7:00AM
TUALA yang berada di kepala katil di ambil oleh hanis lalu di lap rambutnya yang masih basah kerana dia baru sahaja siap mandi.Kemudian,alat pengering rambut di ambil lalu di 'on' untuk mengeringkan rambutnya yang basah.
Sedang dia mengeringkan rambut nya.Tiba-tiba dia teringat kan Mika.Entah kenapa dia teringat kan budak kecil itu saat ini.Hembusan nafas dilepaskan.
"Sabar is kejap lagi kau akan temukan Mika dengan Nor .." Kata Hanis menenangkan fikiran nya kini.
Senyuman dibawa ke bibir.
Alat pengering rambut di letakkan kan semula di dalam laci.rambut diikat kemas kemudian tangannya mencapai topi berwarna putih untuk di kenakan di kepalanya.
Siap!
"Hanis hari ni anggap je semua dah selesai dan lepas ni kau dah tak ada apa-apa urusan lagi dengan duda sengal tu lagi..semua dah selesai" Kata Hanis sambil mengukir senyuman di bibir nya.Kedua gigi arnab nya yang tersusun rapi menambahkan kecantikan perempuan itu.
_______
STAR CAFE
SEBELUM Qaisy dan mika sampai di cafe itu hanis tanpa berlengah lagi mengambil handphone neffos c5a nya yang berada didalam beg sandang adidas untuk memberitahu kepada Nor untuk datang ke cafe itu.Dia belum beritahu lagi Nor tentang hal ini.Dia ingat mahu buat surprise untuk kawan nya itu.Mesti perempuan itu bahagia bila melihat mika ada di hadapan matanya sendiri.
Panggilan disambungkan ....
"Asalamualaikum Nor ..Erm aku nak ajak kau lepak kejap ..dekat star cafe " Kata Hanis memulakan perbualan mereka.
Terdengar keluhan panjang Nor di dalam talian.Hanis sudah mengerutkan dahi ,hairan dengan keluhan Nor pada saat ini.
"Waalaikumsalam..is aku tak de mood lah.."Tolak Nor.
Hanis sudah mula bimbang pada saat ini .takut - takut rancangan nya mahu mempertemukan Nor dan Mika gagal.
Mahu tak mahu dia harus memberitahu tentang hal ini kepada nor.takut nanti Nor betul-betul tak mahu datang di cafe itu.Nanti sia-sia sahaja usaha nya.
"Nor-nor kejap ermmm..sebenarnya aku nak kau jumpa Mika..sebab Qaisy nak bawa mika jumpa aku kejap lagi" Jelas Hanis berharap Nor akan berubah fikiran.
Mendengarkan nama Qaisy dan mika dari Hanis sekejap tadi.Nor terus mengukir sedikit senyum.Mungkin dia masih ada lagi kesempatan untuk bersama Qaisy dan mika kembali.
"Yeke ? thanks is..kejap lagi aku sampai." Balas Nor sudah mematikan panggilan untuk bersiap-siap pergi ke star cafe yang di beritahu Hanis tadi.
Hanis turut melepaskan nafas lega.Akhirnya,Nor mahu juga pergi ke cafe itu.Syukurlah.Tidaklah usaha nya menjadi sia-sia.
Tiba - tiba dia teringat akan sesuatu terus dahinya diketuk nya sedikit kuat.
"YaAllah lupa.."
Aplikasi WhatsApp di ketik untuk mengchat nor .Mahu mengingatkan agar tidak memunculkan diri dihadapan Qaisy Nanti takut - takut nanti Mika tidak boleh bertemu dengan Nor.
Hanis : "Nor..nanti kau tunggu kejap tau dekat meja belakang ..lepas Qaisy balik baru kau pergi dekat mika..oke?"
Beritahu Hanis .Risau pertemuan Mika dengan Nor akan gagal.Dia sudah berusaha sehabis mungkin untuk rancangan solo nya ini .Nanti tak pasal - pasal semuanya gagal.
Namun.Chatnya itu langsung tidak dibalas oleh Nor .Keluhan kecil di hembuskan nya.
"Calm down is..Nanti dia bacalah tu" Kata Hanis menenangkan dirinya sendiri.
1 JAM BERLALU
HANIS yang sudah lama menunggu di situ sudah mula merasa bosan.Mulutnya pun asyik menguap sahaja sejak tadi.Sebenarnya lelaki itu ingat atau tidak tentang janji hari ini? Jangan cakap duda sengal itu lupa? makan juga penumbuk sulung perempuan itu karang!
"Aduhhh! mana ni?lembab betullah!" Rungut Hanis.Coffee latte yang di ordernya tadi pun sudah habis di minumnya.
Hanis membuka topi nya lalu di kibar - kibar di muka nya .Bukan sebab dia panas cuma mahu menyejukkan amarahnya saat ini sahaja.
"Ish! dia lupa ke?" Matanya melihat sekeliling .Nor pun belum ada di situ sebaiknya baik dia beritahu Nor pasal hal ini.mahu tunggu berapa lama lagi ? setahun?
"Ni aku malas ni ! dah janji tapi ..Aish!" Hanis terus bangkit dari kerusi nya .Kakinya melangkah mahu meninggalkan meja nya itu.Beg sandang yang berada di atas meja di gapainya.
Belum sempat dia mahu mahu mencapai beg sandang adidas nya itu.Qaisy sudah memegang kedua tangan Hanis untuk menghentikan hanis.
Hanis Zalikha terhenti seketika .Anak matanya melihat tangan Qaisy yang masih memegang tangannya itu.Entah kenapa badannya seakan kaku pada saat ini.Air liur di telan perlahan.
Anak mata Qaisy menatap Hanis .Hanis yang diperlakukan seperti itu sudah tak tentu arah terus sahaja dia melarikan pandangan nya dan mengambil cepat tangannya kembali.
Fuh! bahaya kalau dipandang lama - lama.Boleh berhenti degupan jantung dibuatnya!
Hem!
Hanis menyelipkan sedikit rambutnya yang terjuntai di belakang telinga.
"Ka..kau apa..Sal lambat ?" Suara Hanis seakan - akan tersekat di kerongkong.
"Owh saya tengah tunggu ayam jantan bertelur tadi"Beritahu Qaisy sambil melihat Hanis.Wajahnya masih beriak datar.
Hanis sudah memandang ke sisi sambil bibirnya mengukir senyum sengit.Entah lelaki itu buat lawak atau tidak dia rasa macam mahu cakar-cakar sahaja muka lelaki itu sekarang.Langsung tiada reaksi!
"Ha Ha kelakar ! mana Mika ?" Ungkap Hanis.Matanya sempat melihat pintu depan cafe itu.Dilihatnya kereta Myvi Nor sudah memarkir di depan cafe itu.Kemudian,Matanya kembali melihat qaisy.Nasib baiklah dia tidak sempat untuk beritahu Nor pasal Qaisy tidak jadi datang hari ini,iyalah.dia ingat duda sengal itu lupa akan janji mereka hari ini ternyata tidak. nasib lah..
"Mika mana ?" Soal Hanis lagi bila tidak dapat jawapan dari Qaisy.
"Tu.." Jari telunjuk Qaisy sudah mengarah ke arah mika yang sedang menuju ke arah mereka sambil membawa kotak berwarna merah di tangannya kini.
Hanis melihat kearah Mika.
"Nah untuk mama!"Kata mika mengukir senyum lebar menampakkan kedua lesung pipit nya.
Hanis melihat ke arah Qaisy .
"Untuk aku ?" Soal Hanis lagi.Tak yakin.
Qaisy hanya mengangguk.
"satu hal..saya tak nak lah awal fikir bukan-bukan kan..hadiah tu dari Mika bukan dari saya.jangan over thinking sangat lah " Beritahu Qaisy.Tak mahu perempuan gangster itu fikir yang lain-lain pula nanti.
Hanis sudah menjelingkan anak matanya.
'eleh..kau ingat aku nak sangat dengan kau..ehh mamat ni..besar kecik!besar kecik je!' Kata hati Hanis.Geram dengan kata -kata Qaisy tadi.
Hanis memandang Mika tulus.Pipi Mika di elusnya perlahan.Lalu hadiah yang di berikan oleh mika untuknya di ambilnya.Kerusi di sebelah nya di tarik nya untuk mika duduk di kerusi itu.
"Mama buka lah!" Kata mika.Menyuruh Hanis membuka kotak berwarna merah itu.
Hanis mengukir senyum.
Kotak merah di ambil nya lalu dibuka perlahan.
Sebaik sahaja kotak itu dibuka.Hanis terus membuka topi nya lalu mengaru kepala nya yang tak gatal.Aduh! Mika pun hadiah memang di luar pemikiran dia.
"Cantik tak ?"Soal Mika.
Hanis membelek-belek baju kurung berwarna biru yang di hadiah kan oleh Mika.Senyuman nipis diberikan untuk Mika.Sumpah! seumur hidupnya hanya 2 kali sahaja dia pernah pakai baju kurung itupun dulu masa dia berumur 5-6 tahun.
"Mama suka tak ?"
"Ah? ah..ha'ah Suka Mika ..akak suka sangat !terima kasih Mika..lain kali hadiah kan lah high heels sekali ye.."Ucap hanis.lalu mengelus rambut Mika.
Qaisy menoleh ke sisi lain.Tangannya menutup separuh muka nya lalu bibirnya sudah bergetar menahan tawa.Sebenarnya dia yang suruh mika untuk hadiah kan sepasang baju kurung untuk Hanis.Saja mahu kenakan perempuan jadi-jadian itu.Baru padan muka !
Sementara itu,
Anak mata Hanis sempat melihat di sekeliling cafe itu mahu mencari sosok kawannya itu.Namun dia langsung tak terlihat Nor sejak tadi.peliknya kereta Myvi milik Nor ada pula di depan cafe itu.
Kening dikerutkannya.
Tidak lama itu terlihat Nor yang sudah melangkah pantas meninggalkan cafe itu di depan matanya kini.Dilihanya Nor sudah masuk ke dalam kereta Myvinya dan mula meninggalkan cafe itu.
Matanya kekiri - ke kanan tidak tahu apa yang di fikirkan oleh Nor .Bukankah dia sudah katakan mahu temukan dia dengan Mika jika Qaisy sudah tidak ada di sana.
Perasaan nya sudah semakin tak keruan.Takut - takut Nor salah sangka dengan apa yang perempuan itu lihat.
Share this novel