29

Romance Completed 136098

QAISY melihat keluar rumah mahu melihat kelibat Hanis yang dari tadi belum sampai lagi.Sudah hampir satu jam perempuan itu belum balik lagi entah apalah yang Hanis buat sampai lambat seperti itu sekali.Badannya pun sudah panas kerana belum mandi-mandi lagi dari pagi tadi.

"mana dia ni?"kata Qaisy sudah berdiri dari kerusi kayu itu kemudian meninjau dari jendela.Mika dan Pak Halim pun sudah lama berangkat pergi memancing.

Mak Salmah yang melihat Qaisy terjenguk-jenguk di jendela itu sudah mengerutkan dahinya.hairan?

"Aik?apa yang kamu tengok tu?" Tanya mak Salmah membuatkan Qaisy sedikit terkejut dan terus menghala kebelakang menghadap mak Salmah.

"Ah? Tak saya tunggu Hanis" jawab Qaisy mengaru kepala nya yang tak gatal sambil tersenyum sedikit.

"Owh kejap lagi sampai lah tu..aik? kenapa kamu tak ikut sekali dengan Hanis tadi?" Tanya mak Salmah.Qaisy tersengih kecil.

"erm.."

Mak Salmah sudah tersenyum nipis.kepala di geling nya perlahan.Biasalah budak-budak zaman sekarang mula-mula malu nanti kalau sudah kahwin confirm berkepit 24 jam.

"Dah lah tu duduk dulu nanti dia sampai lah tu " Kata mak Salmah sambil tangannya ligat mengemas gelas-gelas bekas yang berada di atas meja.

"Baik makcik"kata Qaisy kembali duduk di atas kerusi.

selesai sahaja mengemas gelas-gelas bekas tadi perlahan mak Salmah melangkah ke dapur.

Tidak lama setelah itu terdengar bunyi motorsikal yang memarkir terus sahaja Qaisy pantas melangkah pergi ke arah hanis.kakinya melangkah tangga rumah dengan pantas.

"Mana?" tanya Qaisy.

Hanis memutarkan anak matanya 360 darjah.baru sahaja dia mahu tarik nafas sudah lelaki itu terpinga-pinga.ada juga yang kena siku dia ni karang!

helmet dibuka perlahan oleh Hanis.

"Nah ambik!"kata Hanis melempar plastik yang berisi boxer tadi ke arah Qaisy.

Qaisy menyambut kemas plastik itu.

"terima kasih tau"ucap Qaisy mengukir senyum.

"Lain kali jangan nak minta aku beli benda dalaman macam ni! malu aku! Ish!"kesal Hanis sudah turun dari motorsikal nya.Kakinya melangkah pantas masuk kedalam rumah.

Qaisy automatik tersenyum melihat tingkah Hanis tadi.baginya bila melihat wajah Hanis marah seperti itu comel sahaja.Kepala nya digeling nya perlahan senyuman dibibir masih belum lekang.

"Cute" ungkap Qaisy.Entah kenapa dia nengutarakan perkataan itu secara tiba-tiba seperti itu.kakinya perlahan menuju ke dalam rumah mahu mandi.badan pun sudah panas betul.


**

HANIS menutup pintu biliknya.Punggungnya dilabuhkan perlahan di atas kerusi kecil berhadapan cermin.Laci meja di buka tangan nya mencari-cari,terlihat satu gambar dia dan abangnya.Senyuman mengukir lembut di wajahnya.

"adik yakin suatu hari nanti mesti abah akan maafkan abang juga" kata Hanis mengukir kan senyum.Dada nya terasa sebak.Air mata mengalir pantas di pipinya terus sahaja dia mengelap air mata itu.Gambar yang berada di tangan di masukkan kembali kedalam laci.

Tiba-tiba dia terfikirkan Qaisy dan Mika.Dalam situasi sekarang ini mesti Mika juga mahu keluarga nya yang dulu kembali bersama, sama seperti dia yang mahu abang nya kembali untuk menyempurnakan keluarga nya seperti dulu.

"Mesti Mika nak mama dia balik kan"Kata Hanis sendiri.

Qaisy yang baru sahaja selesai memakai baju terus sahaja keluar dari biliknya.rambut nya yang sedikit basah di keringkannya menggunakan tuala.

"Mika mesti gembira kalau mama dia ada dekat sisi dia selalu"

Qaisy yang masih berada di muka pintu biliknya tidak sengaja terdengar kata-kata Hanis tadi,dengan pantas dia terus mendekati pintu Hanis dan melekapkan telingganya di pintu bilik Hanis.

"Aku yakin Nor satu-satu nya mama yang layak untuk Mika" ungkap Hanis membuatkan Qaisy sedikit membeku sebelum dia menjauhkan diri dari pintu bilik Hanis dan terus melatakkan tuala yang dia pegang tadi di atas katil.

Kaki nya melangkah pergi ke halaman rumah.Dengan perlahan dia melabuhkan punggungnya.Kata-kata Hanis masih di dalam kepalanya.

"Tapi aku yakin Mika akan gembira bila kau yang jadi mama dia dan selalu ada di sisi dia" kata Qaisy memutarkan kembali kata-kata Hanis tadi.dia tahu Mika sudah sangat menyayangi hanis.

"Papa!" laung mika yang baru sahaja kembali dari memancing terlihat 2 ekor ikan bersaiz besar di tangan Pak Halim.

Mika diturunkan perlahan oleh Pak Halim dari motorsikal Hondanya itu terus sahaja Mika berlari ke arah qaisy dan memeluk papanya itu.

"papa!" ungkap mika lagi.

Pak Halim tersenyum melihat gelagat Mika dan terus sahaja melangkah masuk ke dalam rumah.

"kenapa papa dengan auntie Hanis tak ikut tadi?" tanya mika.pelik?

Qaisy mengelus lembut rambut anaknya itu.Mika di bawa duduk di atas ribanya.

"papa dengan auntie ada urusan tadi"Kata Qaisy memberi alasan.

Mika hanya membentuk O di mulutnya tanda mengerti dengan kata-kata papanya tadi.Tangan Mika di gengam nya erat.

"Mika..." panggil Qaisy lembut.

"Erm" sahut mika dengan nada polos.

"Kalau Mika diberi pilihan Mika pilih mama atau auntie hanis?" Tanya Qaisy memberikan dua pilihan untuk Mika.

Mika yang tadinya tersenyum manis kini senyumannya memudar perlahan.Dia sayangkan Hanis tadi Nor juga mama kandungnya.Berat untuk dia memilih Saat ini.

Mika mengelingkan kepala nya menandakan dia tidak mahu menjawab soalan itu.Bibirnya dibawa kebawah.Terlihat pandangan matanya sayu.

Qaisy faham dengan reaksi Mika saat ini terus sahaja dia memeluk erat anaknya itu.

"Papa tahu mika tak dapat pilih kan...tak apa is okay" Kata Qaisy menenangkan anaknya itu dari memikirkan antara kedua pilihan itu.

"papa..Mika sayang sangat dekat auntie hanis Tapi...mama kan mama kandung Mika" kata mika tak mampu untuk memilih.

"Kalau papa ..papa pilih siapa?" tanya Mika kembali membuat kan Qaisy tersentak seketika.

Qaisy mengukirkan senyuman nipis untuk Mika tidak mahu Mika perasan dengan perubahan reaksi mukanya saat ini.Tak sangka Mika bertanya begitu kepadanya.

"papa pilih siapa?" soal Mika lagi.

"Papa..." Qaisy menelan air liur perlahan.

"Qaisy! mika! sini masuk rumah dah nak hujan tu awam pun macam nak mendung dah tu" laung pak halim memanggil Qaisy dan Mika untuk masuk ke dalam rumah.

"Okay atuk" kata mika bergegas turun dari riba Qaisy dan berlari pantas masuk kedalam rumah.sementara Qaisy masih kaku disitu.

"Hanis" ungkap Qaisy automatik terungkap dibibirnya.

"Woi! masuklah!" jerit Hanis memanggil Qaisy yang belum juga masuk dari tadi.Mendengarkan suara Hanis terus sahaja dia tersedar.Matanya melihat awan yang kian mendung terus sahaja dia bergegas masuk ke dalam rumah.

***

JOE melihat wajah Hanis di dalam gambar itu dengan teliti.Hampir 30 minit dia melihat gambar perempuan itu.Dia yakin dia kenal dengan perempuan di gambar itu tapi dia tidak begitu yakin.

Melihat joe termenung kan handphone nya sendiri terus sahaja Azad mendekati joe.dilihatnya Joe menatap dalam gambar Hanis.

"Woi! kau apahal tengok gambar pempuan tu macam tu sekali?" tanya Azad.

"Ah?" tersedar suara Azad di telingga nya terus sahaja dia menutup handphone nya dan diletak di dalam poket seluar belakang nya.

"tak..aku cuma pelik lah aku rasa aku kenal pempuan ni" Beritahu Joe.

"kau kenal?" Azad sedikit terkejut.

"tak pastilah...tapi aku pernah tengok pempuan ni" jelas Joe lagi.

"siapa? awek kau?"Sindir Azad malas mahu melayan sikap kawannya itu.

Joe melihat tepat ke arah Azad.

"bukan lah..tapi aku cuma yakin aku pernah tengok pempuan ni"

"Tak payah lah nak mengarut! sekarang ni lebih baik kita cari siapa kawan pempuan ni kat mana dia tinggal,kat mana dia sekarang" kata Azad sudah memakai jaket kulit hitamnya.

"yelah jom"kata Joe mengalah dengan Azad terus sahaja dia mengikuti Azad dari belakang nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience