"Is!nanti kau tolong belikan bateri kereta kat kedai yang selalu kita beli tu ..aku lupa lah nak oder semalam" Pesan Ikmal kawan sekerja Hanis.Hanya Ikmal dan hanis sahaja yang mendirikan bengkel itu bersama-sama.Jatuh bangun bengkel itu mereka sahaja yang tahu sehinggalah keadaan ekonomi bengkel itu sudah semakin stabil dan membaik seperti sekarang.
Tayar kereta di main-main kan oleh Hanis.Entah kenapa dia masih memikirkan kata-kata Nor semalam.Topi nya di buka dan di pakai semula.Runsing!
Pak!
Ikmal yang melihat Hanis asyik melamun tak tentu arah itu terus menampar bahu milik Hanis dengan kuat .menyedarkan perempuan itu dari lamunan panjangnya.
"Woi! kau dengar tak apa aku cakap tadi?" Kata Ikmal.
Hanis terus memandang wajah Ikmal sambil tangannya mengelus bahu nya yang sudah memerah di tampar oleh Ikmal tadi.
Keluhan kecil dikeluarkan oleh Hanis.
"Apa?"
Ikmal mengelingkan kepala perlahan.memang sudah dia agak perempuan itu asyik melamun sahaja dari pagi tadi.Entah apalah yang difikirkan.
"kau pekak ke apa is ? aku suruh kau beli bateri kereta kat kedai yang selalu kita pergi tu.." Jelas Ikmal sekali lagi.
"Erm" balas hanis.Malas.
Ikmal sudah mengerutkan dahi melihat balasan seringkas itu dari Hanis selalu nya Hanis tak seperti ini.Moody semacam sahaja dari pagi tadi.
Tanpa banyak bicara Ikmal terus sahaja duduk di hadapan Hanis.
"Kau ni kenapa?macam ada masalah je?" soal ikmal.risau dengan keadaan Hanis.
"Entahlah..kalau kau lah kan kau sanggup tak tengok seorang ibu dipisahkan daripada anak dia ?" Soal Hanis kembali.Itu yang dia fikirkan sejak pagi tadi.
Kepala terus digelingkan oleh Ikmal .Orang yang tiada hati dan perasaan sahaja sanggup membiarkan seorang ibu dan anak dipisahkan oleh orang lain.
"Tak sanggup..kesian Kut..kenapa kau tanya macam tu?"
"kau kenal kan kawan aku Nor..dia nak minta tolong dengan aku"Kata Hanis sedikit ragu-ragu untuk memberi tahu Ikmal tentang hal ini.
Ikmal melihat tepat wajah Hanis.
"Tolong apa ?"
"Kalau aku cakap dengan kau..kau jangan gelak kan aku tau.."Amaran Hanis sebelum menyambung perbualan mereka.Ya,dia tahu kalau Ikmal mengetahui tentang hal ini mesti lelaki itu akan ketawa kan dia.Jadi langkah berjaga-jaga dia mesti memberi amaran dulu pada Ikmal.
Ikmal mengangguk kan kepala tanda berjanji dia takkan ketawakan Hanis bila tahu tentang apa yang Hanis ingin katakan nanti.
"Ermmm..dia minta aku kawin dengan duda dia.." Beritahu hanis.pipi nya sudah mula memerah menahan malu.
Ikmal terdiam seketika.
"tapi apa kena mengena kau kawin dengan duda dia dengan anak dia ?" Soal Ikmal.
Bahu diangkat keatas oleh Hanis.Entah,dia pun tak tahu apa yang difikirkan oleh Nor.
"entah..aku pun tak tahu"
"Jadi ? kau nak kawin dengan duda dia"
"Tak..tapi kau tahu tak aku..kesian lah dengan dia..tapi aku fikirkan masa depan aku juga.Takkan lah aku nak fikirkan masalah orang lain sampai korbankan masa depan aku.." Jelas Hanis merasa dirinya berada ditengah-tengah masalah.Kepala yang tak gatal di garu-garunya kasar.tak tahu apa yang patut dia lakukan.
"Hahhaahhaa!" Tawa besar dikeluarkan oleh ikmal bila melihat keadaan Hanis yang sudah tak tentu arah.
"Kau apasal tiba-tiba gelak kan aku pulak? tadi elok je kan kau dengar takde pula kau ketawa!"Kesal Hanis.
"Kau kawin jelah dengan duda dia tu ..apa masalah nya haahhaha! package ada anak sekali tak payah susah-susah kau mengandung 9 bulan bagai.." Ejek Ikmal sebelum berdiri dari kerusi lalu melangkah perlahan meninggalkan Hanis.
Hanis sudah mengetap giginya geram dengan ejekan Ikmal tadi.sudahpun dia pening fikirkan masalahnya ini Ikmal pula sempat lagi mengejek seperti itu,Ingat boleh selesaikan masalahnya ini.Kesal!
IKMAL yang sudah jauh dari Hanis .Menghembuskan nafas perlahan.Bibirnya mengukirkan senyuman segaris.
'Seandainya kau pilih dia..aku akan bahagia dengan keputusan kau' Luah hati dan perasaan Ikmal saat ini.Anak matanya sayu menunduk bumi.
Perasaan sayang dan cinta nya pada Hanis tak pernah berubah walaupun perempuan itu sudah dimilikki oleh lelaki lain.Dia tahu Hanis takkan pernah menjadikan dia sebagai seseorang yang istimewa di hati perempuan itu,kerana dia tahu Hanis hanya menganggap nya sebagai seorang kawan dan tidak pernah lebih daripada itu.
"Aku tak boleh buat apa Hanis..aku hanya mampu tengok kau bahagia tanpa memiliki" Ungkap Ikmal lalu kembali melakukan kerja nya.Hatinya yang semakin sebak cuba untuk dikawalnya.
***
SELESAI sahaja membeli bateri kereta di kedai tadi.Hanis terus memakai helmet nya lalu mahu menunggang kembali motorsikalnya itu.
"Is!" Panggil tuan kedai itu secara tiba-tiba.
Hanis terhenti sekejap kemudian kembali melihat tuan kedai yang memanggil nya tadi.
"ya uncle?"Jawab Hanis.
"Kamu boleh tolong saya sekejap?"
"Apa dia ?"
"Tolong saya pergi tadika cucu saya sekejap ..tolong bagitau cikgu dia ..dia tak datang hari ni sebab demam.."Jelas tuan kedai yang berbangsa Cina itu atau lebih dikenali uncle Ong.
"Okay no problem..tadika yang depan sana tu kan uncle.."
"iya..terima kasih banyak is" ucap uncle Ong.
Hanis kembali menstart enjin motorsikal dan berlalu dari situ dengan pantas.
___________
Selesai sahaja dia memberitahu tentang masalah kesihatan cucu uncle Ong tadi dia terus melangkah laju meninggalkan tadika itu.Namun,tanpa sengaja dia terlihat ada seorang anak kecil lelaki sedang menangis di bangku luar kelas.
Tanpa berlengah dia terus pergi ke arah anak kecil itu.
"Kenapa nangis?" Soal Hanis.
Wajah donggakkan ke atas melihat gerangan orang yang menegurnya itu.
Terkejut Hanis dibuatnya bila dia melihat wajah anak kecil itu seperti anak kecil yang dilihatnya pagi tadi.Jangan cakap bapa budak itu juga ada di sini! Malas dia mahu terlibat lagi dengan orang seperti itu!Buat sakit hatinya sahaja nanti.
Kaki mengundur kebelakang .tak mahu berjumpa dengan lelaki sengal pagi tadi.
Cepat sahaja anak kecil yang bernama mika itu memeluk erat kaki hanis.tak mahu Hanis lari dari situ.
"Mama!" Teriak Mika memenuhi satu ruangan tadika itu.
'What?Mama?budak ni memang nak kena ni!' Bisik hati Hanis.hairan dengan panggilan yang ditujukan untuknya.
"mama?"
Mendengar teriakkan 'Mama' daripada mulut Mika semua orang di kawasan tadika itu keluar untuk melihat wajah Hanis.Baru kali ini mereka melihat wajah perempuan di hadapan mereka itu.Sangat asing wajah itu bagi mereka.
???
Tak mampu untuk berkata apa-apa.Pipi Hanis mula memerah menahan malu.Kalau dia tahu hal ini akan terjadi dia biarkan sahaja budak itu menangis keluar mata darah sekalipun dia tak peduli!Anak dengan bapa sama-sama menyusahkan dia.
Tak guna!
"Ni semua salah faham..ni bukan anak aku...salah faham" Jelas Hanis .
"jadi cik ni mama tiri Mika ke?"
"biar betul mak tiri dia?"
"eh?tak sangka?"
semua soalan-soalan itu sekarang ini memenuhi ruangan telinga nya.Mahu dia menerangkan sejelas manapun kalau sudah makcik bawang takkan pernah mahu dengarkan penjelasan dia.
Tiba-tiba sebuah kereta Mazda memarkir di hadapan tadika itu.Seorang lelaki terus melangkah straight ke arah Mika.Tangan Mika di gengam nya lalu melihat di sekeliling.
Wajah Hanis ditenungnya lama.
Hanis sudah menjeling kan anak matanya dan menyilangkan kedua tangan nya aras dada.
"Apa? ada masalah?" Kata hanis kepada lelaki itu tak suka dipandang sinis seperti itu.
Lelaki itu memberi senyuman sengit kepada Hanis.lalu membawa Mika masuk ke dalam kereta.
Mika tanpa berbicara banyak terus menggengam tangan Hanis.
"Jom ma" Kata Mika sambil melihat anak mata Hanis penuh makna.
"apa Mika buat ni?"Tangan anaknya mika dilarikannya dari memegang tangan Hanis.
"Mika nak mama ikut kita..."
"Mama?" Anak mata lelaki itu melihat wajah Hanis tajam.
Hanis hanya terdiam kaku tanpa berkata apa-apa.
"Tak sangka encik Qaisy dah ada isteri baru dan Mika dah ada mama baru juga" Kata salah seorang cikgu yang ada di tadika itu sambil tersenyum penuh makna.
"Ah?" Lelaki yang dipanggil dengan nama Qaisy itu terus melihat wajah Hanis.Mesti ada apa-apa yang dilakukan oleh perempuan itu kepada anaknya,sampai anaknya memanggil perempuan itu dengan kata 'mama' .
Baru kali ini dia mendengar Mika sesenang itu menyebut panggilan 'mama' kepada orang yang baru anaknya kenal.
"Ikut saya" Bisik Qaisy ke telinga Hanis.
Tangan Hanis dan mika digenggam nya lalu di bawa ke dalam kereta mazda nya.
Hanis yang masih dalam keadaan terkejut hanya mampu mengikuti arah Qaisy membawa nya.
Masuk sahaja di dalam kereta.Qaisy melihat wajah Hanis tepat.
"cik ni siapa?" Soal Qaisy .hairan dengan kehadiran hanis.dia tahu perempuan itu adalah orang yang tadi pagi dia terlanggar.entah apa lagi perempuan itu tak puas hati dengannya?
"Ah?!sepatutnya aku yang tanya kau ..engkau dengan budak ni siapa? suka-suka panggil mama bagai..apa cer?" Jelas Hanis .Dia pula yang disalahkan!
"Erh..Anak saya ni dia takkan panggil sembarangan orang mama tau..tambah-tambah lagi pempuan separuh macam cik ni..cik ingat saya tak tahu..cik buat apa kat dia?" Curiga Qaisy bila mendengar anaknya itu memanggil Hanis 'mama'.
Hanis yang sudah merasakan darah nya naik satu tahap sudah membuka pintu kereta itu.dia malas mahu lama-lama di situ.Nanti tak pasal-pasal ada yang meninggal dunia dia kerja kan!
Tangan Hanis di tarik oleh Qaisy .tak mahu perempuan itu lari sebelum memberi tahu hal sebenarnya.
"Ish! lepaslah! apa kau ni!" teriak Hanis.Tangannya diambil kuat kembali.
"saya tanya cik baik-baik tau jangan sampai saya bertindak kasar dari ni..apa yang cik buat dengan anak saya! ke cik sengaja gunakan anak saya untuk goda saya?" Nada bicara Qaisy sudah naik seoktaf .risau kalau ada sesuatu yang dilakukan oleh Hanis.
"YaAllah... perasan nak mampus juga kau ni kan!mana aku tau..dia yang tiba-tiba panggil aku mama! salah aku ke?" kata hanis menjelaskan hal yang sebenarnya.
"papa sudahlah..Mika yang salah..Mika yang panggil kakak ni mama tadi..tadi Mika kena ejek oleh kawan-kawan sebab mika tak ada mama.." Beritahu Mika bernada sayu.
"Semua kawan-kawan ejek Mika ..Mika nangis..lepas tu Mika nampak kakak ni dekat mika..terus Mika jerit 'mama!' supaya semua kawan-kawan tau ..Mika pun ada mama.." Terang Mika lagi penuh sayu .Air mata tulus anak kecil berumur 5 tahun itu sudah mengalir ke pipi.
Qaisy terdiam sejenak bila mendengar kata-kata itu keluar dari mulut anaknya sendiri.
"papa...mana mama Mika" soal Mika tersedu-sedan.
'Mika?...jap kenapa macam aku pernah dengar nama budak ni' Bisik hati hanis.Baru sedar nama itu tak asing di telinganya.
"Keluar!" teriak kasar dari Qaisy menghalau Hanis keluar dari kereta Mazda nya itu.
Hanis yang mendengarkan itu terus sahaja keluar.sempat anak matanya melihat wajah mika sebelum dia pergi meninggalkan kereta itu.
Motorsikal Yamaha Y15ZR di tunggang nya,Sebelum itu sempat dia melihat kereta Mazda milik Qaisy terlebih dahulu beredar dari tadika itu.Kemudian,Dia juga terus berlalu pantas meninggalkan tadika itu.Banyak lagi kerja yang dia patut uruskan di bengkelnya itu.
Share this novel