30

Romance Completed 136098

MATA nya melihat ke atas langit.Hembusan nafas dilepaskan oleh Hanis.Sudah hampir 1 jam dia duduk di situ memikirkan tentang abangnya yang dia jumpa 2 hari yang lalu.

"Apa lah khabar abang is sekarang ni?"Hembusan nafas sayu dilepaskan perlahan.Anak matanya kini memandang kosong.

Pak Halim menjenguk ke luar halaman melihat anaknya seorang itu duduk termenung sahaja dari tadi.kaki kanannya melangkah terlebih dahulu mendekati Hanis.

Hem!

deheman Pak Halim membuat kan Hanis tersedar.Bibirnya hanya mampu memberikan abahnya itu senyuman nipis.

"Kamu kenapa ni ? dari tadi abah tengok adik termenung sahaja? adik ada masalah ke?" Tanya pak halim.khawatir bila melihat Hanis seperti itu.

Hanis mengukir senyum nipis kepala di geling nya perlahan.

"Tak ada apa-apa lah abah" kata Hanis sedikit mengingat kejadian dia bertemu dengan abangnya.

Pak Halim menghembuskan nafas perlahan.Dia tahu ada sesuatu yang menganggu fikiran Hanis pada saat ini tapi dia juga tahu anaknya itu bukanlah jenis orang yang suka memberitahu masalah nya kepada orang lain termasuk dia sendiri.

Pak Halim kembali melangkah mahu meninggalkan Hanis.Hanis melihat abahnya itu.

"Abah" panggil Hanis menghentikan langkah kaki pak Halim.

"Kenapa adik?"

Hanis menepuk di sebelah tempat duduk nya itu mahu Pak Halim duduk di sebelah nya kini.Pak Halim tanpa memikir panjang terus duduk di sebelah anaknya.

"Abah..macam mana kalau suatu hari nanti abang is balik rumah?"

Pertanyaan Hanis membuatkan pak Halim melihat tepat ke arah anaknya itu.Dia terdiam tak mampu memberi jawapan kepada soalan Hanis.

"Abah dah lama kita tak jumpa abang kan..abah tak rindu kan abang ke?"

Mata pak Halim sudah berpindah ke sisi lain.Tarikan panjang nafas dilepaskan sedikit kasar.tanpa menjawab soalan Hanis pak Halim terus sahaja berdiri dan melangkah pergi meninggalkan Hanis.

Melihat reaksi abahnya seperti itu Hanis hanya mampu menghembuskan nafas perlahan.rambut depan nya yang terjuntai sedikit di hadapan di alih kan ke belakang.

Hanis kembali memandang kosong di hadapannya.

"Hem!" Deheman itu sekali lagi menganggu Hanis namun,dia tahu itu bukan suara abahnya mata nya serta merta melihat kebelakang.

Anak mata di putar 360 darjah apabila melihat Qaisy di situ.

"Buat apa malam-malam buta ni? awak mengendap erk?" Kata Qaisy sengaja menganggu Hanis.

Hanis yang mendengarkan itu terus memandang tajam ke arah Qaisy.

"Aku ke kau yang mengendap?"

"Ala..gurau je lah takkan tak boleh kan?"

Hanis menghembuskan nafas perlahan.sabar sahaja lah dia dengan sikap Qaisy saat ini.

"Ehh kau pergi lah masuk dalam aku malas lah nak tengok muka kau..sana! semak!" Kata hanis menghalakan kepalanya ke arah lain.

Tanpa di jemput Qaisy terus sahaja duduk di sebelah Hanis.

Hanis sudah menjelingkan anak matanya melihat Qaisy sudah duduk di sebelah nya saat itu.

'Eh dia ni suka dia je duduk sebelah aku! kau tau tak aku ni tak ada mood! faham! Ish aku tumbok juga muka engkau ni karang!'ungkap hati hanis meluahkan kekesalan di hatinya.

"Ada masalah ke? saya boleh dengar kalau awak ada masalah?"

Hanis yang mendengarkan itu melihat wajah Qaisy.

"Ada"

"Apa ?" kata Qaisy melihat wajah Hanis tepat.tadi dia lihat Hanis dan pak halim serius sahaja.nampak macam ada masalah itu lah sebabnya dia melihat mereka berdua melalui jendela dengan senyap-senyap.

kalau Hanis mahu kongsi masalah nya dengan Qaisy ertinya Hanis betul-betul percayakan dia.

