9

Romance Completed 136098

3 JAM telahpun berlalu kereta Mazda milik Qaisy masih lagi diperbaiki oleh Ikmal.Hanis yang dari tadi sibuk memeriksa Peralatan baru untuk bengkel mereka sesekali melihat Qaisy yang dari tadi kehulu - hilir sambil melihat jam di tangannya berkali - kali.

Peluh yang berada di dahi Hanis di lap perlahan.Topi di atas meja di ambil lalu dikibar - kibar agar sejuk sedikit lalu di pakai kemas.kaki melangkah mendekati Qaisy.

"apasal kau ni?" Tanya Hanis .

Qaisy menghadap Hanis dengan pantas jam di tangan di tuju kan di hadapan mata hanis.memberitahu perempuan itu sudah 3 jam dia menunggu di situ.

"bengkel awak memang lembik macam ni ke ?lambat...awak ingat saya ada masa nak tunggu selambat ni?" Qaisy meraup rambut nya kebelakang.

Hanis sudah memutarkan anak matanya 360 darjah menyampah dengan sikap lelaki itu .Sudah dia bantu baik-baik, tunggu sahajalah banyak bebel pula !

Hembusan nafas dilepaskan oleh Hanis .matanya tiba-tiba tertumpu ke arah motorsikal Yamaha Y15ZR nya itu.

"kau nak pergi kerja kan? kau pinjam lah motor aku dulu..tapi ingat nanti petang bagi balik" Kata Hanis sedikit bertimbang rasa .sekali sekala dia berbaik dengan lelaki itu apa salahnya.

Qaisy sudah melihat tepat ke arah motorsikal itu lalu terdiam seketika.Air liur ditelan nya kelat.kemudian,Tangan kanannya meraup wajahnya pantas.Tak keruan !

Melihat tingkah Qaisy .Hanis sudah mengerutkan kening .hairan.

"kenapa kau malu kalau orang tengok kau tunggang motor?" Teka Hanis .ya biasalah CEO syarikat mana mahu guna motorsikal seperti itu pergi office.dasar sombong !

Qaisy masih berdiam diri.

Hanis sudah mula malas mahu melayan sikap lelaki itu.dia sudah bantu baik - baik tapi lelaki itu yang tidak mahu jadi bukan salahnya .

"Tak nak sudah !" Bidas Hanis mahu kembali menyambung kerja nya tadi.

Qaisy sudah menggaru-garu kepala nya yang tak gatal.Matanya melihat Hanis yang sudah melangkah semakin jauh.Sebenarnya, dia mesti cepat ke office,banyak lagi kerja yang belum dia siapkan.

"Erm..saya tak reti bawa motor"ungkap Qaisy.Jujur.Pipi nya sudah mula memerah.zaman sekarang memang pelik kalau lelaki tak reti bawa motorsikal tapi buat macam mana dia memang tak reti!

Mendengar itu bibir Hanis sudah bergetar ingin tertawa sekuatnya.Namun,cuba untuk dikawalnya.Patutlah diam sahaja bila dia suruh bawa motorsikal nya tadi.

'muka macho tapi naik motor tak reti..' Bisik hati Hanis.

Hem!

Deheman dilepaskan oleh Hanis agar ketawa nya itu tidak terkeluar dari bibirnya.Dia terus melangkah menuju ke arah Qaisy.

Anak matanya melihat Qaisy dari atas dan bawah .Bibir di sengitkan oleh Hanis.Nafas ditahan seketika.

"HAHHAHAHABAHA!!!ADUH...LAWAK AH KAU NI!HAHAHHAHA!" Gelak besar Hanis dibuatnya.Tak sangka Qaisy tak reti bawa motorsikal.

Qaisy sudah melihat ke sisi .malu bila di remehkan seperti itu oleh Hanis .baru kali ini dia di ketawa kan seperti itu sekali.wajah mula bertambah panas.

Ikmal yang melihat Hanis tertawa seperti itu sekali menunduk ke lantai.Baru kali ini dia melihat Hanis tertawa lepas seperti itu.Selama dia kenal Hanis dia tidak pernah membuat Hanis ketawa seperti itu sekali.

perasaan cemburu nya tiba-tiba muncul.Wajahnya hanya datar sahaja dari tadi semenjak Qaisy di situ kerana dia dapat rasakan Hanis dan Qaisy kenal antara satu sama lain.

