kuat dihadapan nya tapi sebenarnya hati perempuan itu hancur.

"aku tak pernah terfikir sekalipun cinta kau lebih besar dari apa yang aku fikirkan selama ni..."

"maafkan aku Hanis..." Ungkap Qaisy merasa sebak di dadanya kini .Air mata mengalir membasahi pipi namun cepat di lap nya.Terus sahaja dia memecut laju untuk membawa Hanis balik ke rumah nya terlebih dahulu.

JOE dan Azad sudah melihat antara satu sama lain dan tersenyum puas.Apa yang mereka rancang semua berjalan lancar malah lebih baik dari yang mereka inginkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience