35

Romance Completed 136179

2 HARI BERLALU

AZAD memutar stereng kereta nya menuju ke arah rumah puan Sri Zalia ingin memberitahu semua maklumat tentang Hanis yang Joe beritahu nya 2 hari lalu.Kali ini dia pasti duit seratus ribu ringgit itu akan berada ditangan mereka.Apa yang mereka fikirkan hanya duit sahaja saat ini.

Setelah sampai di halaman rumah puan Sri Zalia.Azad menghubungi puan sri Zalia untuk menyuruh orang tua itu membuka kan pagar untuk mereka masuk kedalam rumah yang mewah itu.

"Aku yakin bro Kali Ni orang tua tu akan bagi kita lebih banyak duit"Kata Joe melihat wajah azad.puas hati!

Azad Hanya melihat Joe dari hujung matanya dan tersenyum penuh makna.sudah tentu mereka akan dapatkan duit itu!

Tidak lama itu terlihat pintu pagar yang tadinya tertutup rapat kini terbuka dengan serta merta terus sahaja kereta itu di biarkan di luar pagar.kaki mereka terus turun dari kereta menuju ke dalam rumah.

Sampai sahaja di hadapan pintu rumah puan Sri Zalia,Joe dan Azad saling memandang antara satu sama lain.Kaki mereka serentak melangkah memasuki rumah itu.

masuk di dalam rumah mereka terus menuju ke arah ruang tamu kerana terlihat puan Sri Zalia sudah duduk di sofa itu.

"duduk" Arah puan Sri Zalia.

Joe dan Azad saling memandang wajah masing-masing sebelum melabuhkan punggung mereka di sofa itu.

"Macam mana ? korang dapat apa yang saya nak?" tanya puan Sri Zalia melihat tepat ke arah mereka berdua.Ya! walaupun dia tahu Qaisy dan Nor akan berkahwin tidak lama lagi tapi dia juga tahu hanis akan tetap menganggu kehidupan mika.cucunya!

oleh sebab itu dia meneruskan rancangan nya ini untuk mencari tahu asal usul Hanis Zalikha.

"Perempuan ni memang tak baik puan.." jelas Joe yakin dengan apa yang dia katakan.

Puan Sri Zalia sudah melihat Joe tepat dan mengukirkan senyuman datarnya.Ya..dia memang tahu Hanis memang bukan perempuan baik.lihat sahaja dari luaran perempuan itu langsung tak mencerminkan seorang perempuan yang dari kalangan keluarga yang baik tapi dia tetap mahu tahu apa maksud di sebalik kata-kata Joe tadi.

"maksud kamu ?" tanya puan Sri Zalia.

"Perempuan ni..kalau puan nak tahu abang dia bekas banduan, baru keluar dari penjara sebab membunuh" jelas Joe lagi.

"lagipun abang dia tinggal kat rumah kami berdua sekarang ni" sambung Azad.

Puan Sri Zalia sudah membesarkan kedua anak matanya.Tak sangka latar belakang Hanis lebih teruk dari yang dia bayangkan!pembunuh!takkan pernah dia biarkan adik daripada seorang banduan muncul dalam hidup keluarga nya.

"Pembunuh! saya dah agak dah perempuan tu memang nak hancurkan anak dan cucu saya!" Puan Sri Zalia merasa sedikit takut dengan keadaan Mika yang masih tetap sayang dengan perempuan jahat itu.Dia takut suatu hari nanti Mika pula jadi mangsa pembunuhan

Kalau sudah abang bekas banduan memang tak menjamin cucu nya itu selamat bila di sisi Hanis!

Tiba-tiba terdengar bunyi kereta Mazda milik Qaisy sepasang mata puan Sri Zalia terus menghadap dimuka pintu.Dia tahu itu bunyi kereta anaknya.Beberapa saat terlihat sosok Qaisy yang mendokong Mika.

Mika di letakkan nya perlahan di atas sofa.wajah puan Sri Zalia dilihat nya.Ada sesuatu yang tak kena dengan keadaan sekarang ini dilihatnya lagi dua orang lelaki yang berada di hadapan mamanya itu.

"Mika...Mika naik atas dulu" arah Qaisy menyuruh Mika untuk naik ke atas.mika hanya mengangguk dan terus pergi ke bilik atas.

"kenapa ni?" tanya qaisy.dia hanya sekejap sahaja singgah di rumah mama nya ini kerana dia mahu menitip kan mika kepada mamanya sehingga dia balik kerja.

"mama nak kamu buat Mika benci dengan pempuan jahat tu!" kata puan sri zalia bernada tegas.

Qaisy sudah mengerutkan keningnya.siapa yang mamanya itu maksudkan? Hanis? setahunya sudah 2 hari dia dan Mika tidak berjumpa dengan perempuan itu.Lagipun sejak Hanis mengatakan kata cinta saat itu dia masih belum kuat untuk menatap wajah perempuan itu lagi.

"Hanis?" teka Qaisy agak ragu.

Hembusan nafas kasar dilepaskan oleh puan sri Zalia.

"Siapa lagi! mama tak nak Mika ada rasa sayang dengan pempuan tu ! sikit pun mama tak nak!"

Mendengarkan itu Qaisy sudah melihat wajah puan Sri Zalia tepat.

"Ma tak payah risau..Mika takkan jumpa dengan Hanis lagi..lagipun Qaisy pun dah nak kahwin dengan Nor kan,kalau Mika masih sayangkan Hanis itu hak dia ma.. tapi Qaisy akan pastikan dia takkan jumpa dengan Hanis lagi"jelas qaisy.berat untuk dia katakan tapi itu hakikatnya.

"Sama je Qaisy! kalau Mika tetap sayang kan Hanis kamu tak takut dia lari lagi macam hari tu!kamu nak anak kamu mati!"bidas puan Sri Zalia.Dia pasti Mika akan buat hal lagi macam hari itu,lari entah kemana?!.Susah kalau seorang anak yang sayang dengan seseorang untuk dilepaskan.sayang itu sangat tulus tapi malangnya Mika hanya salah orang untuk diberikan rasa sayang itu.

Hanis! perempuan jahat itu yang dipilih oleh Mika!

Qaisy sudah melepaskan nafas nya perlahan.Apa yang dikatakan oleh mamanya itu memang betul tapi dia tak boleh buat apa-apa kalau Mika masih ada rasa sayang dan kasih itu untuk Hanis.itu hak Mika!

Entahlah dia tidak tahu mahu cakap lagi pada mamanya...

"Dahlah ma..Qaisy nak pergi office Dulu"
pamit Qaisy meninggalkan puan sri zalia.sempat dia memberikan huluran tangannya untuk mamanya itu namun puan Sri Zalia hanya mengabaikan nya.

Dia langsung melangkah pergi meninggalkan rumah itu untuk pergi ke office.Kepala nya pun tiba-tiba terasa pening.

Joe dan Azad yang dari tadi hanya melihat pertengkaran antara dua beranak di hadapan mereka tadi kini melihat antara satu sama lain.

"Puan..sekarang ni puan dah dapat apa puan nak..mana upah kami"kata Azad meminta upah yang telah dijanjikan oleh puan Sri Zalia pada waktu itu.

Puan sri Zalia mengambil satu sampul surat di dalam handbag nya dan memberikan sampul itu kepada azad.azad yang mendapatkan sampul itu sudah tersenyum melihat joe.akhirnya mereka dapat juga apa yang mereka mahukan!

Mereka berdiri serentak untuk berlalu dari rumah itu.kaki melangkah penuh bahagia di wajah mereka kini.

"tunggu"kata puan Sri Zalia menghentikan langkahan kaki dua orang lelaki itu.

Azad dan Joe serentak melihat ke arah puan Sri Zalia.

"Saya nak kamu berdua lenyap kan perempuan tu..tapi saya tak nak kamu berdua yang buat kerja ni" Ungkap puan Sri Zalia.

Azad mengerutkan dahinya.kalau bukan mereka berdua? siapa?

"Jadi puan nak siapa yang lenyap kan pempuan tu?" tanya Joe seakan tahu apa yang ada di fikiran Azad.

Senyuman sinis terukir di bibir puan sri zalia kemudian mata nya melihat tepat ke arah Joe dan azad.

"Abang dia sendiri"kata puan Sri Zalia.

Anak mata Joe dan Azad sudah membesar terkejut dengan permintaan puan Sri Zalia.Tak mungkin Iskandar akan melakukan hal itu walaupun Iskandar seorang bekas pembunuh tapi takkan lah lelaki itu mahu membunuh adiknya sendiri!?mustahil!

"Ta-tapi puan" Joe tak merasa perkara itu patut untuk dilakukan mendengar kan sahaja sudah merasakan itu sangat kejam! macam mana puan sri Zalia memikirkan hal sekejam itu?

"Kenapa? dia kan pembunuh.."

"tapi puan.."

"Saya akan bayar kamu berdua 1 juta ringgit untuk buatkan abang dia sendiri yang bunuh adik dia! itu syarat nya!saya nak tengok tangan abang dia sendiri yang sentuh darah pempuan tu!" ungkapan puan Sri Zalia tegas.

Azad dan Joe sudah melihat antara satu sama lain.Kepala mereka menangguk tanda setuju dengan apa yang puan Sri Zalia katakan tadi.1 juta ringgit! siapa yang tidak buta mata bila mendengar duit sebanyak itu!

"baiklah kami akan pastikan hal tu akan berlaku depan mata puan sendiri" kata Azad.yakin tanpa ragu sama sekali.

"pergi" perintah puan Sri Zalia.

Joe dan Azad terus pergi meninggalkan rumah itu.

MIKA yang mendengarkan segala-galanya dari mulut neneknya dan dua orang lelaki tadi sudah menutup mulutnya agar dia tidak mengeluarkan satu suara sama sekali.kaki nya melangkah perlahan menuju ke biliknya semula.

Pintu ditutup nya rapat.

Air mata anak kecil itu mengalir pantas.

"Mika tak nak kehilangan mama" rintih Mika tak mampu untuk kehilangan seorang perempuan yang dia sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience