SEBAIK sahaja dia membuka matanya dengan perlahan cahaya matahari terus memancar ke wajahnya.Kelopak mata di gosok nya perlahan-lahan.Bila sahaja penglihatan kembali terang.Dahi dikerut nya dan melihat di sekitar rumah.
"aku kat mana ni?" ungkapan pertama yang terkeluar dari bibir perempuan itu.Kepala yang tiba-tiba terasa pening diurutnya sedikit agar kesakitan itu berkurang sedikit.
Terlihat ruang tamu besar di hadapannya sekarang.Sofa tempat dia berbaring saat ini di lihatnya lama.Bila dia lihat sekeliling ruang tamu di rumah mewah itu...dia tahu rumah mewah ini milik Qaisy tapi kenapa dia boleh sampai ke sini?
"dah sedar?" soal Qaisy membuatkan Hanis melihat tepat ke wajah lelaki itu.
Kening nya dikerut kannya lagi meningat apa yang telah dia lakukan semalam sampai berada di rumah lelaki itu.Segala ingatan nya di cerna nya kembali.
'YaAllah Ya tuhanku ...aku mabuk ke?' bisik hati Hanis.Mata di pejam nya seketika..Ya Allah kenapa dia sampai melakukan perkara yang hina seperti ini? apa yang dia buat?
Qaisy yang melihat keadaan Hanis saat ini cuba mendekati Hanis.Punggung nya dilabuhkan nya di sebelah Hanis.Hanis cuba menjauhkan diri dari lelaki itu namun lengannya di tahan oleh Qaisy membuatkan Hanis tidak boleh lari jauh dari Qaisy.
"Hanis..tolong jujur dengan perasaan awak sendiri ..tolong..saya merayu kali ni tolong jujur depan saya sendiri yang awak sayang kan saya..." ungkap Qaisy membuatkan Hati perempuan itu berdetak laju.Anak mata nya sudah mula berkaca-kaca namun bibirnya tak mampu untuk mengungkap kata-kata itu.
"Hanis..please..."
Hembusan nafas ditarik dan dihembuskan perlahan oleh Hanis.
"Qaisy..kadang-kadang aku terfikir tau kenapa aku mesti cintakan kau? dan aku berulang-ulang kali fikir kenapa mesti kau? kenapa?"
Hanis melihat sayu ke arah anak mata Qaisy saat ini.
"setiap kali aku fikir benda tu ...aku tak pernah jumpa jawapan? mungkin salah aku sebab cintakan kau..mungkin aku yang salah sebab biarkan diri aku untuk dekat dengan kau"
"ya..aku cintakan kau...aku sayangkan kau! aku tak nak hilang kau!aku tak nak hilang mika..aku sayang kan mika..." Air mata Hanis mengalir membasahi pipi perempuan itu.Pandangan mata nya dialihkan ke bawah lantai tak mahu Qaisy menyaksikan kesedihan nya itu.
"Mika pun sayang mama juga..." suara lembut itu terus menusuk ke hati Hanis membuatkan Hanis terus Melihat sosok suara malaikat kecil itu.Terlihat mika sudah mula turun dari tangga dan terus menuju ke arah Hanis.
Kedua tangan di depa luas oleh mika membiarkan Hanis memeluknya.Hanis serta merta memeluk erat tubuh anak kecil itu pipi mika di cium nya lembut.
"mika sayang mama sangat-sangat"
Hanis tersenyum mendengar kalimat itu dari bibir Mika lama dia tidak mendengar kata-kata itu.dia rindu....
"mama sayang Mika..." ungkap Hanis memeluk erat Mika.
Qaisy tersenyum melihat dua insan yang dia cintai berada di hadapannya kini.Hati nya benar-benar bahagia saat ini walaupun apa yang dia lihat ini hanya seketika sahaja tapi inilah satu kebahagian yang belum pernah dia rasai selama ini.
pelukan dilepaskan perlahan oleh Hanis.
"terima kasih sebab kau dah bawa aku ke sini.."
"Hanis..."
Mendengar sahaja Qaisy memanggil namanya Hanis terus memandang tepat ke arah qaisy.senyuman nipis diberikan untuk Qaisy.
"awak nak kahwin dengan saya?"
Kening dikerut kan oleh Hanis.Apa yang Qaisy cuba lakukan? macam mana dengan Nor?
"qa-qaisy...apa kau cakap ni? kau tahu kan perkahwinan kau dengan Nor tak lama lagi..kau nak main-main kan aku dengan Nor?"
"tak..Hanis..saya cintakan awak..kalau saya kahwin dengan Nor pun awak fikir saya akan bahagia? tak! tak Hanis...awak je yang mampu buat saya bahagia...jadi tolong lah kali ni tolong bagi saya peluang untuk saya bina kebahagian saya dengan awak ..tolonglah bagi saya peluang..." Rayu Qaisy yang saat ini sudah berlutut di hadapan Hanis.
Hanis melihat wajah Qaisy dan Mika beberapa saat sebelum dia mengukir kan senyuman nipis.
"aku pergi dulu..." kata Hanis perlahan meninggalkan Qaisy dan Mika disitu.terlihat seorang pembantu rumah berumur sekitar 50-an yang membantu Hanis membuka pintu.Kaki melangkah menuju ke arah pintu utama untuk keluar dari rumah itu.
Qaisy menghembuskan nafas perlahan.Hatinya sedikit merasa kecewa kerana dia tahu Hanis mencintai nya tapi kenapa? kenapa perempuan itu tidak pernah berjuang untuk mempertahankan cinta mereka? apa yang perempuan itu fikirkan?bahagia untuk melihat dia berkahwin dengan seorang perempuan yang dia tidak cintai?
Entahlah?
Tiba-tiba pintu dibuka perlahan.
Qaisy menoleh ke arah pintu utama itu lalu berdiri dan melangkah mendekati pintu itu.
"awak tak balik lagi?" bila sahaja melihat Hanis berdiri di hadapannya serta merta soalan itu terkeluar dari bibirnya.Walaupun saat ini dia benar-benar ingin memeluk Hanis agar tidak lari lagi dari dirinya.
"aku tak boleh balik.." kata Hanis Melihat tepat ke arah Qaisy.
"Hah?" Qaisy sudah melihat wajah Hanis.
"Hah? apa maksud kau dengan hah? ya! aku tak boleh balik sebab ...tadi kau cakap nak kahwin dengan aku kan? kau nak ikut aku balik kampung ?" Kata Hanis sudah mengukirkan senyum manis terlihat dua gigi arnab nya saat ini.
Mendengarkan itu Qaisy terus membalas senyuman Hanis dengan senyuman lesung pipit nya yang menghiasai kedua pipi nya.Serta merta matanya terus mencari Mika.
"Mika sini!" Mika terus sahaja berlari ke arah Qaisy dan Hanis pada saat ini.
"Mika! papa nak kahwin dengan mama..." beritahu Qaisy kepada mika.senyuman dibibir langsung tidak terpadam sejak tadi.mendengarkan itu Mika sudah membesarkan kedua anak matanya dan mula melompat-lompat keriangan.Akhirnya! Hanis betul-betul akan jadi mamanya.
"YEAY!!!!!! MAMA BETUL-BETUL AKAN JADI MAMA MIKA!!!!!!!!!!YEAY!!!!"
Melihat mika melompat keriangan seperti itu Hanis tersenyum lebar.Hati nya merasa benar-benar bahagia!Dia tidak tahu mahu mengambarkan bagaimana lagi kegembiraan nya saat ini hanya dia dan Allah SWT sahaja yang tahu.
"Okay aku balik dulu..."
"ermmm Hanis.." panggil Qaisy membuat kan Hanis terhenti dan menoleh tepat ke arah Qaisy.
Qaisy menyuruh Mika untuk masuk ke dalam rumah.kaki nya melangkah perlahan ke arah Hanis.
"Balik rumah jangan lupa buat solat taubat ..ermmm satu lagi jangan pernah pergi tempat-tempat macam tu lagi..kalau awak ada masalah mengadu dengan Allah SWT itu jalan yang terbaik..." Pesan Qaisy sebelum membiarkan Hanis pergi.
Hanis terdiam saat itu.perasaan terharu bercampur dengan perasaan malu kerana di tegur oleh Qaisy sebegitu..dia pun tak habis pikir kenapa dia masuk ke tempat jahanam seperti itu?! entah dimana lah letak otaknya malam itu?!
"terima kasih..aku balik dulu.." kata Hanis sudah melangkah pergi sambil mengetuk-ngetuk dahinya kerana benar-benar malu dengan dirinya sendiri.
"hmm tunggu takkan lah awak balik sendiri..saya hantar awak"
"hmm tak apa ..tak apa aku boleh Oder grab okay jangan risau..." kata Hanis sudah membuka handphone nya yang berada di poket seluarnya itu.Namun,handphone neffos nya sudah kehabisan bateri membuatkan dia membesarkan kedua matanya..aduh! kenapa lah boleh Habis bateri pada saat seperti ini?
"saya boleh hantar awak.. handphone awak Habis bateri kan" Teka Qaisy bila melihat reaksi spontan Hanis tadi.
'malu...' bisik hati Hanis bila sahaja Qaisy menegurnya tadi perasaan itu tiba-tiba sahaja muncul.Dia pun satu kenapa lah dia bodoh betul! sampai mabuk semalaman!bodoh!bodoh!
Tapi dia betul-betul tiada pilihan lain lagi saat ini.mahu tak mahu terpaksa lah dia tumpang Qaisy.
"okay" ungkap Hanis.
"okay"
"Mak Jah tolong jaga mika sekejap ya" kata Qaisy mengirim pesan kepada pembantunya terlebih dahulu.
"Baik Encik" kata pembantu rumah yang bernama mak Jah itu.
****
MELIHAT Qaisy dan Hanis sudah pergi jauh dari kawasan rumah itu.Mak Jah terus sahaja mendekati telefon rumah untuk menelefon puan Sri Zalia.Nombor ditekan secara perlahan.
Panggilan disambungkan....
"Asalamualaikum puan..Encik Qaisy dengan perempuan tu baru sahaja keluar...saya rasa ini perempuan yang puan beritahu saya haritu sebab tadi saya ada dengar nama dia Hanis.."
Mendengar itu puan Sri Zalia sudah menghembuskan nafas perlahan menahan emosi di dadanya kini.Berani betul Qaisy bawa masuk perempuan murahan itu ke rumah!
"ada kamu dengar apa-apa lagi?"
"ada..saya dengar Dorang nak kahwin" beritahu mak Jah membuatkan puan Sri Zalia terus membesarkan anak matanya dan mengerutkan dahinya.
"Apa!kahwin!tak aku takkan pernah biarkan pempuan tu kahwin dengan anak aku! tak!" gambar-gambar Hanis ketika dikelab malam bersama Qaisy yang di ambil oleh Joe dan Azad semalam sudah di lempar kuat Kelantai.Tak guna! perempuan sial!
panggilan telefon dimatikan oleh puan Sri Zalia.
"KAU INGAT KAU BOLEH AMBIL ANAK AKU! TAK MUNGKIN!" Teriak puan sri Zalia melepaskan segala kemarahan nya kini.Apa pun yang terjadi dia takkan pernah sekali pun membiarkan Hanis dan Qaisy bersatu! tak mungkin!
Share this novel
thankss update