"kau nak tahu apa masalah aku?" tanya Hanis lagi.

Qaisy mengangguk beberapa kali.

"Masalah aku..kaulah! sibuk!"

Hanis terus sahaja bangkit dari situ.kaki nya pantas melangkah meninggalkan Qaisy sendiri.Malas lah dia nak layan duda itu!

Qaisy mengerutkan keningnya.mulutnya terbuka sedikit.

"aku bukan masalah..aku jodoh kau" ungkap Qaisy tersengih sendiri disitu.Dia juga turut bangkit mahu masuk ke rumah untuk berehat lagipun sudah mahu hampir jam 11 malam.

***

JOE memandang lama gambar Hanis.

"Woi! kau dah kenapa? aku tengok kau ni sejak hari tu asyik tengok je gambar pempuan tu? kau kenal ke?" Kata Azad bila melihat Joe selama 3 hari ini melihat gambar perempuan yang mereka mahu cari itu.

Joe melihat ke arah Azad.

"tulah bro..aku rasa aku kenal pempuan ni..muka dia ni fimiliar sangat dalam mata aku ni" jelas joe.dia pasti dia pernah tengok perempuan itu.

Azad terus sahaja mendekat ke arah Joe bila mendengar penjelasan Joe tadi.nampaknya kalau Joe kenal dengan perempuan itu ertinya kerja mereka akan semakin senang.duit pun mari!

"hah? betul ke bro? Kalau macam tu senang lah kerja kita..siapa?" tanya Azad.

"Tu yang aku tak ingat tu..siapa dia ni?"

Serta merta kepala Joe di tolak kasar oleh azad.tak boleh harap!

"tak ingat apa benda? otak kau otak udang ke apa?!" Kesal Azad.

"Dah aku tak ingat buat macam mana!"

"bodoh!"

Azad terus sahaja melangkah ke dalam biliknya.malas lah dia mahu layan kawannya seorang itu.Ingatkan akan memudahkan kerja mereka tapi langsung tak boleh nak diharap kan! bodoh!

Joe yang di tinggal di situ sudah perlahan-lahan berbaring di atas sofa lama itu sambil melihat gambar di dalam handphone nya.

"Siapa kau ni?"

TRING! TRING!

Handphone nya tiba-tiba berbunyi ada seseorang yang menghubungi nya.jarinya automatik mengeser skrin handphone nya untuk menjawab panggilan itu.

Panggilan disambung....

"Erm? apa kau nak?" Tanya Joe.

"Joe,boleh tak aku tumpang rumah kau?"Terdengar suara di dalam panggilan itu bernada sedikit merayu.

Joe sudah tersenyum sengit mendengar kata-kata itu.mahu tinggal dengan dia dengan rumah yang sempit seperti itu? lagipun ini bukan rumahnya tapi rumah Azad.

"Kau gila ke apa bro? aku pun menumpang rumah orang, lagipun aku ni kat KL kau tu kat johor"

"Tolong lah aku Joe..please...aku tak tahu nak tinggal mana lagi?"

"Ehh engkau ni...ah ialah esok aku bincang dengan Azad" kata Joe.

"Okay bro..Terima kasih"

panggilan terus dimatikan oleh Joe.Gambar Hanis yang ada di dalam handphone nya dilihatnya lagi.

Bila sahaja dia melihat gambar itu kali ini tiba-tiba sahaja dia teringat dengan gambar yang dilihatnya pada saat itu.

**

"Siapa ni is?" soal Joe memerhatikan gambar yang berada di dalam dompet Iskandar.

Iskandar melihat ke arah Joe sambil melangkah mendekati kawannya itu.

"Mana?"

"Ni" Joe memperlihatkan gambar di dalam dompet Iskandar.

"adik aku"

Joe mengangguk perlahan.

"Owh"

**

Kembali ke alam sedarnya.Bibir nya tersenyum lebar.Sekarang ini dia betul-betul ingat siapa perempuan itu.Patutlah macam pernah dia tengok rupa-rupanya...

"Erm"

Nombor telefon Iskandar di ketik nya lagi.

"Bro,kau boleh tinggal sini esok aku ambil kau"

"terima kasih Joe"

Panggilan dimatikan oleh Joe serta merta.

Gambar perempuan itu dilihat nya lagi.

"kucing masuk perangkap"Ungkap Joe senyuman tajam terukir dibibir.

***

6:30 AM

BANGUN sahaja dari tidur Hanis terus mengemas semua barang-barang nya rasanya baik dia balik ke Kuala Lumpur hari ini.Malas lah dia mahu lama disitu dengan Qaisy lagi! tambah stres dia!

Tok! Tok!

Pintu bilik di ketuk secara tiba-tiba.

"masuk! tak kunci pun" kata Hanis dia tahu itu mak salmah.iyalah siapa lagi yang mengetuk biliknya itu pagi-pagi buta begini.

"Awak nak pergi mana ni?"

Suara garau itu terus mengejutkan Hanis.Anak matanya terbuka luas secara tiba-tiba.Qaisy? aduh! duda ni!

Seluruh tubuh nya dibawa menghadap kebelakang.

"kau buat apa pagi-pagi masuk bilik aku ni?"

Kening dikerutkan oleh Qaisy.

"Aik? awak yang suruh tadi kan?"

Hanis tak mampu berkata-kata.Ya! memang dia yang suruh tapi dia ingat itu maknya mesti lah dia suruh kan! tak tahu pula duda sengal itu pagi-pagi lagi duk terjenguk di pintu biliknya itu.

'Eh dia ni!' kesal Hanis.

"Aku ingat kau mak aku!kau keluar"

Bila sahaja melihat Hanis tak tentu arah seperti itu muncul pula idea nakal di kepala qaisy pada saat ini.Bukan selalu dapat kenakan perempuan tomboy macam hanis.peluang keemasan!

Pintu di tutup oleh qaisy perlahan-lahan membuat kan Hanis memandang tajam ke arah lelaki itu.

'Aik? main tutup pintu pula dia? apa pula duda sengal ni nak buat dekat aku!'

"Kau maju je seinci aku patahkan tulang rusuk kau!" amaran hanis langsung tak di dengar oleh Qaisy.Kaki lelaki itu melangkah ke arah Hanis dalam sekelip mata sahaja Kepalanya sudah maju ke arah wajah Hanis.

"Kau jangan macam-macam!"kata Hanis menjauh dari Qaisy.perasaan takut nya sudah menguasai diri.hantu apalah yang masuk dalam badan lelaki itu!

"kenapa? kalau buat macam-macam pun..apa salahnya kan.."Lidah Qaisy dibawa mengilat bibirnya.

Mendengar kata-kata itu dari mulut Qaisy ditambah lagi dengan wajah gatal duda itu Hanis membahang sahaja melihat Qaisy pada saat ini.Terus sahaja dia mendekat ke arah Qaisy.

"Owh..apa salahnya..kejap!"kedua tangan nya dikeluarkan nya di depan matanya kini.

Serta merta hanis mengeluarkan jurus silat nya.kepala Qaisy di kunci nya membuat kan lelaki itu tak mampu untuk bergerak.kaki lelaki itu di tendang kuat ke belakang membuatkan Qaisy tertunduk ke lantai bilik Hanis.belakang badan Qaisy di tumbuk nya kuat.puas hatinya!

"aduh! aduh! aduh! Hanis ampun ampun saya minta maaf saya bergurau je lah lepas lah...aduh sakit! lepas lah tolong! nak mati dah saya ni tinggal hujung nyawa lagi ni hah!"Mohon Qaisy .menyesal pula dia ganggu perempuan jadi-jadian itu.kalau dia tahu Hanis ada silat sebegini tak berani dia ganggu lagi! menyesal seribu kali!

"Sekali lagi kau gatal dengan aku ! aku putus kan kepala kau! faham!" Amaran Hanis melepaskan Qaisy dengan kasar.

Qaisy yang masih terasa berdenyut-denyut di belakang badannya kini terus melangkah timpang dengan kakinya yang sakit.kalau lama lagi Hanis belasah dia tadi mahu tak nya dia mati! Ni confirm belakang badanya bengkak sekarang ini.

"Aduh sakit! menyesal aku"Kata Qaisy perlahan menahan kesakitan di seluruh badannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience