MIKA menuju ke arah puan Sri Zalia iaitu Nenek nya.Senyuman di berikan oleh mika.Puan Sri Zalia terus mendepa kan tangannya tanda untuk memeluk Mika cucu tunggal kesayangannya itu.
Sampai sahaja Mika di hadapan puan Sri Zalia Mika terus memeluk erat neneknya itu begitu juga dengan puan Sri Zalia.
"Nek..Mika teringiiiinnnnnnn sangat peluk mama macam Mika peluk nenek"Kata mika sambil melihat Puan Sri Zalia.
"Mama?"Soal puan Sri Zalia.
"Erm.mama..mama Hanis" beritahu Mika sambil melihat wajah neneknya itu.
"Mama hanis? mika...nama mama Mika Nor Farina..mana datang Hanis ni ah?siapa mama Hanis? Mika salah nama ye?"Beritahu puan Sri Zalia membetulkan nama Nor .Tak mungkin ada orang lain yang mika panggil sebagai mama selain Nor.
Rambut Mika diusapnya.
"Taklah bukan mama yang tu..mama yang tu pun Mika sayang,tapi..mama yang tu dah jahat dengan papa.."
Puan sri Zalia hanya melihat wajah Mika dengan pandangan sayu.senyuman nipis diberikan untuk cucu nya itu.Kesian dia melihat nasib Mika.Mika anak yang cerdik,pintar dan ceria sahaja tapi dia tahu didalam hati cucunya itu pasti menginginkan kasih sayang dari sosok seorang ibu.
Walaupun dia dan Qaisy sudah memberikan sepenuh kasih sayang kepada mika tapi siapa yang tahu hati anak kecil itu....
"Habis tu.kalau bukan mama yang tu ..mama mana?" Soal puan sri Zalia ingin tahu siapa yang di katakan oleh Mika.
"Mama hanis..jap mika ambil iPad Mika nak tengok kan nenek.." kata mika lalu pantas berlari menuju ke arah biliknya.Puan sri Zalia hanya tersenyum sahaja melihat telatah cucunya seorang itu.
"Mika ! hati-hati naik tangga tu .. jatuh nanti" pesan puan sri Zalia sambil mengelingkan kepalanya.
Tidak lama itu Mika terus turun ke bawah mahu menuju ke arah nenek nya.
"Nah" kata mika memberikan iPad nya kepada puan sri Zalia.puan Sri Zalia melihat gambar seorang perempuan yang tertera di layar iPad itu.Kening nya bersatu antara satu sama lain.
Tak pernah pula dia nampak muka perempuan itu sebelum ini.siapa dia?
"Ni lah mama Hanis..cool tak?" Kata mika sambil tersenyum lebar.
Cool?cool memang cool tapi pelik dia lihat penampilan perempuan itu.Tak seperti kebanyakkan perempuan yang suka bergaya sana sini. perempuan yang dia lihat di layar itu terlihat selekeh dan wajah perempuan itu pun terlihat sinis dengan pandangan mata yang tajam.
"Ini mama Hanis?" soal puan sri Zalia ingin kan kepastian.
"Em'em..mama baik tau nek..baikkkkkk!!!sangaaaaatttttt" kata mika menekan setiap baik kata yang dia tuturkan tadi.
"owh.."balas puan sri Zalia.ringkas sambil memberikan senyuman nipis ke arah mika.
"Baikkkkkk..macam ni" kata mika lagi sambil menunjukkan ibu jari nya kehadapan mata puan sri Zalia .Puan Sri Zalia tersenyum melihat cucunya seorang itu.
"Asalamualaikum"
Satu suara memberikan salam terus membuatkan Mika dan puan sri Zalia melihat kearah pintu utama yang tidak berkunci sama sekali.
Melihat sahaja Qaisy sudah masuk kedalam rumah itu,Mika terus berlari kearah Qaisy.Qaisy dengan pantas menangkap Mika ke pelukan nya dan mengendong anaknya itu.
"Rindu papa ke?" ucap Qaisy sambil menggosok kan hidung nya ke arah hidung mika.geram dengan anaknya itu.
"Rindu.."Balas Mika .
Puan sri Zalia melihat tepat kearah Qaisy dia masih ingin tahu lebih dalam tentang Hanis.
"Em..Mika pergi masuk bilik dulu sayang..nenek nak cakap sesuatu dengan papa" kata puan sri Zalia lembut.
mendengarkan itu Qaisy sudah menurunkan Mika ke lantai semula.Mika dengan perlahan melangkah pergi ke dalam biliknya .melihat bayang Mika sudah tidak ada di pandangan puan sri Zalia terus sahaja puan sri Zalia menyuruh Qaisy duduk di sebelahnya kini.
Qaisy hanya mengikuti kemahuan mama nya itu.
"Qaisy ada sembunyi kan apa-apa ke dari mama?"
"Sembunyikan apa ma?" Soal Qaisy kebingungan.
"ni siapa?" Soal puan Sri zalia.serius sahaja wajah nya kini sambil melihatkan iPad milik Mika tadi ke arah Qaisy.
Qaisy melihat ke arah skrin iPad tersebut.Hanis?
"Dia..Hanis Zalikha.." jawab Qaisy.
"Siapa dia?" Soal puan Sri Zalia.
"Hanis Zalikha..why ma? apa yang salah dengan dia?" soal Qaisy.
"Apa hubungan kamu dengan dia? dengan Mika? sampai Mika panggil dia mama?" soal puan sri Zalia bertubi-tubi.Ingin tahu apa hubungan perempuan itu dengan qaisy.sampai senang-senang sahaja Mika panggil perempuan itu mama.
"kawan..tapi jujur dalam hati.. Qaisy cintakan dia..apa masalahnya ma kalau Mika panggil dia mama pun? salah?"Luah Qaisy cuba jujur dengan hatinya kini.
Mendengar penjelasan Qaisy.Puan Sri Zalia sudah memandang tajam ke arah Qaisy entah apa yang salah dengan pemikiran lelaki itu.dia pun tak tahu apa yang anaknya itu fikirkan sampai jatuh cinta dengan perempuan yang tak terurus seperti itu.
"Ofcous salah! dulu dengan nor ? Apa jadi? ceraikan ? sekarang dengan perempuan yang macam ni?tomboy macam ni? macam mana nak jadi mama Mika!!!"
"Ma...dia tak sama macam perempuan lain.."
"Iya memang tak sama sebab dia ni dua alam!!"Kata puan sri Zalia kemudian bangkit dari sofa yang dia duduk .Hembusan nafas kasar dilepaskan oleh puan sri Zalia.Pening kepala memikirkan kenapa Qaisy boleh jatuh cinta dengan perempuan selekeh seperti itu.
Qaisy turut bangkit dari sofa nya.mata nya masih melihat puan sri Zalia.
"Ma..Qaisy tak pernah tengok mika bahagia bila dengan Nor dulu tapi bila dengan Hanis..Mika bahagia ,Qaisy pun tak pernah tengok mika sebahagia tu"
"Qaisy..walau apa pun kamu kata..mama tak suka perempuan ni! mama tak suka!! perempuan macam ni yang Qaisy nak! ah! Tak Ada perempuan lain lagi ke ?"
"Entahlah ..mama tak faham dengan pemikiran kamu ni? aihhhhh!" Keluhan kasar dari puan sri Zalia kemudian meninggalkan rumah Qaisy .lagipun dia di sini tadi cuma mahu menjaga Mika tapi lain pula yang dia dapat.Dia takkan pernah suka perempuan seperti itu langsung tiada rupa wujud perempuan! Entah-entah dari latar belakang keluarga yang tak baik!
Qaisy menarik dan menghembuskan nafas nya serta merta.
"Hanis tak macam orang fikirkan...." Ungkap Qaisy kemudian memejam kan matanya dan membuka kembali sebelum naik untuk masuk ke dalam biliknya.penat!
****
BENGKEL
5:30 PM
HANIS meraup kepala nya perlahan.topi yang di pakainya dibuka.Lututnya seakan lemah bila melihat motorsikal Yamaha Y15ZR nya sudah hancur berkecai seperti itu.Pandangan nya sayu melihat motorsikal nya itu sambil melutut menghadap motor nya.
"Kenapa boleh jadi macam ni?! aku dah pesan dah hari tu dekat kau! jaga motor aku! jaga ! itu pun susah ke!"Hanis sudah meninggikan nada suara nya kini membuat kan Ikmal terdiam beku di belakangnya.tak berani untuk bersuara bila Hanis Semarah itu.jarang Hanis marah seperti ini.
"Aishh!!! dah rosak habis dah motor aku! siapa punya kerja!!!"Nada Suara Hanis sudah semakin kasar dan kuat.Hanis terus melihat Ikmal yang berada di belakang nya kini.
"Nor..dia datang tadi.."Beritahu Ikmal.
"Nor? eh pempuan Ni! memang nak kena dengan aku! bagi kunci motor kau!" Minta Hanis sambil menghulurkan tangannya meminta kunci motor dari Ikmal .
Ikmal dengan pantas menyeluk poket seluar nya untuk mencari kunci motor kemudian diberi kepada Hanis .
Hanis mengambil kunci motorsikal nya lalu melangkah ke arah motorsikal.motorsikal di tunggang nya lalu memecut laju.
_________
"Nor!!! keluar!" teriak Hanis.
Nor yang mendengarkan laungan Hanis terus membuka pintu nya dan menuju ke arah Hanis.Senyuman sinis diberikan untuk Hanis.
"Apa kau buat dengan motor aku?ah! kau tau tak aku sayang motor aku tu!!!"tengking Hanis .
"so? ada aku kisah? kau hancurkan hidup aku boleh pula! takkan lah setakat motor buruk tu hancur kau dah meroyan macam ni?!"
"Meroyan? eh nor! kau yang meroyan! aku rasa kau dah lupa Kut ..kau kan yang melutut merayu macam pengemis nak aku kahwin dengan duda kau tu! ah! lupa!" Amarah di hati Hanis sudah semakin membuak-buak.
Mendengarkan kata 'pengemis' dari Hanis .hatinya mulai panas.
"memang! memang aku yang nak kau kahwin dengan Qaisy...tapi aku dah cakap kat kau yang aku nak batalkan semuanya! tapi kau sengaja kan! sengaja nak teruskan sebab kau tu dah gatal! pempuan murahan!!"
"kau sedar lah diri kau tu! pempuan macam kau nak jadi mama Mika! hahahhahahaha! jangan mimpi..aku yang lahir kan Mika aku yang mengandungkan dia 9 bulan! kau siapa ? you are Nothing! sundal!" Kata Nor meluahkan segala kesakitan hatinya selama ini dengan Hanis.Hanis memang tak layak hidup dengan Qaisy dan Mika dia sahaja yang layak! .
Hanis sudah membulatkan anak matanya.dia sudah mendekat menghadap Nor.Tanpa ragu dia menampar kasar pipi Nor sehingga wajah perempuan itu terpaling ke tepi.Kaki nya dengan pantas memejak kuat kaki Nor.
"ARGHHHHHH!!! lepaskan lah kaki aku! sakit!" erengan Nor merasakan kesakitan di bahagian kakinya itu.Dia berusaha lari dari kaki Hanis namun tidak berdaya.
"sekali lagi kau cakap aku sundal,perempuan murahan! mati kau aku kerja kan!"Amaran Hanis kemudian melepaskan kaki nya dari kaki Nor lalu menaiki motosikal itu untuk pergi dari rumah Nor.
Melihat Hanis sudah lari dari situ.Nor terduduk di atas lantai di depan rumahnya sebelum mengusap kakinya yang terlihat semakin membiru dan memerah.
"Kau ingat aku takut dengan kau! kau tunggu ! aku akan buat lagi teruk dari yang kau buat dekat aku!!! look and see!" Ungkap Nor bangkit dari lantai itu dan mula berjalan terinjut-injut kerana kesakitan di kakinya untuk masuk ke dalam rumah.
Dia tak akan biarkan Hanis begitu sahaja!
Share this novel