41

Romance Completed 136098

TANGISAN anak kecil itu tiba-tiba terhenti apabila melihat rumah besar di hadapannya.Matanya tajam melihat sekeliling rumah itu sebelum kereta itu berhenti benar-benar dihadapan rumah.Salah seorang lelaki yang memakai baju serba hitam itu turun dari kereta dan menarik tangan nya untuk turun.

"Nenek?" Bila sahaja melihat wajah puan Sri Zalia di hadapan matanya kini perasaan anak kecil itu benar-benar kecewa.Tak sangka neneknya sendiri sanggup melakukan perkara seperti ini.

Air mata anak lelaki itu sudah mengalir ke pipi.Bibirnya langsung tidak bisa berkata apa-apa lagi.

Puan Sri Zalia mendekati Mika kemudian menunduk sedikit untuk menghapus air mata cucu nya itu.Dia hanya mahu yang terbaik untuk anak dan cucunya.tak sanggup untuk dia biarkan perempuan itu menghancurkan hidup kedua orang yang dia sayang.

Wajah Mika di lihat nya lama sambil senyuman nipis diberikan untuk anak lelaki itu.

"Mika sayang...nenek sayang Mika,apa yang nenek buat ni semua untuk mika.."

Mendengarkan kata-kata dari neneknya itu Mika melihat wajah puan Sri Zalia beberapa saat sebelum terdiam seketika,Senyuman nipis diberikan untuk puan Sri Zalia dan memeluk neneknya itu dengan cukup erat.

"Nek...tolong sayang Mika betul-betul" Bisik Mika ketelingga puan Sri Zalia.Perempuan itu sudah menolak lembut badan Mika dan mencium dahi anak kecil itu.

"Mika...nenek tak pernah tak sayang Mika walau sedikit pun..nenek selalu nak cucu nenek ni bahagia.."

Mika memandang tepat ke mata neneknya itu.

"tapi nenek tak pernah suka kalau Mika bahagia?kenapa?"

"Mika..nenek sayangkan Mika ,bila Mika bahagia nenek pun bahagia"

Kepala digelingkan oleh mika dengan perlahan.senyuman diberikan untuk neneknya itu.

"Tak....sebab nenek dah pisahkan Mika dengan mama Hanis,mika bahagia bila dengan mama Hanis..Mika sayang sangattt dekat dia" ungkapan Mika diiringi esakkan tangis anak kecil itu sebelum melangkah untuk masuk kerumah dengan langkah perlahan.

Puan Sri Zalia mengejar cucunya itu dan menarik bahu anak kecil itu.

"Mika! dengar sini! pempuan tu bukan mama Mika faham ke tak!!!! pempuan tu jahat Mika! berapa kali nenek nak cakap pempuan macam tu tak payah nak sayang sayang!!!!!faham ke tak?!!!"Bidas puan Sri Zalia bernada tinggi,badan anak kecil itu digoncang nya kasar.

Esakkan tangis Mika semakin jelas kedengaran di telinga Joe dan Azad membuat kan Azad menghampiri puan Sri Zalia dan cepat melepaskan tangan perempuan itu dari bahu Mika.

"Puan dah gila ke?! nak bunuh cucu sendiri pula!" Jerit Azad dihadapan wajah puan Sri Zalia.

Mika berlari masuk kedalam rumah.

Puan Sri Zalia menghembuskan nafas perlahan untuk mengatur emosi nya kembali.Wajah Azad dilihatnya tepat.

"Macam mana dengan pempuan tu?" tanya puan Sri Zalia.

"Entah"

Bila mendengar jawapan dari Azad seperti itu puan Sri Zalia sudah melihat tajam ke arah Azad.Apa maksud lelaki itu dengan entah?

"Entah?!" jerit puan Sri Zalia.

Azad sudah meraup kasar wajahnya.

"Pempuan tu telangar dengan kereta..entah hidup ke mati ke? kami tak tahu? kalau lah pempuan tu mati..habislah kita kena penjara seumur hidup"

"habislah kita? maksud nya apa? abang dia mana?tak ikut kamu bedua?" soal puan Sri Zalia lagi.

"Entah! kami tak tahu mana abang dia tengok je pagi dah hilang? sekarang ni dah tak ada kambing hitam untuk tutup kerja kotor puan lagi dah.." kata Azad.

"Eh! yang culik cucu saya kamu berdua..yang bunuh pempuan tu korang berdua bukan saya...so saya langsung tak terlibat dengan benda ni..."

Azad yang merasa kata-kata puan Sri Zalia itu langsung tak masuk akal dan hanya memetingkan diri sendiri sudah menekan lengan perempuan tua itu dengan kuat.

"Eiii orang tua! ni semua rancangan kau! kalau kitaorang ni kena tangkap polis..ingat kitaorang ni nak diam macam bodoh!"

Lengan puan Sri Zalia dilepas kan oleh Azad kemudian dia kembali naik kedalam keretanya meninggal kan rumah itu.

Puan Sri Zalia terdiam kaku di situ dengan fikiran nya yang tak tenteram dan dalam ketakutan takut apa yang Azad katakan tadi akan benar-benar berlaku dan dia akan di tangkap oleh polis.Tak! dia tak bersalah! Puan Sri Zalia cepat masuk kedalam rumah dan menyuruh pengawal dan driver nya mengunci semua pintu dirumah itu.

****


Tit.....tit...tit...

BUNYI pengesan nadi berbunyi kuat menguasai wad ICU itu.Doktor dan para jururawat berusaha menangani kecederaan yang dialami oleh Hanis akibat kemalangan yang menimpa dirinya.Badan yang kini tak bermaya hanya terbaring di atas katil.

___________

QAISY menutup komputer nya kemudian merenggangkan sedikit lehernya yang agak lenguh kerana menghadap komputer 24 jam tanpa berhenti sahaja.Handphone yang berada di atas meja di masukkan ke dalam poket seluarnya.Kemudian jaket jas di pakai kembali sebelum beg hitam diambil dan digengam untuk balik ke rumah.

kaki melangkah meninggalkan bilik pejabat nya.

Sampai sahaja di lantai bawah dia terus mengambil kunci kereta Mazda nya untuk menekan tombol pada kunci itu kemudian melangkah memasuki kereta itu untuk balik ke rumah dan berehat.lelah dia hari ini.

String kereta di pusing dan berangkat meninggalkan officenya dengan pantas.

Nafas ditarik dan dilepaskan apabila melihat banyak kereta tersangkut di jalan hari ini.Entah kenapa pula boleh tiba-tiba traffic jam seperti ini.Terlihat ramai polis dan beberapa orang berkumpul di jalan raya itu.Kening dikerutnya.Matanya melihat sekeliling jalan raya itu terlihat berlumuran darah di atas jalan raya.

Mata nya tiba-tiba tajam memandang motorsikal Yamaha berwarna merah yang sudah habis hancur bertempiaran di jalan raya.Hatinya semakin tak tenang tapi tak mungkin...tak...

Cepat sahaja dia turun dari kereta Mazdanya dan menghampiri motorsikal itu untuk melihat nombor plat motorsikal itu.Hatinya benar-benar takut kalau apa yang dia fikirkan sekarang ini benar.

"astagfirullah al-Azim" Nafas tiba-tiba menjadi tidak teratur terkejut dengan apa yang dia lihat motorsikal itu dia yakin itu motorsikal Hanis apabila melihat nombor plat motorsikal itu.Cepat sahaja dia masuk kedalam kereta nya dan berundur kembali untuk menuju ke hospital.

"Ya Allah Hanis..Mika.."Matanya sudah berkaca-kaca menahan emosi nya kini.Dia takut terjadi apa-apa kepada anak nya dan Hanis.

kereta Mazda di bawa nya semakin laju.hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang hatinya rasa saat ini.

***

HOSPITAL

SAMPAI sahaja dia terus berlari pantas menuju kaunter untuk bertanya tentang Hanis dan Mika.

"cik boleh saya tanya tadi ada seorang perempuan dengan budak lelaki di bawa ke sini ke?" Soal Qaisy.

Jururawat itu sudah mengerutkan sedikit keningnya.Seorang perempuan dan budak lelaki tapi setahunya hanya seorang perempuan yang terlibat dalam kemalangan itu tadi dan sekarang masih dalam rawatan.

"Hm..ada tapi seorang perempuan sahaja dia terlibat dalam kemalangan 3 jam yang lalu..sekarang dia masih dalam rawatan dalam bilik ICU"Jawab jururawat di kaunter itu.

"kalau encik nak tengok pesakit buat masa ni kami tak benarkan sebab pesakit masih dalam rawatan jadi encik boleh tunggu dulu atau balik dulu kami boleh hubungi encik kalau pesakit dah sedarkan diri" Jelas jururawat itu dengan tegas kerana peraturan hospital mereka.

Qaisy hanya mengangguk lemah kakinya melangkah mendekati bangku dan mula duduk di atas bangku itu.Dahinya di raupnya.Dia yakin perempuan itu adalah Hanis.

Handphone nya di keluarkannya mahu menghubungi puan Sri Zalia bertanya tentang Mika,berharap mika selamat dengan mamanya itu.Dia tidak tahu dimana Mika? apa yang terjadi dengan Hanis? dia tidak tahu apa-apa..seolah-olah dia lelaki paling bodoh dan tidak berguna sama sekali kerana langsung tidak boleh melindungi orang-orang yang dia sayang.

Namun panggilan langsung tidak diangkat oleh puan Sri Zalia...

"YaAllah ma...angkat lah"

Nombor telefon mamanya di tekan berkali-kali namun langsung tidak berjawab.Perasaan risau nya menguasai dirinya sendiri.Dia benar-benar rasa bersalah saat ini.Kenapa dia tidak halang Hanis tadi! kenapa dia tidak mampu menjaga orang yang dia sayang!?

Air mata mengalir deras.Hatinya benar-benar sakit kerana takut akan kemungkinan Hanis tidak akan dapat diselamatkan dan Mika dia langsung tidak tahu di mana.

Kaki melangkah meninggalkan hospital untuk mencari keberadaan Mika walaupun hati nya benar-benar berat untuk meninggalkan Hanis dalam keadaan yang masih bertarung nyawa di dalam wad ICU itu tapi dia terpaksa kerana dia risau dengan keadaan anaknya.Mika.

Nombor telefon sempat di berikan kepada jururawat dikaunter tadi.

Share this novel

EMAacik1974
2021-10-06 10:58:42 

sis bila nk update


NovelPlus Premium

The best ads free experience