Sementara itu Qaisy yang sudah semakin naik emosinya melihat Hanis yang dari tadi mentertawakan nya.sekaligus malu dengan diri nya sendiri.

"Banyak lagi lelaki yang tak pandai bawa motor kat dunia ni..bukan saya je..so kalau awak nak ketawa kan saya pergi ketawa kan semua lelaki kat Malaysia ni yang tak reti bawa motorsikal." Kata Qaisy cuba mempertahankan dirinya sendiri.

'Alah dah lah tak reti bawa motor ..nak tunjuk pandai pula ' kata hati Hanis.dia menghentikan ketawanya itu.ialah takut-takut ada pula duda naik hantu nanti.

"really..are you sure? Ada banyak lelaki yang tak reti bawa motorsikal..ha'ah ye banyak tapi lelaki yang ni jelah.." Hanis terus menjatuhkan tangan kanannya dengan lemah lembut memberi isyarat sebagai 'lelaki lembut' sahaja yang tak reti naik motor.

Qaisy bertambah naik panas terus sahaja dia mengeluarkan handphone nya mahu pesan grab sahaja daripada dia lama-lama disitu buat sakit hati nya sahaja.

Melihat tindakan qaisy.hanis sudah semakin serba salah nanti Qaisy tak bagi dia jumpa dengan Mika .jadi masalah pula nanti.

"Okay..okay..Tak payah lah sampai nak order grab bagai,Ialah aku tolong kau..dah jom! tak payah nak merajuk bagai" Kata hanis cuba memujuk Qaisy kembali.kakinya melangkah ke arah motorsikal Yamaha Y15ZR nya itu.

Motorsikal Yamaha Y15ZR nya di start untuk memanaskan enjin.Qaisy meletakkan kembali handphone nya di poket seluarnya.Kaki melangkah mahu duduk di belakang Hanis .

helmet diberikan pada Qaisy.

Hanis tersenyum secara tiba-tiba.

'Ini kesempatan ni..' kata hati Hanis .ada sesuatu yang dia fikirkan kini.

"Pegang bahu aku nanti jatuh pecah kepala aku tak tanggung" beritahu Hanis.

Qaisy menelan air liur nya kelat.

"Cepatlah pegang!"

"Okay..kejaplah,sabar" Qaisy dengan teragak-agak memegang bahu Hanis dengan kuat takut jatuh sahaja nanti.

Hanis sudah mengukirkan senyum di bibir.Lalu memecut laju.Sengaja dia bawa laju-laju mahu mengenakan lelaki itu.Baru padan muka!

___________

DALAM perjalanan itu Qaisy yang tadinya mahu tidak mahu memegang bahu Hanis kini sudah semakin erat memeluk pinggang perempuan itu,Apa tidaknya Hanis pandu sudah macam minah rempit.Mahu tergolek dia kalau tidak pegang sekuat itu.Habis terbang baju lelaki itu kerana angin yang begitu deras.

"Uii pelan lah sikit!" jerit Qaisy.

Hanis hanya tersenyum-senyam mendengar suara Qaisy yang seakan-akan panik semacam.

"lek ah...injoYYYYY!" Balas hanis .

***

SAMPAI sahaja di hadapan office Hanis memarkir kan motor nya dengan sempurna.Qaisy dengan pantas turun dari motosikal itu.Helmet dibuka oleh Qaisy lalu terus dilemparkan ke arah Hanis.

Habis baju Qaisy sudah tunggang langgang begitu juga dengan rambutnya.Rambutnya yang sudah kucar-kacir di rapikannya.

"pempuan kaki rempit !"Bidas Qaisy.Kakinya melangkah cepat masuk kedalam office.Kalau dia tahu dia pesan sahaja grab tadi tidaklah dia sengsara begini.

Sebaik sahaja Qaisy sudah tidak kelihatan.Hanis sudah tertawa lepas.Akhirnya,dapat juga dia kenakan duda sengal itu.

"jarang aku dapat pelukan dari duda..hahhahaha aduh..Hanis..hanis.bijak!" Puji Hanis terhadap dirinya sendiri.Dia kembali memanaskan enjin untuk pergi ke bengkel nya semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience